11/10/13

kejadian pecah kereta

Masa tu, saya dalam opis. Tengah buat kerja. Tiba-tiba, rasa meriah sangat kat luar. 4 orang budak lelaki dari spesis kutu berahak, dok berlegar-legar dengan motor masing-masing. Kejap ke hulu, kejap ke hilir. Sambil pulas minyak. Saya pandang juga tapi tak amek port sangat. Tiba-tiba, terus senyap sunyi. Tak bising macam tadi. Saya mula rasa semacam. Instinct tu kuat sangat. Saya mengintai ke luar. Budak-budak kutu berahak tadi berkumpul kat celah-celah kereta. Salah seorangnya meluru ke kereta Proton Wira. Kebetulan, Harimau Kumbang saya betul-betul depan Wira malang tu. Saya tak tunggu. Terus keluar opis. Keluar-keluar je, budak tu tengah pecahkan cermin kereta Wira. Terkejutnya saya, Tuhan aje yang tahu. Saya panggil semua orang lelaki yang ada dekat situ, minta kejar budak-budak kutu berahak tu. Tapi tak sempat. Sekelip mata, budak-budak tu cabut lari. Sempat jugaklah budak tu grab beg laptop tapi saya rasa beg tu kosong je sebab nampak melayang-layang. Kebetulan, owner kereta tu ada kat belakang saya. Dia tak kejar pun budak-budak kutu tu. Mungkin faktor keselamatan. Kalau dah cara cari makan pun nampak terdesak semacam, apalagi nak menyelamatkan diri, kan? Benda pun dah jadi, owner tu pun dah rugi walau mungkin dalam beg tu tak ada apa-apa yang bernilai pun. Cuma owner tu dapat satu pengajaran; Lepas ni kena lebih berhati-hati walau malang tak berbau atau mungkin KETETAPAN TUHAN NAK JADIKAN BENDA TU BERLAKU (troll tetap troll).

Kes pecah kereta ni bukan baru pertama kali jadi kat area sini. Dah banyak kali. Malah walau ada orang dalam kereta tu pun, mereka berani pecahkan kereta dan sambar apa je yang mereka sempat. Bukan kes pecah kereta je. Kes curi bateri kereta pun ada. Kes ragut dan samun, tak payah cakaplah. Banyak kali jadi. Tapi dari dulu sampai sekarang, payah saya nak nampak kereta peronda polis merayau-rayau kat kawasan ni. Saya tak tahu kenapa. Kalau saya main hentam kromo, orang marah saya. Maka, bersangka baiklah kita ya?

Kesimpulannya, senang je. Kalau dalam sekelompok manusia tu sama tarafnya dan punya pemimpin adil dan sama rata, tak akan berlaku kes terdesak cari makan macam ni.


19 comments

Wah..fara jadi saksi kejadian ye.. budak2 nakal ni tak kenal takut.. berani buat apa je walaupun siang hari...

Assalamualaikum,

takut dgn situasi sekarang nikan
nak drive sorang2 malam pun risau

Scarynya. Makin menjadi2 jenayah skang ni.

sangat berani diorang ni. Barang2 cam beg2 tu walaupon xde isi berharga elok la simpan sorok2. Walaupon kita ada dlm kete. Satu hal la plak cermin kete pecah walaupon xde benda berharga kena curi.

kawasan awak ni dengan ngan kelana square tak?

11/10/13

PIHAK YANG BERKUASA TERUTAMA PDRM PERLU LEBIH FOKUS PADA TEMPAT AWAK TU.. RASANYA DAH BANYAK KALI PERKARA SEBEGINI AWAK LAPORKAN DI BLOG AWAK NI..

Tanpa Nama
11/10/13

hahaha! kau dah pandai troll sekarang...

katakanlah: dalam beg tu ada rm5. budak2 tu kena tangkap. lepas tu kena hukum penjara 5 tahun. logik kan? sebab curi rm2 kena 2 tahun penjara. tapi kalau berjuta? siap boleh belanja orang makan nasi lemak sedap lagi... hahahaha!

Bahayanya...!
Skrng kos sara hidup mkin naik...pastu keje memilih sngt bdak2 skrng...itu yg bnyk sngt kes2 curi dah skrng...

Geramnya... bila kata jenayah menjadi-jadi ada pihak membantah pulak. Tapi kalau dah kes tempat Fara sama aje dgn tempat abang kakak di Pasir Gudang macam itulah Fara boleh katakan tiap 3-4 hari ada saja yg jadi mangsa...

11/10/13

mereka semakin terdesak..bila semakin terdesak..mereka semakin berani...bila semakin berani tindakan mereka luar jangkauan otak kita...tu sbb kebayakan mangsa membiarkan sahaja dari beria-ia mempertahankan...

Tulis banyak2 nanti, macam-macam pulak persepsi orang lain... :(

11/10/13

Takutnya wak

jgn lupa baca ayatul kursi setiap kali melangkah keluar ceewahh

Makin terdesak la budak2 ni nak cari duit. kalo cari duit utk makan tu boleh maaf lagi. Ini biasanya kalo dah berani mcm tu, mungkin nak beli dadah. Ataupon dah takdir dia dia nak jadi perompak. hahah. Sempat lagi selit.

Tanpa Nama
11/10/13

skang ni mmg macam2 kes fara.. kena lebih hati2 lah !

Kamu..bahaya nyer kalau berani sgt nie..hati-hati ye..

@Kakcik

Sy tak kisah dah Kakcik sbb sy dah terasa sgt2 beban hidup kat tgh2 lembah klang ni. Klu sy idop sng dan kwn2 lain juga rakyat satu malaysia ni idop sng, sy takkan merungut mcm ni. Biarlah org nak anggap sy apapun. Sy cuma berekspresi dr apa yg sy rs sbg salah seorang rakyat marhein berstatuskan timun. Bukan sbb sy fanatik pd mana2 parti politik pun.

@fairus

Awak pun perasankan? Mslhnye, takde apa2 perubahan pun berlaku. Bkn takde bt report polis. Gila apa rakyat malaysia yg jdk mangsa nak duduk diam je tak nak report polis? Mslhnye, polis sendiri ckp; KAWASAN SITU MEMANG SELALU BERLAKU KEJADIAN JENAYAH MACAM NI. Polis sendiri pun tak menang tgn amek report org tp malangnya, sy tak nampak pun kereta peronda polis bt rondaan kat area sini pd waktu siang.

@:: Mrs.Eady ::

Sy berani dr jauh je. Lgpun ms sy pgl2 lelaki tu, bkn jerit2 kuat pun. Slow2 je jerit. Huhuhuhu...

Eh? Jap...mksd awak, berani yg mcm ne ye? Berani sbb tulis2 psl gomen ni ke?

14/10/13

Rondaan hanya dilakukan bila adanya keperluan..?
Nak tunggu nyawa hilang..?
Sangat berani budak2 tu.. Moga mereka insaf atas apa yang telah mereka lakukan itu :(

Catat Ulasan