10/10/13

syukran jazilan

Sebaik bangun pagi, benda pertama yang saya akan buat adalah; buka tingkap. Tengok keadaan sekelilling. Alhamdulillah. Tak ada dentuman bom sana-sini. Tak ada mayat bergelimpangan merata. Tak ada kereta kebal menjalar di sepanjang jalan. Syukur, Malaysia masih aman. 

Sebaik menghidupkan enjin Harimau Kumbang, Alhamdulillah. Baik lagi kondisi kenderaan kami. Boleh lagi bawa kami anak-beranak ke rumah babysitter dan ke tempat kerja. Walau RON 95 ditarik subsidi. Walau berpeluh kami bekerja siang malam dan bila hari gaji, senang-senang je tabur duit pada pemimpin sedia ada namun kami bersyukur kerana masih diberi peluang untuk punya kenderaan sendiri (yang bukan dari jenama 'negaraku berdaulat, tanah tumpahnya darahku')

Sebaik tiba di ofis, Alhamdulillah. Saya kenyang bersarapan mihun campur kuetiau goreng berlaukkan sambal sotong (banjir) dengan hanya RM3. Murahnya rezeki makcik nasi lemak tu. Masih menjual sarapan degan harga rakyat marhein. Tak hairan, kedainya sentiasa penuh dengan pelanggan dan hasil jualan licin-licau setiap hari. Moga berkekalan walau subsidi tepung dan gula ditarik kelak.

Sebaik usai bersarapan, Alhamdulillah. Orang tua saya datang ke ke tempat kerja membawa perkhabaran mengejutkan. Rumah usang mereka bakal di renovate dengan kos melebihi RM50k. Syukur ianya bukan major renovation kerana kalau ya, mereka bakal melabur lebih dari RM100k hanya untuk renovation! Bukan membeli rumah ya! Syukur, Lembah Klang masih aman damai tanpa ada sebarang kekacauan.

Last but not least, syukur Alhamdulillah kami dikurniakan akal fikiran yang matang. Mampu berfikir mana baik dan mana buruk. Walau kami dikatakan punya hak untuk memilih tapi serupa tak payah pilih sebab kalau kami pilih pun, macam tu jugak keputusannya. Namun begitu, kami tetap dengan pendirian kami;  memilih untuk menolak pemimpin yang suka cekik darah rakyatnya sendiri.

Jom kita sama-sama bermuhasabah diri.




22 comments

10/10/13

alhamdulillah..

pedih je membacanya..

Tanpa Nama
10/10/13

minyak naik memang terasa...

fuhh...

Tanpa Nama
10/10/13

mohon para penjilat semua baca entri ini. guna magnifier untuk tulisan bold. (sori, kasar sikit komen)

Syukur Alhamdulillah masih dapat bangun pagi setiap hari, Tuhan masih panjangkan umur saya.

:)

10/10/13

mihun=kueh tewo=sotong banjir=rm3???







lokasi makcik tu plis... >_<

10/10/13

Alhamdulillah kita masih mampu melakukan rutin harian.. walau terpaksa berhempas-pulas mencari rezeki.

10/10/13

mendalam sekali..

Alhamdulillahhhhhh....

10/10/13

ADAKAH JAMINAN APABILA MENUKAR PEMERINTAH, PERKARA-PERKARA TERSEBUT TAK AKAN BERLAKU? ATAU SAMA SAHAJA?

10/10/13

smp bila agaknya ye..

entri sinis yg betul sekali..patut dibaca oleh para pemimpin utk mereka muhasabah.

mmg kita aman, tapi byk benda boleh diperbaiki...kenapa tidak kita perbaiki?

10/10/13

Saya memang tengah muhasabah sangat ni, sungguh..Tengok jelah nanti, rakyat makin bijak.

10/10/13

Assalamualaikum Fara

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Syukur

tapi kalau tak ada bayar tol, harga minyak turun dan lain lain lagi kan lagi baik

@Rapunzel Cikilolo

Awak! Kite tak pndi nak cri blog awak. Tiap kali klik nama awak, kuar Google+. Sobs...sobs....ape kate awak bg URL blog awk?

@NM03

Kelana Jaya. Ada berani?

@faraherda.razalan

kelana jaya belah mana? nak try juga.

10/10/13

@fairus

Nak suruh siapa jamin, baru berani berubah? hahahaha..

10/10/13

Ya.. bersyukur dengan stiap ujian yang diturunkan. Aku belajar itu. :)

Syukur masih diberi kudrat oleh Allah untuk menghargai kejadianNya...

11/10/13

rasa menampor pemimpin kita ni!

rakyat didahulukan untuk terima bebanan?? fuck!

hehehe... fine. Kalo tak suka duduk melesia gi pindah brunei. Okay apa pemerintah sekarang. Asalkan tak jatuh ke tangan cina khennnn... *komen berunsurkan rasis*. Ada sesetengah orang melayu berpendapat..... biarlah rasuah, kronism, cekik darah, monopoli tu semua berlaku, asalkan melayu memerintah. Kalo tidak nanti jadi mcm singapore. Adakah bermaksud, melayu yg korup lebih baik dari cina yang jujur dan tekun amanah buat kerja? Asalkan melayu? Ke macamana?

Tanpa Nama
11/10/13

yup.. sama2lah kita yer !

Catat Ulasan