21/10/13

mak buyung dan diabetis

Fuhh! Baru sampai ofis. Tadi pergi klinik gomen, ada antenatal check-up. Macam biasa, klinik overload dengan manusia. Nasib baik management agak sistematik. Appointment pukul 8 pagi. Ambil nombor pukul 7.30 pagi. Siap check-up dalam pukul 9.30 pagi (Basic check-up je. Kalau jumpa doc, makan masa lebih sikit). Alhamdulillah, saya dapat kawtim dengan bos sendiri. Kalau over half day pun, cuti tak payah tolak. Jimat duit dan yang penting, jimat cuti. Tak payah susah-susah nak buat check-up kat private clinic. Almaklumlah, kerja private company ni lain macam sikit. Susah nak dapat kelepasan. Melainkan ambil cuti atau buat weekend check-up kat private clinic/medical centre. Huhuhu!

Bulan lepas, saya ada buat OGTT (glucose tolerance test). Dapat normal result, 4.7 mmol/L. Saya dah lega kat situ. Ingatkan dah selamat. Rupanya tak jugak. Timbang berat badan, naik mendadak sampai 3 kilo lebih (walhal fizikal tak nampak macam mak buyung ni!). Dalam hati, meraung hiba. Petanda diabetes tu dah ada. Sobs...sobs...kalau normal mommy, should be berat tak lebih 0.5kg. Misi dah remind, next check-up tak boleh lebih dari 1.6kg. Ingat senang? Kalau tak preggy, bolehlah. Sobs...sobs....Maka lepas ni, saya kena kurangkan makan nasi. Kena praktis diet macam masa time buyungkan Aydin dulu. Tak apalah. Ada hikmah di sebalik mengekang nafsu selera mak buyung (secara terpaksa). Mesti adaaaaa!

Dulu masa membuyungkan Aydin, saya siap buat diari makan. Punyalah takut diabetes melarat. Setiap waktu makan, saya kena tulis makan apa. Dietrician advice saya lengkapkan 6 waktu makan. Banyak, kan? Sarapan pagi. Brunch. Lunch. Minum petang. Makan malam. Supper. Mak buyung kenalah selalu isi perut tapi setiap waktu makan tu, kuantiti tak boleh over. Nasi ciput. Lauk banyak, tak apa. Tapi tengok kaedah masak jugak. Kalau bakar dan rebus, dietrician/doc puji-puji kata kita bagus. Kalau lauknya masak gulai atau goreng, mau kenal bebel sedas dua. Dah tu sebelum makan, kena monitor blood glucose guna diabetic tester. Dah makan pun, kena check lagi. Punyalah remeh. Tapi demi diri sendiri dan baby, kan? Redahkan aje. Dan untuk preggy kali kedua ni, memang ada chance untuk melalui prosedur mak buyung penghidap kencing manis. Sobs...sobs...

Buatnya nanti berat badan over than 1.6kg, maka jomlah kita buat OGTT lagi ye? 


15 comments

Tanpa Nama
21/10/13

check up kat klinik gomen? apa kata lepas ni kau buat temujanji petang pulak, biasanya tak ramai orang... (ini cadangan)

huish....naik salah kurng berat pun salah kan...sabar jer la...sekarang macam2..

21/10/13

SEMOGA SIHAT-SIHAT DAN SEGALANYA BERJALAN DENGAN LANCAR SAHAJA.. INSHA ALLAH..

hana dlu takde kena buat OGTT. so kurang arif pasal benda ni..

Menantu kakcik pun pergi cek-up tadi. 3 bulan dah... Mudah2an semuanya baik2 saja.

Eh...dia pun cek kat klinik gomen je. :)

21/10/13

suka tengok mak buyung! teringat tengok my kakak pregnant, sangat cantek.. abah pon penah cakap dye paling suka mak masa pregnant sbb cantek dy laen macam..hihihihi


21/10/13

betul tu..kn jaga...jgn jd mcm aku,bb besar..kn caezar...mmg ambil mudah time tu...huhuhu

Payah juga nak control ye Fara sebab kalau masa inilah rasa lapar selalu. Tapi nak sihat kena jaga juga Fara sebab masih lama lagi due date..

21/10/13

uiks, result ok pun kena jgk ke? igtkan kalo result 4-5 ke dah selamat dah....adeih..


p/s: awak check up klinik kj ke?

21/10/13

akk kena kencing manis ke? su dulu naik 3kg trus.kena bebel gak.tp nk wat cane.hehehe

Biasa la ti time preggy mmg mcm2 pnykit la...yg timbulnya...nak senangnya...gitula...kwal mkn...tp kdang time mi gak nafsu mkn x terkawal...huhuhu...

21/10/13

syukur setakat ni ai tak pernah kena lagi.. dan kalau ada rezeki lagi.. lepas ni memang kena jaga pemakanan sesuai dengan peningkatan umur.. takut dan risau.. :(

Moga awak kuat sekuat mengandungkan dak Aydin dulu.. ;)

Cabaran yg bnyk pahala :)

21/10/13

salam tuan rumah cahayacinta suka rumah ini blog.sebab header tu berseri dengan warna kanak rebena.

erk diabetis ni hamil yang keberapa?

Tanpa Nama
22/10/13

moga semuanyer ok yer fara

Catat Ulasan