3/07/13

hello penang! - pasembor gurney drive & nasi kandar beratur (hari 1 part 3)

Balik bilik, saya tak boleh tidur sebab bunyi air-cond yang macam bunyi enjin kapal terbang. Bising! Nizam dan Aydin, sedap membongkang sampai berdengkur. Jealous tau tak! Badan penat tapi tak boleh tidur. Bila buka TV, gambar tak terang. Lebah sana-sini. Menyampah! Hotel apakah ini?

Baiklah. Sampai sini saja dulu membebel pasal ketidak-puasan hati terhadap kualiti hotel. Nanti kita merungut lagi. Sambung cerita pasal makan-makan dan makan. Lepas Maghrib, kami terus ke Gurney Drive untuk merasa pasembor. The Nizams memang tak pernah makan pasembor. Tapi semangat keterujaan tu tak berapa nak ada sebab kepala otak asyik dok memikiaq pasal nasi kandar. Hahaha~

Sampai tempat makan, saya pilih pasembor Shariff Muslim. Study dalam blog, kuah Pasembor Shariff Muslim lebih pedas dari Pasembor Menari. Saya pilih cucur udang, tauhu dan telur. Campur sayur sikit, kena RM4 lebih. Bila makan, taklah sedap mana pun. Kuahnya memang pedas tapi masam sikit. Selain Gurney, ada lagi ke tempat makan pasembor yang sedapnya membawa sampai ke KL? Memandangkan nafsu makan di Gurney Drive agak suam-suam kuku, maka nak snap gambar pun mahu tak mahu. Dengan Aydin yang cranky sebab tak puas tidur. Haih!

Dalam pukul 8.30 macam tu, terus Waze Masjid Kapitan Keling untuk Nasi Kandar Beratur; Waqheh, gua tak makan nasi kandar Line Clear pun. Hehehe~ Sampai saja sana, suasana masih sunyi. Adalah 2-3 orang makan nasi kandar versi syif siang. Sesambil menunggu masa berlalu, kami berlegar-legar depan Masjid Kapitan Keling.

Masjid Kapitan Keling. Cantik, kan?

Belakang masjid, ada deret kedai bangunan lama. Tempat lepak tourist mat salleh. Cantik sangat suasananya. Tenang saja.

Pakai baju tidur je. Bila suruh tukar baju, dia tak nak. Adeh!

Bila ajak bergambar, inilah pose yang dia bagi. Panas hati betul. Pistol bubble tu, beli kat Gurney Drive. 

Gasaklah kat situ.

Lagi sekali, pose yang macam ni. Pistol ni, saya yang offer dia. Tak sangka, dia nak pulak. Menyesal offer sebab comot. Air bubble asyik meleleh. 

Pukul 9.45, orang dah ready beratur depan kedai. Saya tak ambil gambar pun sebab masa ni orang dah ramai. Segan pulak. Heee~ Jenuh juga menunggu. Nak tunggu nasi kandar syif siang mengemas gerai. Siap basuh-basuh lagi. Orang makin ramai. Beratur makin panjang. Nasiblah saya yang keempat. Itupun jenuh wooo! Masa ni saya tengok Aydin dari kejauhan. Dengan konco-konconya. Anak siapa entah. Suka betul mengekor Aydin sebab pistol bubble tu. Lama-lama, jadi geng pulak. Heee~


Sotong, telur sotong, ikan goreng dan cili hijau krup krap!

Ayam goreng, telur masin dan sayur. Abaikan Winston . Pembunuh tu! Huuuuu~

Saya tak pernah makan nasi kandar sesedap macam ni. Tak tahulah kalau ada lagi nasi kandar sedap kat Penang. Nasi Kandar Beratur memang kaw. Berbaloi dengan masa, tenaga dan RM. Teringat rasa karinya tu. Adeh! Tiba-tiba rasa macam nak makan nasi kandar la ni jugak. Huhuhu~ 

Alhamdulillah. Selesai sudah buruan makanan Penang hari pertama kami. Bak kata orang putih, mission accomplished. Ada rezeki ke Penang lagi, nak try Nasi Tomato Beratur pulak. Mana tahu, berbaloi menunggu macam Nasi Kandar Beratur ni kan? Jumpa lagi untuk entri hari kedua.

14 comments

3/7/13

BERAPA LAMA BERCUTI DI PENANG NI.. BANYAK TEMPAT JENJALAN..

akk.sy nk cr nasi kandar yg ni lah.yg beratur tu.haih sampais krg x jumpa lg.dye mmg kat area masjid kapitan tu eh kak.

ada yer nasi tomato beratur...baru tau...hehe

biasanya mamak punya kuah pasembot memang masam sikit.tak macam melayu mamak punya.melayu mamak punya kuah pasembot dia manis2 pedas..tu beza diA..tapi ramai yang suka mamak punya sebab tak kedekut bahan dlam tu.kalau melayu mamak punya sengkuang dengan timun ja yang banyak..teloq pun suku saja.hehhe

Tanpa Nama
3/7/13

beberapa kali ke penang, sampai sekarang aku masih lagi kempunan nasi kandar beratur. (winston tu mesti ada la, buat pencuci mulut)

Terliurnya saya tengok sotong tu. Gmbr pasembornya takde ke? Apa beza pasembor dgn rojak? Ala... amik je gmbr wp org ramai. Amik guna henfon la. Buat2 mcm tgh sms org.

-senang skrg, main buih tak payah tiup2..tembak je ya.

-nasi kandar kuah dia mmg ala2 banjir kan. pernah try mkn tapi tak lalu pulak sbb byk sgt kuah. Maybe blm jumpa yg sedap mcm Fara ckp ni kot.

kak ita makan nasi kandar line tu tak lah sedap mana pun..sedap lagi zainul nasi kandar kat pj ne...he..he

Alahaiiiii...terliur tgk nasi kandar tu.

nasik kandar beratur memang masyuk..macam bubuh dadah, mengigau sampai ke pagi hehehe
zi pun makan time bujang dulu2 je, bila dah kawen susah sikit..en.suami malas nak beratur panjang2

happy aydin boleh main pistol buih.. sebenarnya saya pun tak suka.. air sabunnya asyik habis sebab tumpah je.. lagi pun kalau main dalam rumah memang melekit lantai.. main kat luar boleh la..hehe

aduhh..kalau shujin saya memang suka nasi kandaq.. lagi kalau ada telur sotong..

4/7/13

perghhhh...teringat2la nasik kandar kat penang. walaupun makan sket je pun. kari dia terbaek la. tapi aritu pegi tak sempat nak beratur, last2 ke hameedia je. tu pun sodap!

ngeh2.. part pembunuh tu yang tak menahan.. ;)

6/7/13

Aku baru je kenal nasi kandar sejak dtg kl 15thun yg lalu.masa kt kg xpenh jumpa nasi kndar sbb x penah mkn kt luar.tp en abe yg mmbesar di penang kata nasi kandar lawood di nilai lg sedap dr nasi kandar beratur tu ;)
Tekak masing2 mgkin x sama

Catat Ulasan