12/09/13

ketetapan dan ketentuan allah

Esok, genap 13 minggu saya membuyungkan baby dalam perut (Inshaa-Allah). Tapi kami laki-bini sudah menabung untuk pelbagai persiapan. Senarai nombor 1, dah tentulah untuk majlis akikah. Disebabkan kami ni cuma rakyat jelata kelas pertengahan yang macam 'melukut di tepi gantang', kenalah menabung dari awal sebab jari kami ni bukan jari magic yang mana sekali petik terus duit berterabur turun dari langit. Lainlah kalau kami ni anak menteri. Kali ni, kami menabung dengan cara bersungguh-sungguh sebab Aydin pun kami tak berkesempatan nak mengakikahkannya lagi (betul ke susunan ayat ni?). Dulu saya pernah mention dalam blog konon nak buat kenduri akikah Aydin tapi aral melintang datang lintang-pukang. Apa boleh buat. Ini semua KETETAPAN DARI ALLAH. Harga seekor kambing sejak subsidi RON95 dikurangkan, haruslah mencanak-canak naik. Nak harapkan projek lembu tempatan murah dan khas untuk rakyat jelata NFC tu, jangan haraplah! Semua punah-ranah. Tapi tak apa. Moga-moga Allah permudahkan urusan kami. Kawan-kawan, doakan kemurahan rejeki kami ya?

Cerita pasal persiapan nak menyambut baby comel dari dalam perutku ini, teringat masa kami buat persiapan untuk Aydin dulu. Sobs...sobs..sayu pula rasanya. Masa tu, ekonomi kami laki-bini masih tak berapa nak stabil. Kami bersiap dengan budget yang tersangat ketat. Experience pun tak berapa nak ada. Naif-naif gitu. Beli stroller pun, stroller rakyat jenama Malaysia. Kalau letak kat belakang bonet, habis tak boleh letak apa lagi dah. Tak berapa lama pakai, rosak. Mulalah kepala otak ni dok terfikir; Agaknya, kualiti macam ni jelah yang rakyat Malaysia layak beli dan gunapakai, kan? Nak kata murah betul, murah apanya kalau dah lebih RM200? Teringat alkisah kawan tu, beli stroller MacLaren kat UK. Siapalah yang tak kenal stroller jenama gah (gah kat Malaysia je) tu kan? Yang regenya cecah ribuan. Tapi kalau kat UK sana, rege tak sampai RM400 gitu. Balik Malaysia, boleh show-off dengan orang kampung; Jenama mahal woiihhh! Hehehehe~ 

Macam mana ya? Menteri tu kata; Kalau mahal, beli yang murah. Tapi kalau beli murah pun kelak boleh menyusahkan rakyat, agak-agak kisah kita ni kisah happy ending ke atau sad ending? Sobs...sobs....






28 comments

12/9/13

InsyaAllah ada rezeki utk anak nt..insyaAllah..percaya pada janjiNya..

12/9/13

tu la..bila beli murah cepat rosak..nak kena beli lagi..kos nya sama je macam kita beli mahal cuma.bila beli mahal tak payah beli dah dan boleh pakai berulang2 kali mungkin sampai anak ke 7..heheh

12/9/13

aku pun belum buat akikah utk si kenit..dah 3tahun pun.huhu
last year nak buat dah,lembu lak lari hari patut smbelih..pospon tahun ni

12/9/13

betul la fara...haishhh tp rakyat marhean mcm kita ni kena hadapi la juga kan?

12/9/13

X pa le, janji ada... anak2 akak pun pakai stroller jenama malaysia, kira ok le drpd x da kannnnn..

12/9/13

entahlah farah kalau cakap banyak orang kata tak syukor..
walau apa pun akak doakan moga dimurahkan rezki kita semua..insha Allah

akak dah lama meninggalkan bidang ni fara....macam dah x reti dah..hehehhe...

alhamdulilah....tak pa lah farah..ada rezeki beby tu...kak ita pun pakai stroller cap malaysia aje.. sampai sekarang pun arryan pakai..walaupun buruk janji tak penat nak dukung...bagi kak ita tak perlu ikut orang...ikut kita aje...

Mari sama-sama berdoa semoga dimurahkan rezeki dan takpe lah fara, kita berbelanja ikut kemampuan, ukur baju di badan sendiri. Memang nasib sama la, beli stroller pakai buang. Anak 2nd beli baru. NGeeeeeeeeeeee

xmau ar sedih2 ye
rezeki tok new little mujahid tu mungkin akan lebih kan
jemput singgah ye blog saya
umielman.blogspot.com

13/9/13

fara,
sabar la fara.. cabaran menjadi ibu. insya allah, setiap anak lahir bersama rezeki. Jangan risau sangat. Banyakkan berdoa. Pasal akikah, aqil pun saya dapat akikah dgn sekor kambing je. aisy pun belum akikah lagi. insya allah tengah kumpul duit. hujung tahun nak kongsi dengan kakak yg tengah pregnant jugak..

stroller saya dah jual.. beli cap murahan jugak. tapi anak anak tak suka naik. alhamdulillah ada kawan baik hati pinjamkan ring sling utk dukung aisy..

jgn putus asa. bersangka baik dengan Allah.. insya allah akan ada jalannya.. saya faham, ibu mengandung mmg agak emo. masa saya pregnant pun macam2 kerisauan..

