11/11/13

siapalah yang kata malaysia ni aman? silalah terima kenyataan yang tahap keselamatan negara kita ni dah meruncing habis.....

Saya pelik dengan sikap sesetengah rakyat Malaysia ni. Tahap keselamatan kat Malaysia ni, saya kira dah berada pada tahap kronik. Hari-hari pun, telinga ni naik berdesing dengar kisah tembak-menembak. Hati pulak tak keruan sebab malapetaka tu macam dekat sangat dengan kita. Haihlah....korang tak rasa ke? 

Manusia sekarang ni, ramai yang psiko. Sakit hati sikit, cari senapang then tembak. Nyawa manusia tu dah macam nyawa semut. Selamba je bunuh-membunuh. Kadang-kadang, benda remeh temeh pun nak dibunuhnya. Aduhai! Itu belum masuk manusia yang terdesak cari duit. Saya banyak update entri kisah panasnya kawasan tempat kerja saya ni. Pecah kereta sana-sini. Ragut-meragut handbag. Kat sini kalau ada sekor lembu hitam putih tengah meragut rumput, orang ramai mesti macam; Whoa! Ada lembu kat KJ? Ini adalah rare!! Tapi kalau manusia yang meragut manusia, semua pun cuma dok tengok sambil lalu. Dah tak rare sebab dah selalu. Polis pun dah jenuh nak handle kes 'terpencil' macam ni.

Bila cerita pasal polis, teringat zaman rumah kami kena pecah penyangak suatu masa dulu. Rumah kami tu, siap ber'pak guard' lagi. Tu pun bolos. Nasib baiklah TV, peti sejuk dan segala-mala barang elektrik tak diangkut sekali. Dalam masa yang sama, ada rumah satu kawasan pun kena pecah dek penyangak desperado juga. Kalau yang itu, memang sadis!  TV, DVD player dan segala macam benda diangkutnya. Hoh!

Masa kami buat report polis, pegawai kat situ dok cerita ada kondo dekat Sunway Lagoon tu pun kena pecah masuk pada hari yang sama kami kena. Tak tahulah penyangak sama atau lain-lain. Wallahualam. Katanya, owner rumah tu rugi lagi banyak dari kami. Ceh! Perlu ke buat comparison? Hello pak polisi. Kami tak heranlah pasal berapa banyak kami rugi. Redha jelah kalau bukan rezeki kami. Tapi yang buat kami bimbang adalah keselamatan kami anak-beranak! Buatnya penyangak tu datang time kami ada kat rumah, tak ke naya? Ceh!

Kawasan rumah saya tu pun, boleh kata panaslah juga. Eh, saya dah pernah update dalam entri lama-lama dulu. Bolehlah baca. Dalam kereta pun, orang boleh acu dengan parang semata nak curi kereta. Hoh! Gila tak gila! Pergi selak entri lama saya. Walaupun kawasan perumahan sepatutnya adalah kawasan paling selamat tapi di sini, sebaliknya. 

Jom kita recap balik alkisah 'Malaysiaku Aman' bermula dengan kisah pegawai bank ditembak mati oleh pak guard psiko. Tembak pulak dengan pump gun. Dia ingat manusia tu burung gagak? Pastu mulalah berderet kisah pak guard spesis 'harapkan pagar, pagar makan padi'. Baru-baru ni, anak kecil pula kena culik dalam kawasan rumahnya sendiri. