Macam manalah saya tak sakit hati bila segala-galanya naik dan membebankan?
Percaya atau tak? Ini bukan sengaja nak mengaibkan diri sendiri. Tapi sekadar luahan hati. Bukan sekali dua tapi banyak kali, duit simpanan kami cuma tinggal nyawa-nyawa ikan. Kadang tu, dalam bank pun kontang. Tapi Alhamdulillah, Allah tu Maha Pemurah dan Maha Pemberi. Kami masih cukup makan, pakai, minum dan masih ada tempat tinggal untuk berlindung. Cumanya, kami (dan kita semua) sangat-sangat merasa beban akibat dizalimi pemimpin sendiri. Hah~ Janganlah marah dengan statement saya ni ya? Bagi yang pro gomen, ini adalah apa yang kami rasa.
Kadang tu rasa macam; Kenapa kami yang kena tanggung akibat perbuatan tak bertanggungjawab segelintir pemimpin, ya?
20 comments
alahaii..yg sekrang ni punyer bil pun telan air liur kalo naik mcm mane nk cover lagik..
bil umh pm tu jimat skit bleh tak??
lahai naik lagi la nampak gayanya ni..aduiii...peritnya rasa. dah la anak nak kena hantar sekolah ni next year
lahai naik lagi la nampak gayanya ni..aduiii...peritnya rasa. dah la anak nak kena hantar sekolah ni next year
Pengsan. Cukai pintu naik, ni letrik pon nak naik. Ingat gaji kita ni belas ribu agaknya.
SEKARANG PON DAH MAHAL BIL ELEKTRIK.. KALAU NAIK JUGAK, LAGILAH MAHAL..
Tariff letrik tu pasti yg terendah di rantau asean :P
Situasi kita sama bila cubaan demi cubaan pihak kerajaan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.
Tak tahu fah nak kata ape. Dah rase cukup berjimat dah. Tp ade jer yg naik. Ape hal....
Setiap kali, kata 'mereka' : 'tidak membebankan rakyat' 'masih antara yang terendah di dunia'
Itulah yg kakak hairan Fara. Dah di bagi peluang memilih tak mahu. Kena ketuk kepala masing-masing melopong. Takut sangat nak buat pembaharuan. Cubalah dulu kalau tak ok 5 tahun tukar balik. Ha... tak nak inilah dapatnya..
Assalamualaikum Fara
Sabda nabi di dalam sebuah hadis yang bermaksud: Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinanya. Imam (ketua negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinanya. Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinanya. Wanita (isteri) pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinya. Orang gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan di tanya mengenai kepimpinanya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu daud, Termizi)
tak leh nk bayangkan,,baca pun dah migrain ni hehehe~
memang terasa sangat kos sara hidup yg tinggi skrg nih...
belum naik ke. aku rasa mcm sebenarnya dah naik je sebab bil letrik kat umah aku dah 2 bulan dah lebih 50 hingget. sebelum ni dalam 40 lebih je. nak kata ada penggunaan lebih rasa mcm sama je. makin jimat lagi ada la sbb aku dah jarang gosok baju.
aku rasa pru kali ni mungkin last kot derang pegang. sbb derang sendiri macam dah tau dah tak lama lagi pegang tampuk pemerintahan. sbb tu derang tgh dok kerah duit kita habis habisan skrg. sebelum ni mana ada bertubi2 barang naik mcm ni. atau pon bila dekat nak election nnt, baru dia akan turunkan semula harga setiap benda tu seposen sebelum janji macam2.
Ntah le...x tau nak kata apa dah...lpas satu...satu naiknya...cer bagi pak menteri yg terlampau bjak pandai sngt tu kan...tanya mereka...kalau x pakai letrik nak pakai apa...???
penindasan.
percayalah...kita semua sedang ditindas.
Hubby akak membebel je kalau sebut pasal letrik, minyak, gula dll. Maklumlah dia kerja sorang, Fara ok lagi. Tapi nak buat mcmna, kita ni mcm takde kuasa.
Yeah.. aku setuju ini. Tersangat!
hmmmm ..betul. tak da apa nak komen sebab segala yag Fara cakap tu betul belaka.
Kite ni ngah tercekik dpt surat kenaikan taksiran rumah dr dbkl. Huisshh memang sumpah seranah. Sumpah seranah pemimpin zalim boleh kan? Haaaaaa..Ni tariff elektrik pun naik juga?