6/11/13

jom score spm habis-habisan!

Hari ni, adik-adik kita sedang berjuang menjawab SPM. SPM yang bakal menentukan hala tuju kita. Mungkin kita dapat straight As. Masuk universiti. Dapat result baik. Habis grad, terus minta kerja. Tauke Cina kata; You takde experience even you ada master. Unless if you nak develop you punya experience kat sini, I bagi you starting salary RM1.5k. Kerjalah kita bagai nak rak (sebab takde pilihan). Duit gaji tu memang tak boleh nak enjoy walau sepicing sebab belum apa-apa, kita dah kena bayar hutang (bukan takat bayar hutang tapi kena bayar barang keperluan yang dah takde subsidi, petrol yang kata menteri harganya sama cuma subsidi ditarik, GST yang katanya tahun 2015 akan dilaksanakan tapi sebenarnya dah lama dilaksanakan cuma terms je yang berlainan - Government Service Tax, kena pulak repair cermin kereta pecah angkara penyangak desperado cari makan walaupun ramai yang masih menafikan dan asyiklah kata Malaysia ni masih aman makmur gituhhhh). Yes! Syok!

Atau mungkin, SPM kita sekadar cukup-cukup makan. Tapi sebab hati tu kuat nak jadi orang yang berjaya, belajarlah kita kemahiran pomen. Atau skil bakar-membakar kek. Mungkin juga boleh jadi tauke tudung 'singkat' atau tauke jamu. Belajar dari mula sampai jadi usahawan berjaya. Sampai mampu beli BMW 7 series. Lepas tu, boleh 'ek' dengan kawan-kawan lepasan master yang tak berani nak beli kereta mahal-mahal sebab hutang keliling pinggang.

Saya cuma bagi contoh je. Tak semestinya yang ada master tu , kerjanya bayar hutang sampai mati (walau hakikatnya YA). Dan tak semestinya yang cuma ada SPM tu jadi ORANG. Selected people je ok. Kalau rajin berusaha dan berdoa pada Allah SWT (atau mungkin anak menteri),  Inshaa-Allah semuanya boleh jadi. Kesimpulannya, kita hanya merancang namun Allah jua yang menentukan segala.

Err, panjang pulak membebel. Akhir kata, selamat menjawab soalan ya adik-adik. Sekian. 

19 comments

GOOD LUCK ADIK ADIK SPM :)

kak,sy rasa nak nangis baca komen akk kat entry sy tu.hmmm sy ni tu lah pasal kak.nk diet.tapi rasa mcm makin gemok je.sedih! thanks atas suggestion akk.nt sy try.tp betul lh akk ckp.kita mkn cm ni menjadikan mcm kita lg lah nk mkn.sbb lapar.asek pk pasal mkn je.hmmm nk nangis lah kak! cane ni. akk,apa fb akk? eh akk ada fb x? hehe

dua belas tahun yang lepas, dalam kepala otak masa SPM, apa yang sy hanya fikir, harapan mak ayah saya...

huuuu...dua belas tahun lepassss....

6/11/13

hihi..rindunyeee zaman skolah kan kak.. :)

6/11/13

ramai jugak yg aku tengok SPM cukup2 mkn je, tapi boleh berjaya bila bukak bisnes sendiri, manage bisnes betul2...

aku tgk ramai ahli family aku mcm tu, SPM so so je, tapi pakai kereta mewah hasil berniaga...kagummmm...

Haa.. seronok baca ni..
Indeed... usaha menentu segalanya.. kalau usaha kena caranya pasti berjaya.. bukan keputusan spm penentu yg muktamad..

6/11/13

hai! Assalamualaikum..

6/11/13

yes..almost 90% agree dgn fara..

selamat maju jaya utk anak2 yang ambil spm

Semoga semua anak-anak melayu kita berjaya!!!

Tanpa Nama
6/11/13

teringat waktu menjawab SPM dulu2 hehehe.. apapun doakan yg terbaik untuk semua adik2 kita yer !

assalam fara..yang penting..hadapi semua nya ..itulah perjalanan hidup kita..ada yang berjaya..ada yang macam acik ni je..makan gaji tapi bukan lulusan u.
dah sampai nak pencen pun..cukup makan je..sebabnya..macam yang fara tulis la..macam2 subsidi yang dah ditarik..naik gaji..semua harga barang pun melambung.
.Alhamdulillah dulu2 dah beli rumah...kalau la tak beli rumah zaman acik muda sikit dulu..mau tak dapat beli dengan harga rumah sekarang ni.

Yg pnting...usaha utk mengubah kehidupan kan...

6/11/13

SPM bukanlah penentu masa depan tapi biasanya kita sebagai ibu bapa pasti hendak yang terbaik dari anak2 kan , cuma mungkin jangan terlalu mengharap jer lah nanti stress pulak anak2...hoho

6/11/13

ASAL DAH BESAU PANJANG NANTI JADI 'ORANG' PUN DAH CUKUP BAGUS..

7/11/13

hahahaha...banyak pihak kena balun dalam "speech" selamat menduduki SPM ni! hahahaha...I like!

Termasok sekali cerita 'kerja dari bawah', macam yg awak komen kat entry saya pasal 'kenapa budak Cina takmau kerja Mekdi'...

Assalamualaikum... Ye adik2, selamat berjaya dalam SPm.Namun jika tidak berjaya, SPM itu bukanlah segala2nya. Seperti yg awak ckp, ramai je yg tak cemerlang SPM boleh hidup berjaya dgn bisnes.

7/11/13

oh sedap entri ni..
jadi makcik goreng pisang pun
leh meancong obersi..uhuk2
good luck utk adik2 SPM..

Good luck buat calon2 SPM.

12/11/13

tetiba rasa diri ini dah purba.. hehehe.. ;)
Moga semua calon-calon SPM di seluruh negara dapat menjawab dengan tenang dan berjaya hendakNYA.

Catat Ulasan