12/11/13

musim anak demam; saya pun tak terkecuali.....

Huarghhhh~ Mengantuknya.

Petang semalam, mama Aydin call. Katanya, badan anak panas. Boleh dengar Aydin dok melalak kat sebelah mamanya. Terus menggigil tangan. Saya memang over kalau anak tak sihat. Tak tentu arah dibuatnya. Terus minta izin kat bos, minta balik awal. Masa tu dah dekat pukul 4 petang. Alhamdulillah, nasib saya baik. Walau fussy dan particular macam mana pun kerja bos tapi hal-hal ibu dan anak, dia faham sebab dia pun ibu. Terima kasih banyaklah. Terus siapkan saki-baki kerja. Then rushing ambil Aydin. Sampai-sampai sana, terus nampak muka Aydin yang dah pucat semacam. Dia pulak bila nampak je saya muncul depan rumah, terus melalak manja. Alahai...

Mamanya cerita masa badannya panas melampau, Aydin minta mandi. Aduhai! Disebabkan mandi tulah, panas badannya kurang. Leganya mommy! Terus bawa balik. Merengek je kerjanya. Katanya, pedih mata. Lepas tu, bawa ke perut lak. Kejap-kejap, sakit perut. Saya syak, dia lapar.

Sampai rumah, saya terus bentang tilam depan TV. Buka kipas sampai volume 3. Togelkan Aydin, pakaikan dia dengan baju sleeveless dan boxer je. Pastu bancuh air oren Sunquick. Paksa pujuk dia minum banyak-banyak. Sambil minum, sambil lap badannya dengan towel basah. Sampai lencun anak tu dikerjakan. Dalam pada tu, pujuk dia makan juga. Semua benda pun saya pelawa hatta megi, tapi dia tak nak. Kebetulan ada seketul chicken wing. Saya pelawa dia. Mujur dia nak. Walau makan sikit, janji makan. Minum pun, banyak juga. Itupun lepas psiko baik punya; Aydin kena banyak minum air oren ni. Nanti mata dah tak sakit. Perut dah tak sakit. Nanti cepat baik. Elok je dia minum sampai 3 cawan berturut-turut. Kencing pun kerap. Berpeluh juga walau sikit. Tengah malam tadi membawa sampai ke pagi, saya tak lena tidur. Kejap-kejap lap badan superhero debab sorang tu dengan towel basah. Kejap-kejap raba badannya, check panas. Kipas macam biasa, volume 3. Phewww! Dah lama tak berjaga malam. Kalau dulu masa dia baby, kerap juga berjaga. Cuma dah besar-besar ni, dia jarang sakit. Asma pun dah jarang kena.

Tadi call mama Aydin, tanya macam mana condition Aydin pagi ni. Badannya terasa panas sikit. Lepas mandi pagi, terus elok. Makan pun dah kembali berselera. Paling penting, dia dah kembali melasak. Alhamdulillah. Leganya rasaaaaaaaaaa~ Saya pulak hari ni kat ofis, dah macam zombie. Penat. Mengantuk. Lemah. Lesu. Ouh~


27 comments

Saya adalah zombie sejak lima bulan yang lepas dan mungkin akan berlanjutan setahun lagi...
Duuhhhh~~

**Semoga sihat selalu bang-long Aydin!
Demam manja-manja nak beradik tuuuu... hihi!

12/11/13

SEMOGA AYDIN CEPAT SEMBUH.. IBU BAPA MANA TAK RISAU KALAU ANAKNYA SAKIT..

Ha biasalah tu fara, mana ada anak sakit tapi mak boleh tido lena kan..Nanti dah ada baby pun macam gitu jugak...Kena sedia dari sekarang la..:)

12/11/13

Bila anak2 sakit kita sebagai ibu akan turut rasa kesannya. Akak ni walaupun anak2 dah besar bila depa sakit sama juga terpaksa ambik cuti.

maybe sebab cuaca tu yang budak-budak mudah sakit.

http://sehat1man.blogspot.com

12/11/13

Maisara baru lepas demam jugak.mujur tak kena kat adik dia sebab saya suruh dia dok dalam bilik je..

Biasanya kalau demam saya bagi 100+ kat Maisara.dia bukan suka air gitu..jadi minum time demam je la..tak la jadi tabiat minum air gitu..hehe

Alhamdulillah aydin dah sembuh. Kimi dah masuk hari ke 5 chicken pox. Nasib cuti ibu dia ada lagi ni.

