1/11/13

prinsip 'pandai'kan anak

Ulang tayang gambar lama. Sila jangan tiru aksi kami; Baby car seat kat tempat duduk depan. Bahaya! Sobs...sobs! 
Kami tak merancang apa-apa yang hebat untuk Aydin. Janji, biarlah dia membesar dengan sihat. Cukup makan pakai. Diasuh dengan baik walau tak sempurna mana. 

Kami decide hantar Aydin ke kindy bila umurnya 5 tahun nanti. Itupun banyak mulut dok sohseh kata nanti Aydin susah nak bersaing dengan kanak-kanak lain. Saya tak hairan pun. Saya tahu, semua otak anak-anak normal adalah cerdas dan cepat belajar. Tak kisahlah kalau dia start sekolah masa umur 4 tahun ke atau lewat dari tu. Kalau boleh, saya tak nak ajar diri sendiri bersaing dengan orang lain. Mendesak anak supaya jadi pandai, jadi saya boleh sebaris dengan kaum-kaum ibu yang punya anak bijak pandai (padahal UPSR je pun). Tidaklah saya. Tak mahu anak stress. Tak mahu anak tertekan. Kalau pun dia nak stress, biarlah bila dia bukan di bawah tanggungan kami lagi. Stresslah kau sorang-sorang. Stress hadap jammed ke. Stress cari duit ke. Masa tu, kami dah tak nak masuk campur. Kang tak pasal-pasal, kami pulak yang stress. Huuu~ 

Kalaupun Aydin 'hebat', saya nak simpan kisah-kisah happy tu untuk kami anak-beranak je. Tak nak cerita kat orang. Tak nak terbitkan rasa cemburu. Baik cemburu sihat atau cemburu tak sihat. Tak mahu buat orang lain mendesak anaknya sendiri semata nk bersaing. Oh, no! Kasihanilah pada anak. Perjalanan hidupnya masih jauh. Janganlah didesak sampai tak ada masa untuk diri sendiri pun. Melainkan kalau anak tu sendiri yang punya usaha nak bersaing untuk jadi terbaik, dipersilakan. Asalkan jangan merana diri sendiri, sudah.

Saya di kelilingi dengan kaum-kaum ibu yang suka compete each other. Dan bila saya punya prinsip sebegini, mereka perlekeh dan mendesak supaya cepat-cepat 'pandaikan' anak sebab persaingan makin lama makin sengit. Yeke? Saya tak percaya anak-anak kita tak mampu nak bersaing dengan orang lain. Bak kata Tegar; bersyukurlah pada yang Maha Kuasa, memberi jalan untukku semua.

Inshaa Allah, pasti ada jalan.




16 comments

X kisah lah..janji anak2 berilmu..bila dah berilmu tu...pndai le nnti nak bentuk diri...

zaman skrg zaman berlumba-lumba kan...seram memikirkan nyer!

Insyallah. Pasti ada jalan. Aku suka ini. :)

Apa jua sekalipun, kita lagi tahu apa yang terbaik untuk anak kita. Err... aku tak tahu sangat pasal parenthood ni tapi dari apa yg Mami ajarkan pada akku secara tak langusng, dan dari apa yang aku belajar dari sekeliling aku, terima saja kekurangan dan kelebihan anak kita dengan ikhlas.

1/11/13

iye, kami pun rasa benda yg sama espcly babah ahmad. babahnya kata tak payah hantar ke sekolah awal sgt, supaya dia tak bosan nanti. saya pun sama jugak tp peninggg bila kepala diasak dengan keadaan sekeliling. ada sepupu ahmad yg lebih kecil dah pandai bc alfatihah, surah2 pendek. ada yg membanding2kan. ada masa saya stres tp suami saya rileks aje. katanya buat apa nak stres biar kita ajar dia dgn iman. masalahnya saya bukan stres pun anak saya tak pandai berdoa bc surah2 ke apa, saya stressss dgn kata2 orang tu.saya faham sgt kepandaian anak2 lain2 dan kehidupan dia jauhhh lagi, insyaAllah..arghhh...

Betul tu farah. Terimalah kekurangan dan kelebihan anak2 kita.

1/11/13

TU LA.. KALAU NAK MENGIMBAU ZAMAN KITA KECIK-KECIK DULU, ITULAH SATU SEKOLAH TADIKANYA.. TADIKA KEMAS.. SEMUA ANAK-ANAK TADIKA SEKOLAH TADIKA KEMAS.. TENGOK SEKARANG JADI 'ORANG' JUGAK.. :)

setuju sangat..

saya suka prinsip sis.. :-)

3/11/13

PM dan wife pun dah buat keputusan nak hantar Mifz ke tadika apabila usianya 5 tahun...

saya harap saya akan jd mcm akk.sy mmg amalkan konsep tu kak.kalau ada tu ada lah.kalau xde tu diam je.myb dgn tu hidup lebih bahagia.

Tanpa Nama
4/11/13

yp penting sentiasa doakan anak2 kita kan fara

Assalam,

No stress stress maaa... kat rumah pun bleh ajar anak sendiri baca surah yg senang2...start abc dsb. Insya allah.. berkesan dan sgt hebat hasilnya.

6/11/13

Memang wak. Dikelilingi parents yg suka bersaing kekadang rasa stress. kite jenis buat derk parents cerita best anak masing2. tapi kite tak up anak kite sebab yg mcm awak ckp tu la.. bersyukur apa yg ada kemahiran pada anak kita

6/11/13

nasihat yg berguna tuk sy bila ade anak sndri nanti..
oppss..kawen pon xlg ni..hihi

Yup, setuju tu. Masing2 ada pendirian masing2. Kita as parents of course nak yg terbaik untuk anak.

12/11/13

yup setuju dengan entry ni. tapi dah kalau kita asyik kerap mendesak demi memastikan tahap kepandaian dorang lebih hebat dari anak2 orang lain tak terfikir ke kita perasaan anak yang berkemungkinan akan memberontak atau mungkin stress dengan cara kita..

Catat Ulasan