14/10/13

keredhaan dalam berkorban (secara terpaksa)

Sehari sebelum Aidiladha. Pagi ni rasa tenang je. LDP pun lancar. Tak payah nak rushing bersiap pergi kerja. Oh, ya! Hari ni, saya kerja. Terpaksa bekerja walau saya orang pertama yang submit borang cuti. Tapi hampa. Semuanya gara-gara management dari bos baru. Priority pada kroni. Bukan pada yang menyambutnya. Walaupun inilah kali pertama saya minta cuti untuk sambut raya haji tapi tetap tak diberi keutamaan. Tak apa. Saya ok. Saya cool.

Petang ni lepas habis kerja, Inshaa-Allah kami akan bergerak pulang ke Palong. Tekak ni teringin betul nak makan rendang itik Nismilan. Heheheh~ Sebenarnya, dah lama teringin. Sebelum jadi mak buyung lagi pun, tekak ni gatal je nak makan itik. Yummeh!

Oh, ya! Hari ni hari puasa Arafah. Selamat berpuasa bagi kawan-kawan yang berpuasa. Dan Salam Aidiladha. Kawan-kawan yang balik kampung tu, kirim salam orang-orang kampung ya? Makan sedap-sedap, ingatlah saya. Heee~

14 comments

14/10/13

kite pon keje. selamat bekerja utk kite berdua. hehehe

mu posa tak?

14/10/13

raya puasa lepas ai puas dapat makan itik.. tapi kali ni tak dapat sebab en. suami tak cuti, makanya takdelah balik kampung.. :(

Selamat pulang ke kg halaman :)

Hari2 akan berlalu begitu saja bagi kakcik... :(

Salam Idul Adha, Fara...

Tanpa Nama
14/10/13

tahun ni kampung aku `berpindah' ke sini pulak! hehehee...

16/10/13

SALAM AIDIL ADHA..

KAKITANGAN DI BAWAH JAGAAN SAYA JUGA KENA KERJA PADA HARI RAYA HAJI.. BARU SEKALI DUA BIG BOS PERKENALKAN MUZIUM BUKAK PADA HARI RAYA.. WALAUPUN SAYA SELAKU PENGERUSI YANG MENJAGA KEBAJIKAN DAN KEPENTINGAN KAKITANGAN, DAH BEBERAPA KALI MINTA DALAM MESYUARAT AGAR HARI RAYA PERTAMA MUZIUM DITUTUP, TETAPI BIG BOS TETAP MAHU BUKA.. KAKITANGAN LAIN MARAH-MARAH SAYA JUGA YANG KENA TANGGUNG..

Rendang Itik???
Saya sembelih itik serati semalam...wat rendang....sdap toi!

16/10/13

salam aidiladha..

saya dapat cuti..tapi bila start keja.. kejanya berganda ganda.. langsung tak sama bila kroni cuti.. ada org tolong buatkan kerja dia.. apa nak buat..dah nasib..

Nismilan ke? hehehe. N9? Saya walaupun isnin tu cuti, tak balik kampung pun. Dok umah je sbb husband keja.

17/10/13

saya pun beraya haji kat palong jugak.. :)

17/10/13

ramai kan org tak balik raya haji..
kami pun raya dgn adik beradik seniri saje :)

17/10/13

selamat bercuti ye..

19/10/13

Assalamualaikum Fara

moga sihat selalu

20/10/13

Kak.dpt.x mkn nasi itik?

Catat Ulasan