24/10/13

mangsa rompakan bank di subang jaya

Suspek (Google)

SUBANG JAYA – Seorang pegawai bank menemui ajal dalam keadaan menyayat hati apabila mukanya pecah selepas ditembak oleh pengawal keselamatan premis tersebut yang sebelum itu telah memaksa mangsa membuka peti besi untuk melarikan sejumlah wang semalam.

Kejadian pada pukul 6.20 petang di Jalan USJ Central 2 di sini itu berlaku apabila Norazita Abu Talib, 37, diarahkan membuka peti besi berisi wang di bank berkenaan oleh suspek yang bersenjatakan selaras pump gun.

Mangsa merupakan ibu kepada dua cahaya mata dan telah bekerja di bank tersebut selama 16 tahun.

Difahamkan, ketika kejadian, terdapat lima pekerja di bank tersebut termasuk mangsa dan suspek. 

KOSMO

Datang je ofis, semua orang kecoh pasal kes rompak bank kat Subang Jaya semalam. Ada sorang kakak, siap tunjuk gambar mangsa yang bersepai sebelah kepala. Habis terjulur keluar segala isi. Mana tak bersepai, pump gun punya penangan. Aiyakk!

Sedih sangat bila dapat tahu berita macam ni. Anak-anak masih sekolah (rendah). Time ni, masih belum puas bermanja bawah celah ketiak ibu tau. Sobs...sobs....saya pulak yang sebak kat sini. Muka security guard yang buat onar tu, nampak macam good-good je. Sumber polis pun dah beritahu, rompakan tu bukan hasil dari planning baik macam dalam novel PECAH tu. Nampak sangat security guard tu merompak sebab terdesak. Terdesak sebab apa, Allah saja yang tahu.

Malang tu tak berbau, kan? Tapi diorang kata, Malaysia masih aman damai sentosa. Mmm....


9 comments

ada member post gambar arwah kat wechat..ingatkan gambar apa.sekali tengok Ya Allah meremang bulu roma!
bersepai semuanya.korang ajar punya pak guard

aman la sgtttt....hurmmm

takziah buat keluarga mangsa

24/10/13

Kan..saya terkesan sampai takde mood..

Tanpa Nama
24/10/13

Sngat2 sedih & sebak, ajal maut di tangan tuhan tapi cara kematian tu yang KA sedih sgt !

24/10/13

sedih tengok diorang sebarkan gambar tu..

24/10/13

Moga keluarga arwah kuat dan tabah dalam mengharungi dugaan itu.

Moga mereka yang upload gambar/video mangsa, delete lah balik.. sekurang-kurangnya terpelihara aurat mangsa.. :(

24/10/13

Jaga bank pun dah tak boleh harap...Habis tu, nak harap sapa?

Tanpa Nama
24/10/13

dan ingat tu, melayu mesti bersatu tak kira apa pun. dalam sibuk ajak bersatu, banyak benda lain terlupa (atau buat2)...

Scary lah. Baru tau kes ni pagi tadi. Pastu member wassup gambar tu. Adoiiii...tertengok pastu dah terbayang2. Memang kejam betul lah. Al-fatihah buat arwah.

Malaysia dah tak aman. Jenayah makin menjadi2. Bahaya dimana2. Semalam member office, kakak dia kena ragut. Tak sempat nak kunci keta peragut dah masuk dlm keta acu pisau kat leher. Direntapnya tudung sbb nak amik barang kemas. Sampai terkencin dlm seluar sbb ketakutan. Yg hairan, org ada, tapi tak berani nak tolong. Alahaiiii...

Catat Ulasan