9/07/13

pelajar disamun di tengah pergolakan mesir



Kaherah: Seorang pelajar Malaysia cedera ditumbuk dihidung selain belakang tubuhnya dikelar dengan pisau oleh sekumpulan lima perompak di tengah bandar raya bersejarah ini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa seorang pelajar jurusan Syariah, Mohamad Mohd Azlan, 21, cuba disamun penjenayah warga tempatan Mesir ketika pulang ke asrama penginapan pelajar Malaysia dengan berjalan kaki.
Kejadian itu menyebabkan hidung mangsa bengkak dan mengalami pendarahan serius akibat ditumbuk penjenayah yang sebelum itu menyerang mangsa di tepi jalan 200 meter dari kediaman pelajar di Haiyul Asyar, di sini.
Seorang rakan mangsa, Abdullah Afif Said, 21, berkata kejadian berlaku ketika mereka sedang berjalan kaki pulang sebelum menyedari beberapa lelaki tempatan cuba menghampiri mereka.
“Saya yang tidak sedap hati kemudian mempercepatkan langkah sebelum dua daripada penjenayah itu menangkap seorang rakan saya, Abdul Rahman Ahmad, 21. Tiga lagi penjenayah yang muncul entah dari mana kemudian menangkap Mohamad.
Sumber: HMetro
Semua pun sedia maklum keadaan di Mesir, kan? Bergolak sana-sini hanya kerana satu alasan; kuasa. Teringat satu siri dari History Channel (Astro), God vs Satan: The Final Battle. Dalam kisah itu, mereka mengkaji kombinasi kitab-kitab yang ada di dunia. Salah satunya, Al-Quran. Memang ralit tengok siri tu. Dari situ, kita boleh simpulkan yang kandungan jalan ceritanya adalah hampir sama. Baik Al-Quran, kitab Taurat (Yahudi) dan kitab Injil (Kristian). 
Siri itu mengisahkan, dunia akan melalui satu zaman di mana kuasa baik akan berlawan habis-habisan dengan kuasa jahat. Mereka menggambarkan, kuasa jahat akan menggunakan kuasa mereka untuk menjahatkan semua umat manusia, baik secara halus atau paksa. Jika kuasa baik mempertahankan hak mereka (atau memperjuangkan), maka mereka akan ditindas kuasa jahat (yang kian berkuasa dek paksaan secara halus).
Siapa kuasa baik yang ditindas? Mungkin Palestin? Mungkin puak Uyghur? Mungkin rakyat Mesir yang menyokong pemimpin yang mengagungkan agama Islam? Dan siapa pula kuasa jahat yang paling berkuasa dan suka memaksa secara psikologi dan halus?
Cerita saya mungkin relevan dengan kisah Mesir. 

13 comments

9/7/13

ko bleh jadi pakar kaji sejarah.. terbaek dengan ulasan yang ko kasik ni. aku suker...

Tanpa Nama
9/7/13

Entah bila nak aman dunia ni ye farah !selamat berpuasa juga ye , moga amalan2 kita kan diterima oleh Allah swt

kesian nya kat dia..hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri..motiff bg perumpamaan?

btw,salam ramadhan buat fara sekeluarga.. :)

Ngeri plak tgk kesan luka tu.. Ksian mangsa... Sana sini bergolak... dunia akhir zaman..

moga beliau cepat sembuh dan moga semua di sana selamat hendakNYA terutama rakyat Malaysia..

hmm sy masih x paham lg ngan apa yg akk ckp tu.sy ni lambat sket loading.dh lama lama baru leh pk.tp akk ni hebat kan.sume cite yg akk tgk sume cite yg ada makna.sy pon suka cite cm tu.tp biasa lah,duk umah MIL.asek2 hindustan je.hmmm

psstt: kalau awak nak datang hari2 pun boleh.. ok je.. aydin dapat kawan.. ;)

9/7/13

mmg scary dgn pergolakan dorang...

kesian student ni...huhu...

9/7/13

jap pk,ada tak sedara mara aku kat mesir sana?emm..lupa.apa2pun moga mereka selamat dalam jagaan Allah swt

kalau dipikir2 balik peralihan kuasa kat mesir ni mengundang banyak kejadian jenayah je..dengan rogol,pecah rumah,bunuh,,aih...maknanya dunia tak makin aman pun..

9/7/13

SEMOGA MESIR KEMBALI PULIH SEPERTI SEDIAKALA..

Risau juga tgk kes ni. Takut merebak ke negara berdekatan. Ada anak buah belajar kat jordan..

9/7/13

berminat nak tengok dokumentari tu.. ada link x? :p

Catat Ulasan