28/10/13

shopping pasca belanjawan 2014

Entri minggu lepas; Bagi sesiapa yang tak tahu, nama penuh Nadeem sang kekasih Nora Danish tu adalah Nedim Bin Datuk Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz. Sekian.

Weekend lepas, kami ke Mydin restock barang dapur. Dah lama kami tak belanja barang dapur, sejak zaman kemabukan. Heee~ Belanja dapur kali ni menuntut penjimatan paling maksimum dek kerana budget hujung tahun kami yang sangat-sangat ketat. Kalau dulu, grab je brand yang kita rasa kita suka dan nak. Dulu makan kicap Kipas Udang. Tapi disebabkan kicap kontroversi tu dah mahal gedabak, maka kami berselingkuh pada kicap Jalen. Beza harga dalam seringgit lebih. Fuhh! Sardin pun macam tu. Sebelum ni, setia dengan sardin King Cup. Tapi nak jimat punya pasal, try beli sardin murah. Walau tak confident tapi sekadar mencuba. Kalau tak sedap, kita couple balik dengan King Cup. Heheheh~ Kalau barang toiletries terutama berus gigi, kami laki-bini beli yang murah-murah. 3 batang yang harganya cuma RM3 lebih sebabnya dulu pernah beli berus gigi yang harganya berbelas-belas ringgit. Tapi tak sampai 3 bulan, dah tak suka nak pakai. Rupa dah macam buah kembang semangkuk. Lastly, beli jelah yang murah. Habis 3 bulan, beli lain. Kalau ubat gigi, beli yang harga murah tapi dapat free mangkuk atau pinggan. Hah, baru best! Hahahaha! 

Tapi kami tak berlaku curang pada semua brand. Ada brand yang harganya agak mahal tapi berbaloi beli. Macam dishwasher, saya dah cuba banyak brand termasuk brand murah. Tapi brand murah selalunya ngam-ngam sebulan, habis. Pun tak guna juga, kan? Walau apapun, bila dah jadi rakyat timun ni kenalah jadi manusia bijak. Kalau boleh, biarlah lagi bijak dari menteri-menteri sedia ada walau pointer kita tak mampu cecah 3.85 CGPA macam menteri ituhhh. 

Tak terasa beban ke hidup zaman sekarang ni? Atau kami laki-bini je yang terasa? Sampaikan barang dapur, kami terpaksa habiskan masa berjam-jam untuk compare harga dan kualiti. Itu semua jimat punya pasal. Tapi dalam-dalam nak berjimat, boleh pulak Astro nak naikkan fee. Arghhhhhh! 


20 comments

astro amik kesempatan!aisshh...

28/10/13

kami tak pakai astro.. hahaha...

Oh... kakcik rasa sangat tercekik sekarang...

Hujung tahun kena beli kelengkapan sekolah 2 orang anak. Mungkin banyak benda lain kena ketepikan saja...

X tau nak kata apa dah....huhuhu...
Mmg rakyat yg kena tanggung...depa smua???? Tggulah blasan di sana nnti....

Tanpa Nama
28/10/13

terasa sangat...

terpaksa tukar nescefe kepada kopi. tu pun cap mersing.

bagi jimat...

haha!

28/10/13

kan..marah laki cheqna bab astro tu
cheqna kesian pada mereka2 kat kampung..yangbukan makan gaji...dengan harga barangan yang melambung skangni...Ya Allah..

28/10/13

Biasalah sekarang ni semua naik. Gulaaaa naik...hmmmmm apalah nak jadi dengan ekonomi Malaysia ni...

Saya terasa. Skang klo beli barang memang kena banding harga. Dah tak blh pilih jenama. Mana yg murah jadi pilihan.

Tanpa Nama
28/10/13

ejaan sebenar, ASSTRO...

sebut pasal bajet, haish tak mau komen lagi. tak reti dah nak cut kat mana. Haish- mengeluh lagi

As-salam Fara..

Betullah.. Skrg ni mmg kena lebih berjimat cermat.. klu tak hujung bulan akan semput dibuatnya.. bila byk harga barang dan hrga perkhidmatan dah naik, jadi pening juga sebab tak tahu macam mana nak berjimat dgn perbelanjaan..

28/10/13

Sapa yang tak terasa dengan kenaikan harga barang sekarang ni..
Sangat simpati dengan orang yang tak dak pendapatan tetap/yang kerja kampung... semua naik.. sure barang keperluan sekolah pun naik...

28/10/13

Fara.. jangan kata Fara.. saya pun turut terasa kesannya.Terpaksa kawal perbelanjaan.. :(

Asteruk boleh pulak naikkan rate dia.. aduh.. migrain datang balik cenggini.. gggrrrr...

28/10/13

kesian kat rakyat timun macam kita, depa buat ulam kaw2 punya..

29/10/13

MEMANG HARGA SEKARANG DAH MENINGKAT.. BAWAK RM50 BERAPA JE BARANG YANG DAPAT...

Astro ye? 6 months ago kami cut buang jauh2. Seriusly memang kami sgt jarang tgk. So ngadap channel free. Tp channel free pula hai lah gambor nya bukan main 'cun' sungguh. Saja je nak suruh pasang astro balik kan ?

29/10/13

Oooohhh...anak mentri rupa rupanya..Untunglaaaa...:P

saya pula dah cuba sardin king cup...Tapi kena juga pasrah beli sardin cap ayam...walaupun lebih mahal...:P

29/10/13

astro naik fee? amboihhh

29/10/13

Eh memang terasa sangatlah kos perbelanjaan barang dapur kali ni..Saya ni kadang ibarat cam timbul tenggelam huhu...

31/10/13

hmm tu lah pasai kan.astro ada kena mengena ngan kenaikan gula n rokok ke.xpaham tol.potong jugak astro ni kang!

Catat Ulasan