25/11/13

kek gula hangus - selera orang kampung

Masalah saya ni (bukan saya je tapi working mommy yang lain juga) bila weekend je, mesti all out. Sapu rumah. Mendobi (segala sarung kusyen, sarung bantal, cadar, selimut, langsir - habis segalanya nak dibasuh). Lipat kain baju. Cuci dapur. Mop lantai. Cuci bilik air. Memasak. Restock lauk. Membakar kek. Layan anak. Segala-galanya. Kebetulan Sabtu lepas, Nizam ada event kat tempat kerja. Maka, tinggal saya seorang diri tanpa assistant. Disebabkan membuyung maka saya terpaksa skip 2,3 task. Heheheh~

Masuk Ahad, saya dah lesu semacam. Gantung periuk kuali bagai. Mujur ada jemputan kenduri kahwin. Bila malam, saya cuma larat rebus megi dan panaskan baki spageti yang dah 2 hari bermastautin dalam fridge. Nasib baik Aydin tidur awal. Maka, kami berdua-duaan dengan dinner yang paling malas dan sempoi.

Selalunya macam tulah. Weekdays, penat dengan rutin kerja. Kerja-kerja rumah, terpaksa tutup sebelah mata. Cuma larat nak memasak je. Itu yang bila weekend, mengemas bagai nak rak. Tak ada rest day pun. Nak jadi jadi full-time housemaker, mak tak mampu nak. Huhuhu~

Dalam kepenatan, semangat nak membakar kek tu masih tinggi. Nafsu semata. Hahahaha~ Kek gula hangus. Selera kampung katanya, kan?  Selalunya, orang buat versi apam/kukus. Tapi disebabkan tekak saya ni tak berapa nak suka kek kukus, maka membakorlah kita. Resipinya sama je dengan kek sarang semut. Cuma method je berlainan. Alamak! Tatap kek sendiri, terus rasa terliur. Heheheh~




Lepas ni, saya berangan nak bikin roti sendiri. Kalau kat UK, housemakers sana ada kelab roti sendiri (bukan kelab roti je tapi kelab puding, kelab pai, kelab itu kelab ini). Suka sangat dengan budaya kelab macam ni. Dalam seminggu, diorang akan buat perjumpaan dengan someone yang dah expert dalam hal roti-meroti. Dari situ, diorang akan belajar buat roti dari orang yang expert tu. Then, ahli-ahli kelab roti ni akan buat inisiatif sendiri bikin roti secara try and error sampai diorang pun sama expert. Best! Best! Jom kita tubuhkan kelab roti, nak? Heheheh~ Suka je nak berangan tau!

19 comments

dah kenapa..dah kenapa..dah kenapa tayang gambar yg sesedap ini..?
dah kenapa...

shedap! yum! yum!

semoga cita-cita awak utk menjadi seorang housemaker/homemaker tercapai. Dan mungkin juga boleh buat kelab roti di sini juge... aamiin... :)

25/11/13

adoaiii kerak2 diatas kek itu...sedapppppnyaaa....

25/11/13

Wah...sedapnya kek tu.

Mintak sikit. :)

jom!! kita pakat reramai jom..saya suka kelab roti dan kek.. hahaha..

saya nak buat kelab kimchi..ada yang nak join ke? hahahaha..

25/11/13

Walau kata tak ada mood, malas ke apa tapi ternyata ada hasil yg membanggakan... akak tengok pun jeles:)

wow cantik nya kek akk.nmpk sedappppp! rara buat kek gak.marble kek.hehehe.kalau kaler2 sonok sket tgk.hahaha.kak saya nk jd ahli kelab taw! hahaha

25/11/13

bila dah tubuhkan.. chef nye kita bagi kat daddy ziyyad tu.. ;)

Alamak...! Ada kek plak dah kat sini...adoiii..mencabar nafsu nih...!
Mak buyung rajin benor ye. ngemas rmh..bebaik buat keje... ..insyallah...nnti mudah besalin...

serius kek gula hangus ni antara teratas dalm list menu fevdret KA hehehe. yg penting semangat nk buat sendiri tu ada.. terbaik dah ni !

brownish kek nya.. konfirm sedap. Pandai dia membakor

wah, bagus cadangan fara ni.. jom jom tubuhkan kelab ni, saya nk join makan...haa.. boleh tak?

semangat fara ni mengemas.. tapi itu sajalah masa yang kita ada kan.. hari kerja dah malas dan penat. ada masanya saya rasa banyak fikirkan hal dunia sangat, entah apalah nak` jadi... doa sentiasa untuk kebaikan dan keberkatan...buatnya kurang ke arah akhirat..

25/11/13

Makchaq tak berapa suka makan kek..tapi suka kek gula hangus ngan kek batik...

25/11/13

rajinnyaaa mommy fara ni..

saya pun suka gak nak join kelab2 ni. jom ah tubuhkan kelab. hehe tapi memandangkan sama la macam awk, weekdays dah pulun penat, weekends mengemas mana2 yg tak sempat masa weekdays tu jadinya bila weekend dah nak habis, badan pun dah penat rasa nak relax je. maka tido je penyudahnya. tak memberangsangkan sungguh. hehe. nak tubuh kelab apa kita ni

25/11/13

Itulah pengorbanan namanya. Nanti bila anak2 dah besar sikit pasti beban tu akan terasa berkurangan...akak dah mula merasa le sekarang ni sebab yg kecik tu dah 9 tahun tapi bab2 menghabiskan cuti hujung minggu dengan kerja rumah memang tak boleh nak elak.

25/11/13

Tengok gambar kek, terus aku lapar kembali, Padahal baru lepas makan homemade spageti. kekeke

26/11/13

DAH BOLEH BUAT KEK, KIRA MEMANG RAJIN LE TU.. :)

awak buat saya terasan nak cari kek ni. tapi di mana? di mana yang sedap? di mana?

apa? buat sendiri?

huuuu *cari alasan!

Catat Ulasan