21/11/13

malaysia the bolehland; pengguna 'kecil' lebuhraya

Pergi kerja. Balik kerja. Saya perhatikan je perangai rider motor. Frankly speaking, saya hormat penunggang motor. Kalau nak potong lane kiri atau kanan, saya pastikan jalan mesti free dengan motor dan wajib bagi signal! Lagipun, Nizam juga rider. Pergi kerja, balik kerja dengan motor cabuk tu je. Kadang tu, dia mengeluh nasib rider yang macam 'bertarung nyawa' atas jalanraya. Kesian laki ai.....

Tapi, ada masa tu saya geram jugak dengan rider Malaysia ni. Jalan sesak pun, nak mencilok macam racing Litar Sepang. Bawak motor macam pelesit tapi bila accident, salahkan driver. Selalu macam tu. Siapa tak hangen satu badan? Kita dahlah stress dengan jalan yang sesak memanjang. Alih-alih datang motor menyelit depan mata. Siapa yang tak terkejut? Kus semangat mak tau!

Paling jelik bila kat Federal Highway, yang memang sedia ada lane khas untuk motor. Tapi biasalah, Malaysia-kan 'the bolehland'. Penunggang motor masuk laluan kereta. Susup-sasap dari lane kiri, bawa ke tengah sampai ke lane kanan. Bila accident sampai pecah kepala, buat muka kesian. Dengan harapan, rakyat Malaysia menyalahkan driver. Walhal, terang-terang ada jalan kau sendiri. Apa alasan kukuh yang driver patut bagi laluan pada rider degil ni? Harap maaf. Tak ada!

Janganlah disebabkan nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Alkisah Timbalan Menteri Pengangkutan mencadangkan tiada motosikal ber'cc' kecil di lebuhraya, dengan alasan mengundang bahaya dan mengurangkan risiko kemalangan di lebuhraya. Kalau rakyat Malaysia ni persis rakyat Singapore yang senang-lenang dengan benefit yang disediakan gomen (macam public transport yang efisien), nak bantah pun memang takde sebab kukuh. Tapi management Malaysia ni lemah. Ada pemimpin pun, jenis nak 'kitai' hak rakyat je. Tapi bagi cadangan entah apa-apa. Menyakitkan hati. Buat rakyat benci. Tapi kalau tak sebab golongan 'nila' ni tak buat hal, menteri pun takdelah nak bagi cadangan 'tak bernas' macam tu. Bernas kalau AT LEAST, Klang Valley ada sistem pengangkutan yang efisien. MRT dalam pembinaan, YES! Semua orang pun tahu dan semua orang pun patut sabar dan faham. Tapi, kerja siapa untuk cari solution? Rakyat dah bayar elaun menteri, silalah buat kerja; Hah! Tak pasal-pasal subject matter aku jadi caca-marba.

Arghh!


18 comments

Ya, sampai sekarang saya masih menunggu pihak kerajaan untuk efisyenkan public transport antara bandar.

Contohnya, Seremban-KL-Seremban.

Yang mana, sebolehnya, saya mampu untuk sampai di rumah atau ke tmpt kerja dalam masa 1 1/2 jam tanpa delay sepertimana timing saya drive back & forth SBN-KJ-SBN setiap hari.

P.S. Yeay! "Orked" itu vintage & classic!

Alahaiiii menteri pengangkutan ni. Tak der alasan lain ker.

Geram juga dgn penunggang motor ni farah. Menyelit satu hal. Kekadang dorang suka bawa motor tgh2 jalan.

Tanpa Nama
21/11/13

hmmm, pernah guna lane motosikal kat federal highway tak? kat situ pun boleh hilang nyawa. lebih baik lalu lane kereta... (aku tak pernah. lebih baik mati atas lane moto daripada kena lenyek kereta)

halang motosikal guna highway... serupa masukkan pistol ke dalam penjara. perompak biar lepas!

21/11/13

Akak rider yg dah pencen sejak bulan Jan lepas..skrg jadi pembonceng je peluk hubby kuat2...ahahhaa...

Kalau motor cc kecik tak boleh lalu highway cam ner nak gi kerja sebab hari2 lalu Sungai Besi Highway tuuu...

