8/11/13

tudung FAREEDA oh tudung FAREEDA


Saya pernah free-hair. Selamba 'buat bodoh' dengan amaran dosa besar; Kau gila? Suka-suka tayang aurat? Tak takut kepala otak kau mendidih dengan api neraka ke? Choii! Tapi itu dulu. Sekarang, saya dah taubat (moga taubat saya diterima). Cumanya, saya ralat sebab saya pernah biarkan ayah saya menanggung dosa-dosa saya sendiri. Sedih. Tapi Alhamdulillah, at least saya ada intention untuk back for good walaupun bukan 100% sempurna.

Saya mula sedar nak bertudung ni bila asyik kena psiko dengan kawan-kawan. Mereka dah bertudung, kenapa saya masih tak sedar-sedar diri lagi? Saya discuss dengan Nizam (Lagi nak discuss ke? Benda wajib kot?). Nizam sokong malah lagi suka. Siapa tak suka bila kurang satu beban dosa? Tapi hujung-hujung cerita, dia pesan; Kalau nak bertudung, biar sampai mati. Jangan hari ni pakai, esok bukak! Alhamdulillah, saya dah tak teringin nak ber'free-hair' walau selalu je mata ni ditayang dengan rambut-rambut aweks di luar sana yang cantik dan berfesyen-fesyen gituhh.

Bukan saya je, orang-orang lain pun ramai yang dah mula sedar diri nak berhijab walau asal hijabnya macam karipap tak cukup kelim. Habis terburai segala isi. Berat je nak berhijab penuh, nanti tak stailo! Mmmm....saya pun 2x5. Walaupun hijab penuh tapi tang dada pulak tak cukup syarat. Konon Hana Tajima. Puihh! Perasan tak sudah kau! Belit sana, belit sini. Alih-alih, bahagian dada pulak togel. Sungguhlah tak tahu malu. Baik tak payah pakai tudung, wahai Fara. Tapi tak lama. Saya dah tak kuasa nak berfesyen Hana Tajima yang tak cukup syarat tu. Belit-belitnya meraban tak tentu pasal. Lagi satu, jadi malu pulak bila asyik menayang 'nasi lemak' itu pada khalayak umum especially pada lelaki-lelaki mata keranjang. Auwww! Tak kuasa diriku dibogel mereka, nyahh!

So far, Alhamdulillah. Bab-bab nak berhijab pun, saya lebih selesa mengenakan shawl. Kalau boleh, saya cari shawl yang panjang lebar. At least, mampu tutup dada saya yang taklah seseksi Dolly Parton ni. Saya suka shopping shawl kat kedai-kedai murah macam Brand Outlet atau FOS sebab shawl diorang macam bendera. Besar lebar gituh. Selamat dan diyakini walau 10 kali belit pun. Hehehehehe~ Tapi itulah, yang supply dan jual shawl besar lebar tu semuanya orang kapiaq! Kalau diorang ni Muslim macam kita, berjuta pahala dah diorang boleh dapat. Sayangnya, orang Muslim pula yang suka jual tudung ala-ala jual bikini. Err, saya bukan mencaruts apalagi mengutuk raban gitu. Maksud saya, tudung yang dijual orang Muslim kita ni dah sama dosanya macam jual bikini Roxy. Walau berjenis saiz, dari saiz ala-ala 'mini' hingga ke 'midi' tapi PERLU KE JUAL SAIZ MINI?  Sadis tau! Sobs...sobs....Harga pun, boleh bikin terbelalak biji mata macam ikan Uji Rashid tu. Itupun, ramai yang sapot-menyapot bisnes sebegini sampai bikin khemah semata nak dapatkan nombor giliran gitu. Sedihnya......



Err, janganlah kata saya ni nak kondem rezeki orang. Sebelum saya selamba badak tulis-tulis macam ni, saya memang cermin diri sendiri dulu; Betul ke tak betul aku ni? Adik perempuan aku yang sorang tu, betul ke tak? Mak aku tu, betul ke tak dalam hal pemakaian ni. Alhamdulillah. Moga diterima Allah SWT.

Manusia, kan? Mana ada yang sempurna. Kalau ada yang menegur, apa salahnya terima dengan hati yang terbuka walau robek hatiku Mas Idayu (eh?). Cuba tengok Heliza Helmi tu. Comel je dengan imej muslimah sejati. Shawl dia yang walau berputar alam belitnya tapi masih labuh menutup dada. Dah boleh jadi contoh dah tu. Tapi masih juga tak sempurna sebab dia masih menyanyi. Pun tak guna juga, kan? Tu pasal saya kata, manusia mana yang sempurna ya?

27 comments

betul tu kak.sy pon dulu x pakai tudung.nanti sy cite kisah sy dan tudung ye kak.hahaha.nk jugak buat entry tu.sebuk je! tapi sy kan,mmg suka design tudung fareeda ni.tapi xpenah beli yg ori. 1) sbb tudung dye mmg pendek.sy x suka.DADA sy kan seksi.so x manis nk pakai.sy pakai yg x ori beli kat jalan TAR,tu pon pakai kadang2.sy suka pakai shawl yg boleh tutup dada.mula mula rasa mcm ustajah,even gelak kongkang pon.tapi xpe lah.aurat terjaga.tapi baju sy kdg kdg ketat jugak.eh cane tu.hmm betul lah.manusia takkan sempurna.hmmmm~

hana pakai shawl pashima, lebar,selasa. Boleh tutup nasi lemak tu. erk! yg penting harga murah, rm9 je.

