1/11/13

dilema hospital bersalin; doktor lelaki atau doktor perempuan?


Dulu masa bersalinkan Aydin (HKL), buat permulaan saya rasa bersyukur sangat sebab dari mula sampai saya selamat bersalin, yang involved semuanya doktor dan bidan perempuan. Malangnya, at the end datang pulak doktor lelaki buat 'pemantauan'. Check jahitan segala bagai. Aduh! Terkena juga.

Kat Malaysia ni, ada banyak jalan dan ikhtiar. Kalau rasa permintaan kita nak dapatkan doktor atau bidan perempuan tak dilayan pihak gomen, maka mohlah kita ke hospital swasta. Kalau tak mampu, jom kita jadi pak guard then rompak bank atau kedai emas. Janji jangan tembak orang. Boleh?

Well, hal-hal perubatan terutama bab hospital bersalin adalah salah satu dilema yang terpaksa ditanggung rakyat. Termasuk kami suami-isteri. Kami bukan orang kaya. Malah, tak larat pun nak menabung untuk dapatkan perkhidmatan hospital swasta. Kalau hospital swasta yang biasa-biasa, caj untuk bersalin normal tak kurang dari RM3k. Tak termasuk kos untuk wad. Kalau c-zer, boleh cecah up to RM6k. Kalau yang berkemampuan, Alhamdulillah.

Ada sesetengah orang kata, kita dibolehkan dirawat doktor atau bayi disambut bidan lelaki kalau berada dalam keadaan darurat. Malaysia memang mengalami 'darurat'. Tapi bukan darurat sebab kekurangan doktor atau bidan perempuan tapi DARURAT SEBAB PEMIMPIN YANG TIDAK SENSITIF DENGAN HUKUM-HAKAM ISLAM.  Hal-hal sebegini, mereka yang sepatutnya beri solusi dan selesaikan masalah. Bukan inisiatif rakyatnya sendiri. Moga dosa-dosa kita semua diampunkan Allah dan moga balasan setimpal dikenakan pada yang menzalimi kita. Wallahualam. 

P/S: Kami berusaha membuat permintaan seperti mana sang suami membuat surat permohonan doktor perempuan seperti di atas. Moga urusan kita semua dipermudahkan Allah SWT. 

15 comments

Rezeki saya haritu..mase bulan puase duk doa biar dpt doktor perempuan..

Alhamdulillah dari masuk labour room sampai ke OT, masuk ke wad & pemantauan sehingga keluar wad semua doktor perempuan dan hanya sorg doktor tu je yg layan saya tak bertukar seperti dulu-dulu..

Saya bersalin di hospital ampang..

1/11/13

Ini pandangan saya, dari sudut perspektif saya,yang pernah kerja di hopsital kerajaan, dan dah lama tinggalkan kerajaan...Jadi mungkin dah ada penambahbaikan dari segi bilangan doktor,saya tak pasti...

Tapi..
Zaman saya kerja hospital dulu..
Bilangan doktor mmg kurang..lebih lebih lagi di hospital yang busy..saya kerja di JB...mmg selain HKL & Hospital Klang, Hosp Sultanah Aminah JB( HSAJB)mmg terkenal dengan crowded nya...Apa boleh buat, bukan kami doktor ,nurse dan lain2 staf saja saja lambat buat kerja, tapi mmg flow patient yg tinggi...

Panjang lak saya merepek...
Saya sambung kat blog saya lah ya...boleh jadi entry saya nanti...hahaha

Dlm kes spital kita...mmg bkn darurat yg sebenar2nya.

Aritu tengok live sidang parlimen dok bahas hal ni. Pembangkang tanya, gomen takde usaha ke utk tingkatkan doktor wanita (yg pakar bidan, o&g). Menteri jwb, tu terpulang pd mana2 doktor utk jd pakar apa. Nampak kat situ yg gomen mmg tak prihatin soal muslimah, takde usaha bg insentif dll utk doktor wanita jd pakar wanita.

