29/10/13

tak sabar nak pindah rumah!

Sebenarnya, kami dah tak sabar sangat nak pindah rumah. Dah tak larat nak menyewa kat 'situ' dengan harga yang mencekik. Dah tu, owner agak culas membayar hutang maintenance. Bukan sekali dua tapi banyak kali kami terpaksa berdepan dengan masalah POTONG AIR. Cuba bayangkan. Balik kerja, kita kena HADAP jammed. Dalam nak lupakan stress menghadap jalan sesak, kita pun dah start berangan dan plan nak masak itu ini then nak mandi puas-puas bagi segar badan. Tapi bila sampai je rumah, pulas kepala paip; HAMEK KO! AIR KENA POTONG? Bengang tak? Stress tak? Marah tak? Atau kita harus buat sujud syukur dan redha dengan apa saja yang berlaku; Ini semua ketentuan Allah. Arghhh! Mujurlah kami laki-bini jenis masih boleh berkompromi dan bertoleransi. Selalu je sangka baik; Tuan rumah lupa nak bayar tu. Tapi yang berlengasnya, kami! Sobs...sobs...

Rumah yang kami nak pindah tu masih dalam proses renovation. Rumah lama direnovasi baru dengan kos yang mencekik. Sekarang ni, kami tengah berpeluh kerisauan memikirkan duit yang bakal mengalir keluar. Buat masa ni, kami terpaksa duduk diam-diam kat tengah Klang Valley ni. Tak ada cuti-cuti. Tak ada shopping baju maternity baru selagi perut belum membuyung besar. Shopping barang baby pun kena KIV (terlepas expo mak buyung dan anak-anak kat Shah Alam nun...sobs!). Memang kena jimat betul dengan budget yang tersangat ketat. Warghhh! Adalah 2,3 kali saya propose kat Nizam; Dah sampai masa terminate akaun Astro. Tapi proposal kena tolak sebab SPORT CHANNEL ituhhhh! Ceh! 

P/S: Buat masa ni, kami sedang survey barang-barang untuk bathroom, tapping dan sinki dapur. Kawan-kawan boleh suggest kedai dan brand yang bagus tapi murah? 

21 comments

Moga fara dan famili ceoat selesaikan masalah ni.. memang penat bertambah penat jika berhadapan masalah macam ni..

Takpe terlepas expo kat SACC Mall, nanti ada lagi di Mid Vallley nanti...hujung bln 11..

Astro pun naik ye... mmg semua nak naik harga...belum lagi gula naik ni...hai

29/10/13

semoga semua urusan dipermudahkan ye =)

Alahaiii...sedih nya dgr. Nak masuk rumah baru memang banyak pakai duit. Byk nak kena cut cost.

29/10/13

fara beli rumah sendiri ke tu? selamat berpindah ye. mak yong takleh buat kerja berat2 ye..

try tgk web papamifz

29/10/13

wahh.. pindah rumah sendiri fara? alhamdulillah rezeki baby.. sori tak dapat bantu utk info begitu..

apa pun..jgn risau.. setiap baby datang dengan rezeki.. insya allah lepas ni bertambah murah rezeki fara sekeluarga..

Bila dapat penyewa yg baik, tuan rumah pulak buat hal. Pindah rumah pula banyak yg kena perbaiki.. tak apa susah dulu tapi senang kemudian Fara.

Beli brg kat sana kakak tak dapatlah nak tolong, kalau sini abang boleh tolong..

29/10/13

moving to ur own house sis?..if yes...congrate yer...akk nak suggestkan tmpt beli brg2 pun dah lupa kat mana beli dulu..but it's all over places sis...from Sg buluh to seremban pun akk ada beli brg masa build up rumah...

dalam keadaan macam nie,of courselah tak sabar nak pindah rumah baru kan..

Tanpa Nama
29/10/13

sedihnye...

selalu barangnya murah tapi upahnya mahal...

29/10/13

Kedai2 sepanjang jalan dari Subang ( near Kg Melayu Subang/ Subang Airport) ke arah Sungai Buloh..i mean ikut jalan dalam...byk kedai2 yg jual akessori toilet/kitchen with a reasonable price.

Saya akui, saya tak boleh potong ASTRO. ASTRO menjadi keperluan bagi kami. Saya, wife & anak anak dapat pelbagai info & ilmu dari Nat Geo, Discovery, History Channel, Animal Planet, TLC dan few other informative channels. Kalau lah ASTRO boleh bagi option buang channel sampah ( eg channel yg penuh drama melayu melankolik, channel yg penuh siri nyanyi realiti tv, realiti melahirkan pelawak spastik...), dah lama saya ambil option tu, walaupun dikurangkan kos nya RM1 sebulan, saya ambik! hahaha

29/10/13

Kos nak pindah rumah memang boleh tahan gak la dengan renovation lagi kan..Ingat lagi pindah tahun lepas memang terasa sangat la, duit mengalir lebih laju dari air..

kenapa fara yg kena survey brg2 bathroom? tuan rumah xbagi ke? para dlm bathroom rm25 (kat ikea), cermin rm45 (kedai kat bangi), railing 1kaki rm3 (+rm3 for kaki hujung dia each). tap kat kedai biasa pun boleh dpt yg murah2

29/10/13

pindah kat mana.. dekat dengan tempat atau makin jauh.. ;)
Moga urusan berjalan dengan baik dan jaga diri.. ;)

sama la...pda kita nak jimat...suh ambik astro yg basic je...x mo plak en.laki...nak nengok sukan katanya....sabr je lah...

tp nak msuk umh baru ni...mmg bnyk pkai duit sbnrnya....

Alamak...sama mcm owner rumah sewa akak ni la...duit sewa nk cpt...maintenance haram nk byr...selalu akak tolong byrkan guna duit sewa...ni toilet flush rosak ni...pandai2 la siram guna baldi tiap kali berak....tiles pecah pun x nak dtg tgok...bongok..

29/10/13

Huuu.. aku harap urusan kau dipermudahkan. Dugaan. Sabar. :)

30/10/13

SEMOGA SEGALA URUSAN AWAK DIPERMUDAHKAN.. KALAU KATA STRESS, RAMAI JUGAK YANG STRESS, TAPI KEHIDUPAN TETAP KENA TERUSKAN.. MUNGKIN ADA SINAR SUATU HARI NANTI..

30/10/13

Cakap pasal rumah, memang cekik darah. Hubby akak kata, tunggu je tahun dpn tengok rumah mampu milik mcmna. Ada rezeki kita beli, takde..takpe kot. Mati tinggal.
Dulu kita org pernah merasa mcm fara, sakit hati. Kita bayar, org lain tak bayar kita yg kena hadap benda2 tu. Tak boleh ke cari cara lain selesaikan masalah begini (pihak yg berkenaan)

banyak nak kena spend tu. Tapi elok la cepat2 sementara baby belum keluar ni. nanti dia lahir, selesa skit dia. Astro yg ada sport tu la yg mahal kan. Hehehe...

31/10/13

akk nk pindah rumah? best nya~ nt leh sy dtg.

Catat Ulasan