Takpelah, janji tutup aurat walaupun selendangku hanya RM9.

Saya tak mampu tudung ratus2 ni, saya pun masih muhasabah diri nak jadik lebih baik sebab sedar diri tak sempurna pun..

8/11/13

BAGUS PERKONGSIAN INI.. SAMA-SAMALAH SALING INGAT MENGINGATI.. TERMASUK SAYA DAN ISTERI YANG BAKAL MEMBUKA BUTIK TIDAK BERAPA LAMA LAGI..

terus terang..saya mmg tak mampu berparidah paridah ni..

terima kasih diatas teguran ini :)

Isu ni dah lma...tp depa tak reti gak nak pikir..!

Ada kebenarannyer fara... pernah baca dalm satu blohg ..Yang Wajib Ialah Menutup Aurat, Bukan Bertudung!

uii mmg segah kalao pakai tudung dedah nasik lemak. nak2 pulak tengah tempoh menyusu ni phm2 je la breast pun dh mcm buah betik...hahahaha sorry kelucahan disitu. so moralnya, tutuplah buah betik anda, sblum jadik mangsa. :p

8/11/13

aku x pernah beli tudung fareeda...atau senang ckp aku kurang suka tudung yg ada awning ni...huhu..

As-salam fara..

Betullah.. manusia mana yg sempurna.. tapi tak salah untuk kita sempurnakan diri kita.. walaupun masih banyak kurangnya dan masih jauh dari kesempurnaan.. namun kita perlu bersyukur bila kita mula menuju ke arah itu kan.. semoga taubat kita diterima, semoga keinginan kita untuk menjadi sempurna tercapai.. yg penting kita istiqamah dalam setiap perkara tanpa perlu terikut-ikut cara orang lain..

akak ada dgr ustazah cakap...tudung walau beratus rm harganya..walau 15 lapis,walau dililit2 mcm mana pun fesyennya..tp kalau tak labuh menutupi dada...masih dikira tak menutup aurat...cuma menutup rambut ja..

mcm gitu ke fareeda jawab? Tak sangka betul. Makin ramai dah org yg rasa agama itu agama, dan kehidupan harian takde kena-mengena. Takutnya...

Fara, 1st saya nak ucapkan syabar sebab awk bernai mengaku pengalaman awak dan dah berhijrah.

Pastu pasla nak tegur org kena cermin diri sendiri tu mmg aku bengang kalo baca komen cenggitu. Habis tu, kalo nak tunggu diri sendiri perfect, sampai bila2 la takde org pun boleh tegur sesiapa sebab mana ada org perfect melainkan nabi. Hadoi.

owh gitu ya..dah basi baru sy tau benda2 ni espesli tudung fareeda, maklumlah bini saya tak pakai tudung mahal..gila , mana nak cekau duit !!

tak nak komen apa2.. sebab kita beli tudung mana yang kita nampakjer..

betul..beli tudung mahal2 tapi x sepenuhnya ikut apa yang islam suruh buat apa kan. baik beli tudung/shawl yang terjual kat gerai2 yang memang tentunya labuh, besar & murah. lagi berbaloi.

saya pun tak mampu nak beli tudung beratus.

Yeah!! Setuju dengan kau. Manusia tak ada yang sempurna. Akan ada kesilapan juga. :)

Apa-apaun suka entry ni. Buat saya insaf. :(

As salam Fara,

Curik2 baca ni ;)

Mula2 dulu teringin gak nak pkai Fareeda ni tp bila tgk lama2 mcm makcik2 lak klau pakai tudung gitu...huhuhuu ... pakai shawl nampak muda sikit kot...hikhik...

komen kurang bijak dari admin Fareeda...

Ada 2 jer fareeda. Cukuplah tu. Baru berjinak2 nak pakai shawl. Tapi halfmoon lah. Yg tak halfmoon tak reti lagi. Yg pasti, mesti tutup dada.

Tepuk dada tanya IMAN..zaman sekarang kita mmg byk disogok dgn kesenangan mata..nampak cantik terus nak beli tapi tak ikut syariat. Kalau org kuat imannya mesti tahu nk pilih yg mana satu. Wallahualam..kita pun tak sesempurna mana :(

assalam..
begitu angkuh jwpn fareeda tu..

kwn2,
bykkan berdoa, Ya allah, rezekikan kami sekeluarga istiqamah ke jalan mu...

istiqamah itu juga satu rezeki.


12/11/13

Akak suka pakai pashima lebar je, selendang memang sedap pakai belit2 ikut suka hati, skrg suka pakai halfmoon pulak.

Kalau tudung sarung tu sedap pakai tudung Ariani sebab labuh tudung tu memang menutupi bahagian depan dada kita.

12/11/13

tak mampu ai nak belinya.. dari beli tudung tu baik ai beli baju untuk anak2.. anak2 gembira, ai puas hati.. ;)
ai beli kat pasar malam je.. pakai pulak bawal je.. ;)

Tanpa Nama
15/11/13

peghh! 'karipap xckup kelim'... smga tika n org sklling tika brtaubat ke jlnNya... istiqamah prlu ade dlm diri... :)

26/1/14

Betul la fara. ramai wanita skrg pakai tudung tapi mcm karipap tak cukup kelim..hihi

Catat Ulasan