28/11/13

alergik aydin dan petua hilang gegata

Semalam adalah malam kelam-kabut. Sehari sebelum semalam...

Mama Aydin sms saya, katanya; Mata Aydin bengkak sebelah. Tapi takde simptom sakit mata. Cuma tenyeh 2, 3 kali. Balik kerja ambil dia, saya tengok bawah matanya macam berbintat. Saya tak syak apa-apa melainkan mungkin gigitan semut atau nyamuk. Bila saya tanya dia; Aydin sakit tak? Aydin gatal tak? Dia jawab; Tak sakit. Tak gatal. Saya pun ignore. Tak sapu minyak tak sapu apa sebab dekat sangat dengan mata. Takut jadi apa-apa. Kalau gigitan serangga, saya fikir tak lama bintatnya. Cumanya masa waktu tidur malam tu, nafas Aydin berbunyi sikit dan laju dari kebiasaan (ada sikit simptom asthma attack tapi dada tak berombak). Pun saya ignore sebab sebelum dia tidur, dia dok bergomol dengan papanya. Wrestling-lah. Geletek ketiak-lah. Sampai termengah-mengah. Haih!

Semalam pun, saya tak syak apa-apa. Cumanya, risau sikit sebab bengkak bawah mata Aydin tak susut. Saya decide sapu minyak gamat. Itupun light je. Lepas tu, terus ignore. Lepas makan malam, kami 3 beranak lepak depan TV. Masa tu, Nizam dok tegur; Aydin asyik tergaru sana tergaru sini. Saya buat endah tak endah sebab dah terbiasa dengan Aydin yang kuat berpeluh. Bila peluhnya kering, biasanya badan rasa sikit miang. Tu yang Aydin tergaru sana sini. Saya pun tak tergerak hati nak belek badan anak, lagi-lagi cahaya depan ruang tamu tu malap sebab kami off lampu pendafluor. Bila sampai masa nak tidur, saya tengok mata anak kemain bengkak. Keliling mulutnya berbintat merah. Selak baju, hamek! Badan Aydin dah jadi tebal semacam. Sana-sini bintat. Besar-besar pulak. Dah macam gegata rupanya. Patutlah dia dok tergaru sana-sini. Kami punya menggelabah lebih-lebih lagi saya, terus jadi tak keruan. Hati ni luruh je tengok anak macam beruk kena belacan. Nizam terus ajak pergi klinik. Memang dah tak fikir apa, apalagi natural remedies! Hahahaha! Punyalah menggelabah! Aydin walaupun asyik menggaru tapi mukanya cool dan rileks je. Siap tegur saya; Mommy janganlah nangis. Jap lagi kita jumpa doktor tau! Alahai anak! 

Sampai klinik, doktor consult serba-sikit. Aydin alergik sesuatu. Tak pasti alergik apa. Alergiknya agak teruk sebab kesanya sampai ke mata. Disebabkan Aydin ada sejarah asthma maka risiko nak dapat apa-apa alergik tu tinggi. Redha jelah. Masa saya kecil dulu pun, memang selalu je kena gegata (alergik) macam ni walaupun tak ada asthma (tapi keturunan asthma). Doktor bagi 2 ubat makan (alahan dan tahan gatal) dan ubat sapu. Balik rumah, bogelkan Aydin. Habis satu badan kami lumur dengan ubat sapu. Alhamdulillah, malam tu dia tidur lena sampai ke pagi. Lega sangaaaaaaaaaaaaaat!

Pagi ni, saya dah plan nak ambil emergency leave. Tapi bila belek badan Aydin, dah hilang segala bengkak dan merah. Mata pun nampak elok je. Tak ada bengkak-bengkak. Terus kensel cuti! Heheheh~ Mama dia pun baru hantar report kejap tadi yang Aydin ok. Lega hati mommy tauu~ 

Oh, ya. Saya memang mommy yang kuat menggelabah. Mommy sakit, tak apa. Jangan le anak yang sakit. Haihlah~

Bagi sesiapa yang kurang panik macam saya, boleh try petua hilang alahan (gegata); Bancuh serbuk kunyit dan garam. Selawat 3 kali sambil berdoa dan lumurkan satu badan. Inshaa-Allah, ianya berfungsi sebagai agen tahan gatal. 

21 comments

berguna ni petua ni.. sebab gegata ni takleh jangka tetiba je boleh jadi.

petua baru!take note..

lega..syukur..aydin dah okey! :)

Naik bulu roma sy baca....sbb sy dan adik beradik...mmg kena gegata ni....mak pun...skrng ni plak...4 anak...3 darinya....mmg dah kena...

Mmg x bole tgk dan baca psal gegata...bulu roma sy meremang...seolah sy juga kena......thx share petua tu ye...

salam fara. mula2 baca pasal bintat kat mata tu, kelmarin luth pun ada bintat atas mata kanan. semalam amik kat umah nenek, ada bintat kt mata kiri plak. mcm kena gigit nyamuk atau semut. tapi syukurlah takde naik kat badan.

ubat yang doktor bagi tu mestu yg putih mcm kapur kasut tu kan. selesa kalau pakai ubat tu. sejuk je. saya penah gak alergik gegata ni.

yg kunyit tu kalo arwah mak saya dulu dia campur dgn kapur gak.

28/11/13

ALERGIK SEBAB NAK DAPAT ADIK BARU KOT.. :)

APA-APAPUN SEMOGA AYDIN BAIK-BAIK SAJA..

28/11/13

Kakak rasa kakak macam Fara. Tak fikir petua bagai kalau ada apa kepala terus fikir ke doktor ajelah..

Syukurlah Aydin dah ok..

28/11/13

Alhamdulillah dak Aydin takde pape.. ;)

selamat petang, lama dah tak menjengah kesini...

kesian aydin.. nasib baik cepat lega lepas sapu ubat..

kalau alergik tiba2 habis 1 badan macam tu..memang kena consult doctor. natural remidies ni...sikit2 bolehlah.

28/11/13

lahai, kalau kita panik memang camtu jugakla fara. tapi takut jugak kalau alergik teruk sgt.

28/11/13

kunyit dan garam, insha Allah nak try sebab akak pun kena ruam panas macam baby plok..
alhamdulillah aydin dah ok yer, tc :)

sian kat Aydin.. jgn kata dier, kita yg dewasa ni pun kalau kena mmg tak tahan punya.. N tq atas petua itu yer

Kesiannya aydin....akak kecik2 dulu pun pernah kena tau....puncanya x leh mkn daging lembu....tp la ni dh ok dh....

memang lawannya dgn garam,tu pasal org tua2 belah utara panggil 'sopak garam' ..eh betul ke? ..rasanya lah kot . perna jadi pd anak2 sy..lumur air garam satu badan. cepat je baik !

29/11/13

thanks for sharing fara :)

Thanks for the petua fara. Alhamdulillah aydin dah sembuh.

Boleh masuk kan dlm my petua koleksi

kalo bole makan habbatussauda, hbsauda ni anti histamin..

anak saya baru kena.boleh try la petua awak ni. good tips. tq

satu lagi petua yang boleh dicuba ialah dengan menggunakan daun kelo. amik daun kelo segenggam then digosok dengan ke dua dua tgn sehingga keluar jus daun kelo tersebut, jus tersebut digosok tempat gatal, kalau jus dah abis ambik daun kelo baru then gosok lagi.. In Syaa Allah akan sembuh dengan izin Allah s.w.t

Catat Ulasan