2/07/13

hello penang! - intro (hari 1 part 1)

Cuti-cuti kali ni, tak lebih dari mencari makan. Street food hunting. Sebelum pergi, saya dah buat senarai. Nak makan mana. Nak makan apa. Disebabkan Nizam cuma berserah pada saya, maka saya adalah raja. Nasib baik ada Waze. At least, tak adalah kami tersesat barat ke mana-mana. Jumpa apa yang kami cari. Overall kisah cuti kami, best. Kecuali, negatif untuk hotel itu. Mmmm....

Kami bertolak dari KL dalam pukul 7.30 pagi. Disebabkan ini adalah 1st journey kami ke utara, maka perancangan masa dititik-beratkan. Bila masuk highway PLUS, kami sinis pada kereta-kereta yang on the way ke KL. Jammed tak hengat. Sedangkan kami, smooth saja menuju ke utara! Yeeehaaa~

Kami berhenti di R&R Tapah untuk breakfast. Ingatkan weekdays tak ramai orang. Pagi pulak, kan? Rupanya, tidak! Penuh je R&R tu. Nizam beli sepinggan mi goreng dengan seketul ayam goreng. Kena RM7. Bukan calang harga. Beza sungguh dengan R&R selatan. Saya makan burger semalam. Semalam beli burger untuk makan malam. Rupanya tak termakan. Maka, qada' sajalah untuk hari nak ke Penang. Pagi tu sebelum bertolak dari rumah, tenggek dalam oven kasi panas jap. Jimat. Heee~

Budak eksen.

Suruh pandang kamera, tapi dia buat tak tau je.

Dia sound saya; Mommy ni. Nak baca pun tak senang. Sob...sob...!

Kami sampai Penang dalam pukul 11 lebih. Mula-mula ingat nak feeling naik feri. Tapi bila sampai je Plaza Tol Juru, masing-masing dah menggelabah. Nampak signboard ke Georgetown, lagilah menggelabah. Was-was nak ke Butterworth. Buatnya terlajak sampai ke Alor Setar, matilah wey!. Sudahnya, naik bridge jelah kita. Balik nanti, kita Waze jeti Penang. Huhuhu~

Kedatangan kami disambut traffic jammed kat tol Penang Bridge.

Yeay! Atas jambatan. Dulu masa kecik-kecik, pernah gak naik sini tapi dah lupa feel dia macam mana. Heheheh~

Masuk pulau, dah tak tau nak ke mana. Terus masuk Georgetown. Pusing-pusing rasa traffic jammed sana-sini jap. Mula-mula konon nak merasa solat Jumaat kat Masjid Kapitan Keling. Tapi disebabkan mati akal nak park Harimau Kumbang kat mana, sudahnya kami terus ke Tanjung Bungah. Cari masjid kat sana je. Nizam berkenan nak solat kat Masjid Terapung Tanjung Bungah. Betul-betul mengadap laut. Sebelah masjid, ada apartment (rasanya staff quarters kot?). Memang heaven rumah mengadap laut, kan? Tenang-tenang je rasa. Heee~

Sampai masjid, jam belum cecah 1 tengahari. Solat apanya, kan? Masjid pun masih lengang. Terus berani mati, minta check-in hotel awal. Oh, ya! Cuti-cuti kali ni, kami pilih Naza Talyya. Sebabnya, murah dan ada breakfast free. Hotel lain, murah tapi without breakfast. Kalau sekali breakfast, jadi mahal. Disebabkan ini adalah cuti-cuti pertama kami ke Penang dan sudah tentu jarang-jarang duduk bilik, maka redha sajalah dengan Naza Talyya. Review? Mmmm....nasib baiklah staff dia baik-baik belaka. Dari reception ke pak guard ke waiter dan pada cleaner, memang first class. Tapi condition hotel tu sendiri, arghhhh! Tensi mak! Tensi! Kami dapat check-in awal. Syukur! Habis punggah barang semua, kami lepak-lepak bilik sementara menunggu Nizam habis solat Jumaat.

Sampai saja kami di Penang, hujan lebat. Nasi Kandar Line Clear, sambil lalu je sebab tak termasuk dalam list memburu kami.