Ai fara..dilema kan? Masa sihat macam ni kita pikir macam2... malu, segan dan banyaklah.. serba tak kena pulak..

Saat macam ni saya rasa syukur keje gomen.. bayar kos bersalin dah lepas. Macam masa naim dulu.. kalau 23 hari di wad...masuk bilik bedah 2x, agak2 bpe ? Free...bagi yg tak keje gomen mmg rasa sakitla nak bayar semua ni.. tak nak beranak ramai pun tak kena juga..esok dah tua siapa nak jaga kita... nak tak nak kena usaha cari n jimatkan duit utk tanggung kos ni..

Semoga semuanya berjalan lancar ye..doakan yg yerbaik utk baby baru ni.

Tanpa Nama
1/11/13

kalau boleh mmglah nakkan doktor pompuan, ttpi kdg2 bab2 darurat ni susah nak cakap lah !

Kecuali anak yang ke2, 3 anak kakcik lahir dengan bantuan doktor lelaki...:(

Alhamdulillah. Ketiga² anak saya disambut oleh dr perempuan. Memang prefer dr pompuan pon.

Alhamdulillah juga, company saya & suami cover untuk maternity. Pakai GL jer lah.

1/11/13

Apakan daya.,. Kita golongan yang kurang mampu untuk menerima kemudahan di hospital swasta.,kalau p juga bermakna sebulan le dapur x berasap., nak menabung? Rasanya tabungan lebih pd benda lain yg lebih utama.,, yupp kita terpaksa redha dalam keterpaksaan, sbb tu kwn2 sengaja guna alamat putrajaya atau sungai buloh utk lari drpd kesesakan dan maruah diri yg direntap dan dirobek di htar, klang...

Inilah dilema perubatan dlm negara kita Fara...

Sangat suka dgn entry ini.... Saya pun tak nampak kat mana daruratnya utk doktor lelaki menyambut kelahiran bayi. Pastu, org yg pandai agama pula mendiamkan diri. Mungkin sebab mereka mampu menghantar isteri anak menantu mereka ke hospital swasta, jadi, itu bukanlah sesuatu isu yg patut mereka perjuangkan.

Alhamdulillah, sVs semuanya disambut oleh doktor perempuan :)

3/11/13

salam..
pendapat akaklah...boleh ja kalau nak buat surat macam tu tapi harap jgn guna perkataan 'notis'..tukarkan kepada permintaan @ permohonan...it sounds nicer.

kalau ada temujanji dgn doktor di hospital,puan boleh bincangkan ttg perkara ni masa check up antenatal tu..bergantung kepada situasi hospital & budibicara doktor,permintaan puan mungkin dapat dipenuhi.

carakerja di O&G tak sama dgn wad2 lain...komitmen sgt tinggi.sebab tu tak ramai doktor wanita mampu berada lama di situ esp selepas berumahtangga.

sy ritu kena seluk ngan doc CINA lelaki.malu jgn ckp lah.pas tu yg handle lain lain doc perempuan islam,dan ada tersleit sorg doc lelaki.tp habis je czer dye keluar.malu jgn ckp lah.hope lepas ni xde dh doc lelaki untuk patien perempuan kan kak.

12/11/13

Masa mengandungkan dak Nuha, waktu check up, ai dapat doc perempuan.. cuma bila nak bersalin dapat doc perempuan + lelaki.. eemm.. tak boleh elak jugak.. tapi syukur semuanya selamat akhirnya.

Tanpa Nama
6/7/14

Sy bersalin kat hosp kuantan..ms tu doc pempuan...tp yg xbest sy mcm dipertontonkan kpd doc2 praktikal lelaki yg sgt rmai ketika itu..malu nye Allah sje yg thu...suami xbleh msuk ketika 2 sbb bilik bersalin ngah renovate...sy ad tanye knape rami2 ni..tp xde pn yg peduli...smpai skrg sy rs msihvrs terkilan..

Catat Ulasan