8/07/13

macam mana nak cancel insurance policy?

Saya belikan insurans Etiqa Takaful untuk Aydin. Insurans nyawa biasa termasuk medical card dan pelaburan. Saya tak ambil education plan sebab masa tu, Etiqa tak offer medical card untuk edu plan. Untuk pelan pendidikan, saya bukakan SSPN je. Bukan komitmen tiap-tiap bulan. Kami simpan bila ada duit.

Sekarang ni, rasa tak best pulak dengan insurans tu. Semuanya sebab hari tu member ada cerita pulangan insurans Etiqa yang tak seberapa. Bila dah kena psiko, mulalah rasa tak senang. Bayar pun macam agak mahal. Mula-mula, saya telan je rasa beban tu. Tapi sekarang, saya macam dah tawar hati je. Ikutkan, nak je  cancel policy. Apa pendapat kawan-kawan? Bagilah advice kat saya sebab saya berbelah bagi betul sekarang ni.


23 comments

8/7/13

KALAU DAH LAMA, TAKYAH LA CANCEL.. RUGI JE BAYAR DULU-DULU.. TERUSKAN JE..

8/7/13

saya tak tahu dan tak pandai pasal insurans ni...

maaflah tak membantu langsung dalam keadaan ini. :P

suami saya pernah cancel insurance..dapat duit balik berapa je entah..dekat setahun lebih dapat balik 300 je.sekarang dah tukar yang lain sekali dengan anak2.saya je tak de insunce.hehe..

dah berapa lama bayar Etiqa tuh..??

Kalau ragu2 mcm tu, Cuba survey prudential mgkin ok dari etiqa.

So far Zaza amek Prudential untuk Khairine & Danish.. RM150 setiap seorang, medical & edu.. kalau in future nak up lagi dari RM150 keatas pun boleh..
Untuk saving, Zaza bukak ASD & SSPN untuk dorang..

8/7/13

buat surat jelah mintak nak stop
kalau layak dia akan bagi sikit pampasan...dptlah beli baju raya aydin.kalau x layak..apa pun xde la .hehe

Tanpa Nama
8/7/13

x brp nak reti bab2 ni farah

8/7/13

akak pernah rasa tak best dgn insurans jns ni then akak call diorang mintak cancel, diorang pun cancel dan pulang duit separuh je..syukurlah baru bape ratus je..

8/7/13

Fara,
Insuran adalah untuk perlindungan diri. Bukan tool untuk keuntungan pelaburan.

@AziE

Betul. Tapi sy pun ada hak sbg pengguna, kan? Mmmm....

ai tak pandai pasal insuran ni.. pernah cancel satu insuran dengan sebuah bank dulu.. dapat balik tak banyak..

hmmm kes berat neh.so far xde pengalaman lg.kalo stop sllu nya stop cm tu je.mcm mak sy dulu.stop trus xdpt pape.

hana x join insurans sbb husband yang uruskan semua. tak silap, dia pun ambik insurans etiqa.

saya dah pun cancel insuran etika anak saya yang sulung. selama 5 tahun jugaklah dok bayar tiap2 bulan rm60. so masa cancel hari tu dia pulangkan duit dlm 2800. oklah boleh tambah simpanan dia.

9/7/13

Saya setuju dgn komen aziE tu...dan setuju juga dgn komen balas awak. :)

Konsepnya begini, yg saya faham lah, kalau salah, sila betulkan...Kalau awak nak coverage semua 3 benda tu dalam satu( all in one), yakni medical card + pelaburan + pendidikan, boleh..mmg banyak company berasaskan takaful yg dah provide...tapi ikut logic akal kita, kalau nak coverage yg mantap bagi semua 3 benda tu, pastinya premium bulanan yg kita bayar pun, perlulah 'premium'...betul tak? Kalau tak premium bayaran bulanannnya, maka coverage /pulangannya bagi ketiga tiga benda tu pun, pastinya ciput...:P

Kalau saya, saya akan fikir 2 situasi ini:

1- Cancel the current existing takaful, dan ambik the new one yg offer 3 in 1

2- Teruskan the current takaful, plus mantapkan education savings.

3- Upgrade the esxisting tafakul plan, to include education plan...Tapi hal ni u kena tanya your agent la...ada yg allow, ada yg mmg takde/tak boleh

@Daddy Ziyyad

Mgkn sbb sy terlalu tertekan psl education plan tu. Silap sy tak amek edu plan ms mula2 nak belikan aydin insurans. Dlm entri pun, sy tak cite nape klu boleh sy mahu pulangan yg menguntungkan. Bukan untuk diri sendiri tp segalanya utk keperluan aydin. Klu boleh, sy tak nak die berhutang semata utk segulung sijil mcm kami.

Tp bila dipk blk, betul kate azie tu. Tak pelah, berkorban sikit byr lbh utk med card aydin walau kami tak pnh guna. Hahahah~

Tanpa Nama
10/6/14

Dah terminate ke belum? saya Agent AIA Public Takaful, kalu perlukan penjelasan and pandangan boleh contact/whatsaap saya. Free consultancy.

0173930196 (Farhan)

P/S:Medical Kad kami paling murah dan tiada had limit seumur hidup (Unlimited)

Catat Ulasan