Bersambunglah kita ya sebab jenuhlah nak menaip. Alah, tahulah ada yang kata; Penang je pun. Tu pun nak habaq dalam blog. Suka hatilah, kan? Blog kita. Huuu~



29 comments

akk,sy kalo g penang mesti sesat.till now x jumpa lg nasi kandar yg betul2 best.mencik! hahaha/review ag taw kak.nk baca.hehehe.

first time terjah Penang, terus jatuh cinta. Makan pon sodap

owh...cuti2 ya dia ni..syok!

saya penah sekali naik feri dgn keta, jakun jugaklah. tapi tak sempat JJCM kat georgetown tu, jap je sbb ada hal.

PENANG JE PUN...EKEKEK...EH,..MAI TAK HABAQ..KALAU TAK,BOLEH JUMPA..KALAU TURUN TOL JURU TU BOLEH LALU DEPAN UMAH SAYA TAU..HEHEH

Penang memang syurga makan..!!

penang bridge tu hari hari saya lalu. jemu. haaa gitu.

Penang bukan tempat kita mestilah kita teruja kan Fara. Kalau kakak pun sama bukan nak kacau pun kan..

Tengoklah Aydin pun sama tak suka org kacau dia khusyuk membaca:)

Tanpa Nama
2/7/13

wah penang mmg best ler !

Penang saban tahun lalu ja tak pernah redah ke pulaunya. Tak berani takut sesat...ehehe...

betul la tu..blog kita..ikut suka kita la nak tulis apa yg kita suka kan..asalkan x ganggu owang lain


dah lama sy x gi penang..dulu pegi ms anak dara sbb kawan kawin..betulla sy pon dh lupa mcm mana feeling naik jambatan tu hehe


apa yg x bestnya hotel tu? cer mai habaq sket hehe


*nak petua awet muda kan..amalkan surah yusuf ayat 4 lps solat fardhu..in shaa allah..sy dh amal dr jaman muda hihi

Pandainya aydin membaca ☺☺

Bestnya cuti2 penang.

2/7/13

wow.

yg femes tu apa, batu feringgi ye?
ada dalam list ke?
sy tunggu yang tu

walaupun penang..pengalaman itu lain-lain..ok tak sabar nak tgg next

penang best ok!makanan sedap lagi!
saya rasa nak duduk penang!

2/7/13

ramai yg dah sampai penang tp belum jelajah segala pelusuk ceruk lagi, haha pcl tak terkecuali walauponn ..

ini mesti kes x hingat insiden timpa menimpa di penang tu??????? Kalo ko hingat, mesti x jadi pnye!

aahhh..suka hati lah, haha!! ain waiting kak ;)

Huuu.. aku pernah pergi skali je Penang... ehehe.

Have hapy weekdays. :D

2/7/13

LAST PERGI PENANG 2,3 TAHUN LEPAS KOT..

hahahaha selamba aje dia sound mommy dia.

tekun membaca atau tekun melihat gambo?


Lamanya akak x pi penang..tgok nasi kandar beratuq tu mmg terliur la...moh le kita pi lagi sekali....

3/7/13

keh3 line clear jugak jadi pilihan...wei dtg penang tak gitau gua...gua bagi tempat baik punya utk lu mkn2...

Bak kata orang... "Malu ber Waze, sesat jalan..."

oo menerjah penang ye..welcome2..

As salam Farra,

Aish... bila last ek kita g penang, rasanya tahun 2010... Kakak ipar org Penang tp jrg pi sana... my boss suka benor mamam nasik kandar line clear tu..! Kalau o/station ke sana kalau boleh hari2 nak mkn nasi kandar smp bengkak2 bibir... huhuhu... Kat Msia the best place for hunting... Macam2 ada..! hehehe :D

@ahmad humairi

Igt sgt. Tapi pegi gak sbb dah booked hotel. Tapi tgk tmpt tu, mcm dah tak nmpk ape pun? Ke tak pasan? Tak tau le...

@Waqheh

Gua lalu je. Tak makan pun.

pernah gi dengan along masa dia duduk kedah...sesat-sesat kita org..sudahnya..masuk penang makan nasi kandar aje....

tak kisahlah orang nak kata apa.. janji dapat apa yang kita nak.. ;)

Catat Ulasan