Konon idea bernas nak rakyat guna motor bercc besar. Kalau dah pendapatan tak berganjak dgn harga barang mencanak-canak macam mana Fara?

Mujur juga kata nak ada jangkamasa kereta tak jadi. Kalau tak bungkus sykt used car. Ini dengar AP import car dimansuhkan sementara waktu. Abang kata ini mesti pasal kereta negara dah banyak tak dibeli... kos dah keluar banyak!!

Entahlah.. (sorry terpanajang)

21/11/13

katanya nk impose toll kat penunggang motor jugak...

tapi laluan sikal kat Fed Hway tu macam puaka tahu!

tengok ni... http://www.youtube.com/watch?v=S6bbl-i-Pf4

Rindu nak merempit dgn laki mak!apakan daya org curi motor tu...phuiii..

@smbotak

Pernah. Peak hour. Time pergi balik keje.

Err, aku lupa nak cite jln moto fed highway tu cuma sesuai diguna time peak hour sebab sibuk. Klu mlm, better elakkan.

@uncle gedek

Masalah REMEH tapi mampu meragut nyawa. Sy klu bonceng dgn somi lalu Fed High, sama mcm naik roller coaster ketakutannye. Huhuhuhu...

Tapi lagi bhy lalu kat laluan kereta apalagi time peak hour. Dilema....

kalau betul2 kerajaan implement motosikal cc rnedah takleh lalu highway, kita kena bersedia la untuk menghadap jem yang lebih teruk. Dah tentu yg takleh naik motor tu kena pegi kerja jugak. Dah tentu mereka akan drive pulak.

21/11/13

Tu blum p highway lori kat port klang nak pi north, dan west port.. kira penunggang motor ni ibarat zarah je berbanding kontena yg jadi maharaja lawak di atas highway ni,...

22/11/13

betul tu kak.mcm saya lalu kat loke yew.kalau hujan mmg jem gila.tiba tiba dtg moto yg laju gila nak mampus.mencelah.sampai goyang kereta.dlm hati sy.kalo tersinggung sikit je ngan kete or lori.mau pecah kepala ni.dorg sendiri x pk ke nyawa dorg.pelik sy dgn org yg mcm ni.


kak,pasal akk komen kat entry sy pasal diet tu.thanks sgt kak.sy ikut apa yg akk ckp.,akk tau x,bila sy diet x mkn nasi.sy jd lapar gila.sy jd asek nk makan n pk pasal makan je.seyes kak.tapi bila pagi sy amik breakfast elok.tgh hari mkn sikit.petang snaking sket.mlm x lapar sgt.so leh mkn yg lite lite je.hehehe.thanks kak.akk selalu sokong saya! sayang akk! sy xnk PM akk kat FB,sbb rasa xbest.sy suka akk dan blog akk.fb tu bialah jd tali ikatan utk sy terjah akk kalau akk x update blog! hahahahah.syg akak! hehe.wish me luck kak.eh pasal akk komen pasal breakfast tu.ok! sy cuba mkn oat.murah sket kan.hehehe.sy pon nk jimat jimat ni.brg mahal.nt akk komen lg eh kak.banyak benda sy kena study pasal diet sihat ni.hehehe.

22/11/13

DAH LAMA TAK NAIK MOTOR.. :)

23/11/13

Nak komen lelebih hasben kite tak reti bawak motor. Gayat katanyaaa...

*eh tajuk tak semena mena dgn komen hihi*

kita nie dulu pengguna motorsikal juga...kita paham perasan diorg cuma satu la, jgn jadikan jalanraya tue malang bagi kita...sekarang yg bawa motor pun asal boleh jer..mencilok sana sini, kekadang nak pecah jantung tengok tau....klu motor cc rendah x boleh masuk highway macam mana la nasib pengguna yg hanya ada motor jer nak balik kg dan g kerja...cuba pikir sebelum bagi cadangan tue, rasa sendiri macam mana jika dia plak ditempat penunggang motor tue

25/11/13

Assalamualaikum Fara

saya pun rider motor juga...

Catat Ulasan