Saya boleh label diri saya sebagai anti-perkauman. Dan semua orang pun boleh kata yang mereka adalah anti-perkauman. Cuma persepsi tu saja. Sikit banyak, mesti ada tanggapan dan persepsi tentang sesuatu kaum. Contoh; Accident antara driver Cina dan rider Melayu (saya cedok experience si Mantot Cursing Malay. Sorry, malas nak link). Cerita si Mantot; Terang lagi bersuluh salah driver Cina tapi driver Cina kata: Awak salahkan saya sebab saya Cina ka? Pembaca si Mantot (majoriti pembaca Melayu) mesti akan memberi persepsi yang macam; Bengap punya Cino! Dah memang salah kau kot? Kena baca entri empunya blog tu kalau nak tau full story. Saya cuma ambil isi penting je (konon).
Tak kiralah, ayat mengata dari belakang atau ayat defensif (macam driver Cina tadi); Mesti ber'subject matter'kan kaum. Tak payah pergi jauh. Kat ofis saya je dah cukup banyak contoh yang boleh digunapakai. Saya dan mereka boleh kata; Saya tak racist. Tapi bila timbul sesuatu isu, persepsi tentang sesuatu kaum tu mesti timbul.
Frankly speaking, di sini bila bercerita tentang kepercayaan; Segala-galanya berlandaskan tanggapan mereka terhadap sesuatu kaum. Di sini pernah timbul isu pecah amanah bila duit syarikat tiba-tiba lesap. Orang pertama di soal-siasat adalah; Melayu. Realitinya memanglah tak logik sebab staff tu tak ada apa-apa akses akaun yang membolehkan dia cilok duit company. Tapi mereka jadikan orang Melayu sebagai saspek utama kerana persepsi mereka terhadap Melayu adalah; Suka mencuri. Suka menyamun. Suka merompak. Miskin. Desperado. Malas. Walaupun end of the story, yang pecah amanah itu adalah satu bangsa dengan mereka tapi buruknya tetap pada bangsa Melayu kerana persepsi itu. Jangan marah ya? Majoriti yang suka buat jenayah remeh dan tak berbaloi adalah orang Melayu sendiri. So, nak kata apa?
Memang sakit hati. Tapi bagi saya, mereka ada hak sebab company ni milik bangsa mereka. Kalau dah polisi company ni kata, post kuli cuma untuk orang Melayu (sebab semuanya kerana persepsi). Jangan kata degree, yang ada master pun kerjanya cuma kerani (sebab tu gomen kena ambil tahu kenapa ramai peminjam PTPTN gagal bayar balik pinjaman. Lepas grad, takde pengalaman. Tawaran kerja terhad untuk bangsa majoriti sebab bangsa majoriti lebih suka makan gaji dari bisnes sendiri. Tambah lagi dengan kos sara hidup tinggi kat Klang Valley. Sedangkan nak hulur duit kat orang tua pun menggigil tangan) Redha jelah. Kalau tak suka, jangan kerja sini. Ye tak? Tapi kat Malaysia ni ada pilihan ke? Sedangkan Melayu pun tak nak tolong Melayu, apatah lagi bangsa lain. Walhal kita sendiri tau, mereka akan tolong bangsa mereka selagi mampu. Tak ada SPM pun, boleh jadi manager sebab mereka tak kedekut ilmu (sesama mereka). Kita? Berbisnes pun, santau menyantau. Macam mana ya?
Saya sendiri secara jujurnya, pernah menilai orang berdasarkan persepsi sesuatu kaum. Kawasan rumah saya, berjiran dengan kawasan flat rumah pindah pekerja estet (suatu masa dulu). Bila dah selalu berdepan dengan sikap 'ikut suka hati mak bapak diorang', mudah je saya label mereka sebagai; Mentaliti estet. Highway NPE pun, mereka selamba badak tunggang motor beriringan dengan kawan sambil berborak sekuat tidak dengan kelajuan minimum tanpa helmet! Bila kita hon, mereka tunjuk muka tak puas hati dan cuba menakut-nakutkan kita. Seolah mereka bebas buat apa je walau hakikatnya Malaysia masih ada undang-undang. Itu belum masuk bab berhentikan kereta di tengah jalan semata-mata nak berborak dengan kawan yang kebetulan masa tu sedang berjalan kaki.
Macam mana kuat pun kempen, sikit banyak dalam hati ni dah terbiasa dengan sikap sebegini. Kalau yang langsung tak rasa apa-apa dan punya pemikiran sama rata terhadap semua bangsa, memang saya respek sangat-sangat! Tapi, ada ke?
12 comments
cara pemanduan pun berbeza mengikut kaum.. tak caya tanya suami saya.. dia expert bab tu.. hahaha..
MCM X NAK NGAKU..
TP MMG BETUL PUN..BUKAN KO JE
AKU PUN SAMA.
hurm..mcm mane nak komen?sebab benda ni betul betul belaka...
bab santau menyantau 1 hal..bab tutup periuk org sekaum 1 hal..bab dengki mendengki 1 hal...kaum sape?hurmmm...
Wahhh.. aku tak tahu nak cakap apa sebab tak pernah alami lagi isu perkauman. But jujur bila facing yang different dari kita, memang teramat rendah diri sangat. :3
Orang Melayu (bukan semua) memang tak boleh tengok orang lain senang. Ada je cara nak jatuhkan hanya kerana tak puas hati dengan kelebihan yang ada pada orang tu.
Saya sangat terasa hati dengan sorang jiran kat taman perumahan saya ni. Sehingga kini tiada kata-kata permohonan maaf dari dia kepada kami. Takpe.. selagi saya boleh sabar, saya sabar.. Alah.. besar mana jelah pun taman perumahan tu..
betul jugak ek. kata je anti racist. tapi dlm hati mesti nak menangkan bangsa sendiri jugak.
yang kat npe tu paling takleh bla. hahaha... betul.. saya pun selalu sangat terjebak terpaksa follow belakang 2 biji motor kaum 'itu' yg selalu berborak tgh jalan.
Itulah realitinya hidup di Malaysia Fara. Mulut menafikan tak ada racist tapi dlm hati Allah aje yg tahu. Reaksi muka pun dah boleh nampak sebenarnya...
Hahahahhaa..
Jujurnya...saya masih sukar nak buang tanggapan/persepsi " bangsa estet" tu :P
Bkn nak kata racist....tp btul la..x sikit..bnyk...msti bila ada sesuatu terjadi....mcm india ke...bising skit...msti kita kata..oooo...india ke...patut la...
hu..hu..
dahulukan islam, bukan bangsanya.
SEBENARNYA SETELAH MEMBACA, SAYA TAK TAU NAK KOMEN APA.. SO, SAYA AKAN CAKAP NO KOMEN SAJALAH..
MUNGKIN SAYA TIDAK BERFIKIR DARI LUAR KOTAK AGAKNYA..
ahahah memang kak..walau kita cuba untuk tak nak fikir macam tu, tapi entah macam mana terlintas jugak ..muka memang takde reaksi tapi hati menggerutu tahan marah.