3/07/13

hello penang! - mee sotong & coconut shake (hari 1 part 2)

Nizam habis solat dalam pukul 2 lebih kurang. Perut masing-masing pun dah menjerit lapar. Terus bersiap ke Padang Kota Lama untuk pekena mee sotong dan coconut shake. Saya pernah makan mee sotong tu masa zaman mudo-mudo dulu. Tapi dah lupa rasanya macam mana sebab dah lama sangat. Heee~ Nizam langsung tak pernah makan. Maka, inilah masanya untuk explore masakan mamak Penang ya?

Le derrière de Penang

Sampai saja Padang Kota Lama, langit gelap semacam. Keluar dari Harimau Kumbang, dah terasa gerimis. Adeh! Baru ingat nak pusing Penang naik beca. Nizam dah berbelah-bagi. Ada je tourist yang naik beca dalam hujan tapi cover dengan plastik. Nampak tak enjoy. Sudahnya, tak jadi. Sob! Sob! 


Gaya otomen. Sekarang ni kalau minta amek gambar, gaya otomen jelah. Takde gaya lain lagi dah.

Tu dia...

Sampai medan selera, dah nampak ramai yang kerumun kedai mee sotong ni. Semua nak berbungkus. Masing-masing nampak macam student U baru balik dari solat Jumaat. Suci je muka. Heee~ Petang tu, saya order mee goreng sotong. Nizam pula nak merasa mee rebus sotong.


Mee goreng sotong

Mee rebus sotong

Mee goreng sotong tu, sedap tapi kembang sikit. Nasib baik ada limau buat potong muak. Kalau tak ada, kacau jugak tu. Rasa sambal sotong walau manis tapi layan. Mee rebus tu, saya tak suka. Tak kena pada selera. Maybe sebab dah terbiasa makan mee rebus Johor yang sedap-sedap tu kot? Heee~ Tapi untuk coconut shake, memang layan! Kami tak pernah minum coconut shake. Kiranya, percubaan kali pertama kami ni. Nasib baik sedap.


Segelas memang tak cukup tapi tak boleh tamak. Kena simpan perut untuk pasembor Gurney Drive.


Hai! Lihatlah kami yang happy ni!

Saya lupa overall harga makan kat situ tapi yang penting, murah sebab kami letak budget tinggi untuk setiap tempat makan. Puas hati!

Habis makan semua, singgah Tesco Tanjung Pinang beli bedak. Heee~ Macam kat KL takde, kan? Bedak kat rumah jenis botol besar. Malas nak mengangkut. Takkan nak biar muka bogel takde bedak, kan? Bak kata Aydin; Shame! Oh, ya. Saya bukan jenis perempuan bermekap. Kalau keluar rumah, benda wajib tempek kat muka cuma krim muka dan bedak baby...........Eh? Dah lari dari topik Penang ni. Heee~

Habis shopping serba sikit kat Tesco, kami terus balik bilik dan Zzzz. Reload tenaga untuk pasembor dan nasi kandar malam nanti. Tunggu ya?


Protestant Cemetery. Bagi saya, kubur ni sangat rare. Macam Abbey Crypt. Di KL, tak jumpa kubur spesis negara omputih ni. Cool, kan?

21 comments

aiseh~da balik ke ni? baru nak kirim buah pala~~he~~

lama dah x jenjalan peneng....padahal rmai je sedara mara c2...huhuhu...

Rindu nyer kat penang! :)

sukanya dua beranak ni..tengok gambar makanan pun acik dah terliur

Dialog gambar paling atas...

"Mama... Nak adik..?"

telan air liur tengok mee rebus sotong tu..serius.

huuuu mee tu nampak mcm best je. *lapar*

Terliur tgk mee sotong tu.

3/7/13

sukaaaa gila dengan penang street food. sedappp..hehe

Tanpa Nama
3/7/13

walla n3 ni buat KA missed penang so so much lah ! huhuhu

weee sedap kan mee sotong tu..baru je makan ari khamis lepas (27/6) tapi geng ngan cendol memang best!

Gambar cemetry tu kalau buat wed photo ngam jgk kan...ngeee~~

Aydin ni geram lah kita tgk! Tembam! Rasa nak geget... Kita pun xboleh nak masuk sgt mamam mee goreng sotong tu... maybe tak biasa makan kot... manis sgt...

Eh, jln2 kat Msia bestkan... adventure yg takde kat tmpt lain rasanye :))

Dah rasa dah tahu Fara perbezaan rasa, kalau macam kakak tahu mee rebus Johor aje...

3/7/13

TAK PERNAH LAGI SAYA MERASA MEE SOTONG..

PASAL KUBUR TU, DI MELAKA PUN ADA JUGAK KUBUR INGGERIS DAN KUBUR BELANDA..

3/7/13

AYDIN MCM BDK UMUR 5 TAHUN JE ;)
MEE SOTONG TU ADA SOTONG KE DLM TU?

salam farah ..sedapnya..kak ita tak pernah makan pun....mcm sedap sangat rupanya..pakai sambal sotong ke..merah macam sambal aje...

aydin....dah tinggi nampak mcm dah besar dan hemsem lah..ke dah kurus...

Balik beli jeruk tak??hehe

hmm dh tau dh.tgk pic pon tau mst x sedap mee rebus tu.hehehe.jahat nya sy.

3/7/13

itu mee sotong menyelerakanlah, fuiiyo dia punya kalerr..

merah! memang menggoda iman.. hancur la diet siapa yang tengah control makan gini kan..hahaha..

part pegi penang ni ai boleh terlepas..? rugi2.. kalau tak, boleh gak kirim + dapat jumpa kan.. kan kan.. ;)

Catat Ulasan