12/11/13

sejak anak aku si abang tu kena denggi, aku trauma dengar demam ni nok...huhuhu...

Moga Aydin cepat sihat...
Mmg sekarang ni musim batuk/demam/flu/sakit tekak...Perubahan cuaca barangkali...anak anak saya sendiri batuk berkahak teruk...

Kawal fever si aydin...dan hopefully dia tak kena acute asthma attack..One useful tips tentang nak stimulate kanak2 seusia Aydin makan masa depa demam/unwell...cuba beli bubur McD...Bwak mereka ke McD...perasaan gembira ke McD tu dah menyembuhkan 7%...hahahaha..Dan bubur tu mmg good source of carbo + water...just make sure jgn di campur serbuk ala ala ajinomoto yg diberi sekali tu...:)

12/11/13

memang musim dia skang ni, batuk akak pun blom hilang lagi..tc yeea

Anak demam...mna x risaunya...tmbh skrng mcm2 pnyakit ada...

Alhamdullilah demam anak awk dah surut.

Ehemm kite ade bg ayat2 Al-quran kat blog kite utk anak demam. kelebet-kelebet le nanti di post paling popular.

bagus jugak dia nak minum air oren tu 3 gelas. Kenapa dgn oren sunquick ye? Saya tak tau ni. Sbb vitamin c ke?

Fara, saya pon demam gak ni. Kepala weng.

mudah2an cepat sembuh & semuanyer ok yer In Sha Allah!

take care mommy fara :)

@Daddy Ziyyad

Yeke doc? Boleh try mcm ni. Anak2 ni bila demam, mkn jadi memilih sgt. Msk mc d, mst dia nak order ayam. Tapi at the same time, suap dia bubur, kan? Good idea tuh! Heheheheh....

@haidar abdullah

Yeke awak? Tq sgt2. Nanti nak belek entri2 lama awk. Boleh tak klu kite hsare ayat2 tu kat blog sy? Pleaseeeeeeeeee!

@LydSunshine

...sebab sunquick tu air fav die. Dia ni, makin berusia makin pyh nak minum air suam. Geram je rs. So, bg jelah dia air sunquick tu. Klu ade stok madu manuka, sy cmprkan skali. Klu tak, bancuh kosong je.

Mgkn jgk sbb sunquick tu antara sumber vitamin C plg baik kot? Sebabnya, dah byk kali sy try bg Aydin minum sunquick setiap kali dia demam yg ade simptom flu. Magic bila flunya tak jdk. Same goes to klu die kena flu. Bg die minum byk2, then cpt je hingusnya kering. Klu batuk kahak, bancuh sunquick dgn madu manuka. Kahak jdk longgar n dia senang muntahkan kahak. Mula2 sy igtkan kebetulan je. Tp setiap kali skt, setiap kali tu sy try amalkan. Alhamdulillah, serasi dgn Aydin....

@wahida

Disebabkan kisah abang tulah, aku pun jdk seriau. Tu yg paksa Aydin minum air oren byk2. Takut dehidrate....haishhhh!

Alhamdulillah..tumpang lega Aydin dah kebah demamnya.. lega nak teruskan kerja bila anak dh sihat. Makan dipujuk ok lagi tu kan? Kalau tak nak makan saya pun selalunya mengoffer macam2 makanan yg mungkin naim nak.. asalkan perut diorang terisi je..

Petua baru ni.. saya nak cuba juga sunquick.. thanks fara.. tak terfikir pula saya pasal kandungan vit c dlm air ni

Maknya pun kena jaga diri bebaik..

Syafakallah untuk adik omey aydin...alolo...cian dieee....risau gak anak demam...hati ibu mana x gundah yedokk?

13/11/13

Huuu.. Kasih sayang seorang ibu.. Baik-baik kerja dan semoga Aydin cepat sembuh. :)

Jadi zombie kat office tu adalah perkara biasa untuk mak2 yg berjaga malam.

hahdh sihat pon hero.kejap je.akk knp akk bg minum oren? mmg bagus eh kak? princess pon lama x demam.ritu dedar sket demam sket.dlm sehari.tapi melasak kemahen.

Boleh jer.. silakan..

Sharing is caring
caring is loving

@faraherda.razalan


hhahaha! ni mmg penyelamat terbaik, anak demam, mmg carik mcD dulu..

Catat Ulasan