20/11/13

seram villa nabila tapi....

...seram lagi tandas-tandas awam kat Malaysia ni. Betul tak?

Tak payah pergi jauh, kat ofis saya sendiri pun. Aisehhh! Nak flush pun, payah. Nak kena tampal reminder, baru nak ikut. Itupun ada yang 'buta huruf'. Kadang tu, kuning je rupa. Kadang tu, tertimbul-timbul 'makhluk asing'. Kadang tu, flush juga tapi yang berselepet kat bowl tu langsung tak nak cuci. Dengan alasan; Makcik cleaner-kan ada. Mentaliti rakyat Malaysia. Dahlah gaji cleaner kat Malaysia ni murah. Martabat pun direndah-rendah. Sadisnya, yang buat hal macam orang takde tamadun ni datangnya dari spesis bergaji lebat. Lunch kat cafe atau hotel. Makan malam kat restoran seafood mewah. Tengok muka cleaner, geli sangat-sangat (konon). Tapi tak nak cermin diri sendiri.

Kalau pergi Sunway Pyramid atau Midvalley (contoh), cuba lawat toilet yang lokasinya kat tempat tumpuan macam cinema. Peh! Semuanya nak harapkan cleaner. Sanitary bin tu sampai muntah-muntah dengan toilet paper. Alas mangkuk tandas tu, hitam berdaki. Tempat duduk, dipijak-pijaknya. Kot ye pun tak pandai nak kencing berak atas jamban duduk, cari jamban cangkung. Kalau dah terdesak sangat, bukak kasut. Cangkunglah kau atas jamban duduk tu sebab bukan semua orang spesis kencing atau berak mencangkung. Tahu takkk?!!!

Rakyat Malaysia ni memang macam tulah. Pengotor, pemalas dan takde inisiatif. Jangan terasa. Siapa makan cili, dialah yang terasa pedas. Tak kira apa bangsa dan agama pun. Kalau pergi makan fast food, berapa ramai yang ada inisiatif nak bersihkan meja selepas makan? Kalau pergi makan-makan kat kafeteria IKEA, sila mengaku siapa yang tak peduli pun nak kemas meja makan sendiri lepas guna? Lepas makan, terus tinggal atau at least angkat tray dan pinggan mangkuk semua ke tempat yang disediakan?



20 comments

Betul2...setuju sgt org malaysia nie mmg pentingkan diri.. xde inisiatif nk membantu...

20/11/13

jom ikut saya sekeluarga hijrah ke Ostolia...hahaha

20/11/13

ye betui. tandas masjid pun jadi mangsa, sedih sangat..bukan nak tolong cuci sama2..
beso pahalanya tu..jangan berkira sangatlah kan..

fara..aikkk ada jugak org kat ofis perangai mcm tuu...tak senonoh betul..bkn budak kecik benda mcm tu nak kene ajar...

20/11/13

bila kat rumah pandai pulak bersihkan sendiri.. oh!Ya.. kat rumah takde cleaner..
tapi memang macam tulah mentaliti rakyat Malaysia.. jangan salahkan cleaner kalau diri sendiri tak reti nak jaga kebersihan.

awak, saya pun baru nak raise kan topik ni. Pasal toilet kat ofis saya ni. Muka sorang2 memang comel, putih gebu mekap cantik. Tapi 'berkubang'.

Arghhhh...like entry ni juta juta lah!

20/11/13

betul sangattt...tolongla ubah perangai sebelum keluar tandas tu jenguk2la dulu..apa yg tertinggal...ngeri okeh sape yg masuk tandas lepas tu

20/11/13

sangat setuju
dengan statement ni
cheqna kalau masuk public toilet selalu ternampak tapak kasut kat atas jamban duduk tu..mencikk

20/11/13

Assalamualaikum Farah

saya setuju dgn pendapat di atas

sebagai contoh
selepas makan, jarang sekali pelanggan yg memasukan semula kerusi kebawah meja

20/11/13

Memang pun, awak tau kita memang susah nak buang air selain dari kat rumah kita..Kat rumah pun kita kena selalu ingatkan anak2 kita supaya taknak dia terbiasa buat kat luar macam tu..Apa2 semua berpunca dari didikan kat rumah laa

Haaa..setuju dgn fara.. payah nak tukar mentaliti orang kita ni... nak kata negara mudur, tak ...maju juga sampai setiap tahun cukup banyak RM yang mengalir keluar negara disebabkan pekerja asing.. tapi bab ni payah nak berubah..

Betul tu. Bukan tandas kat mall jer, tandas kat office ni pon tak nak flush. 2 kali terkena. Dasar pengotor.

20/11/13

tandas awam kat Malaysia nih memang mengecewakan...

20/11/13

Suka sgt kau tulis ni sis..sebahgian yg makan cili terasa pedas ni...mentaliti nun jauhhh tertinggal dibelakang...benda simple nak jg kebersihan tandas tu pun tak boleh nak buat

20/11/13

Tapi yg paling kecewa bila masuk tandas masjid, selalunya kotor & berbau... 2 x makchaq pernah jumpa orang x bertamadun tinggai diaper terbukak penuh najis anak kat atas penutup tong sampah tandas masjid.. Sahih la orang Islam kan...

Toilet awam mmg problem buat saya, sanggup minum sikit bila jenjalan sbb takmo kerap ke toilet yg 'menyeramkan' tu.

Lg satu saya tak suka..org slalu tak letak semula salur paip tu kat tmpt gantung. Pdhal ada..Jadi geli saya nk pegang.

-sayayangcerewet-

21/11/13

aku jenis pembersih... ye aku mengaku... sidai towel senget pun aku bising, nikan pulak bilik mandi atau tandas tempat pembuangan sisa. hahaha...

21/11/13

erk.sy pon buat entry pasal toilet.hehehe

21/11/13

setuju...

tambah bab pijak tmp jamban duduk tu.. hoii tak tersadung plak kaki kau ke dalam tu ha ha

Catat Ulasan