Kejap jerk dah 13mggu ya.. semoga dipermudahkan segalanya...
Betul kata pepatah alah beli menang memakai... alang2 nak beli biar mahal tp tahan lama pakainya xperlu dah beli lagi. Kalau beli yg murah tp xtahan lama serupa mcmtu jugak nak kena beli lain plak. uhuhuhu

Dah survey ke harga kambeng? Luth dulu buat aqiqah guna biri2. Harga kt kampung tak sampai pon 400.

Itu la nasib kita awk. Kalo ckp byk nnt org kata tak bersyukur plak. Atau pun disuruh pindah duduk brunei. huhu.

13/9/13

Bila harga rumah mahal, Ada menteri kata jgn beli rumah.
Bila harga ikan dan ayam naik, ada menteri kata makan sayur

WT....??

Tanpa Nama
13/9/13

banyak kisah dongeng kat malaysia ni. dan ada banyak jugak watak khayalan. dah boleh buat fiksyen tajuk "alisa in malaysialand"

14/9/13

As salam mommy Fara,

Alhamdullillah dah 13 weeks..! Dah ilang ke mabuk2 kepayang? aiyooo tetiba rasa loya lak tekak ni...hihuu... Saya doakan semua yg terbaik utk Fara, baby, aydin satu keluarga! Moga murah rezeki kamu nnt! Pak menteri tu nampak je kaya... kdg2 lagi sengkek dr kita...hahaha :D

Take care ye darling... enjoy ur pregnancy... kiss kat pewut comel tu :*

Assalamualaikum Sweetie

Wah, Tahniah dah membuyung lagi. Tumpang gembira dan doa dari mamawana moga baby dlm pewot dan ibu baby yg comel sihat dan diberkati illahi . Amin.

Dilema yang rakyat marhain sedang hadapi.. peningkatan kos sara memeningkan kepala..
Bila nak buat kenduri serba salah nak jemput berapa ramai org.
Keperluan baby, beli ikut kemampuan.. org lain bkn tau susah kita mcm mana.. mereka hny pndai berkata2..

Kita hanya merancang, tapi DIA perancang terbaik. Saya buat akikah anak pon masa dorang dah besar.

Fara, klo dak beli stroller yg terbaik pon dah boleh buat installment. Ada grup kat FB. Pilih jer nak brand apa ☺☺

Menteri tu ckp bkn berdasarkn pengalaman/realiti, tapi lebih kpd nak lepaskan t/jwb yg sepatutnya dia pikul.

Saya doakan moga fara sekeluarga murah rezeki...doakan saya segera dpt zuriat juga ya awak.

akk.selalu selalu lah update.rindu akk.dh lah fb akk xde.id xde.email akk xbalas.

27/9/13

Pendapat ikhlas saya...dalam kes macam ni....dahulukan/settle kan aqiqah si Aydin dahulu...Ada option yang murah( relatively),dan Insya Allah,berkat juga...(cuma mungkin sesetengah parents/nenek atuktak berapa 'gemar'sebab tak follow adat), iaitu join program akikah dgn EZ Qorban,contohnya..kita just bayar harga kos( yg selalunya a bit cheaper),dan daging tu mereka sedekahkan kpd fakir miskin/yg memerlukan di negara umat Islam miskin macamdi Kemboja

nasib rakyat marhaen.. bersabarlah.. (",)

Memang kena menabung kita ni fara, tak kira kerana ada baby atau tak. Sebab ada Pak Menteri kata golongan pertengahan tu yg ada banglo dan Mercedes Benz, ada busines, kena kat kita ini golongan apa entahlah Fara sebab pada mereka kalau 2-3K tu kecik macam kita 20-30 sen aje...

Tanpa Nama
4/10/13

setiap anak ada rezekinyer masing2kan.. moga dipermudahkan ! apapun bersederhanalah dlm apa jua pun yer !

assalamualaikum,

tersenyum2 kak ati baca n3 nih..

pasal akikah tu...anak kak ati syahmi
pun tak buat lagi
kami pun tak mampu tapi berhajat gak nak buat nanti...

macam n3 kak atilah ...semua brg dah naik..
lain lah 'depa2' tu yg makin kayo dan terus kayo
ini ada hati lagi nak kenaikan minyak
yg lebih low standardnya kat kito...aduhaiiii

9/10/13

InsyaAllah Fara, ada rezeki baby dan Aydin. Yg penting dulukan mana yg sepatutnya. Kalau fikirkan duit, sampai tutup mata...pun masih nak guna duit. Fara untung juga, dua org kerja. Kakpb ni sorang kerja, bygkan kalau nak beli rumah (apartment) disini dah hampir 3K. Gaji naik tapi brg lain naik sana sini pun mcm takde apa kesannya pd kita.

9/10/13

anak dara kenit aku lom akikah
igt nak buat raya haji tahun lepas tp lembu lari masa hari nak kena sembelih.konon nak buat tahun ni,tp bajet dh lari terjun lombong ;)

Catat Ulasan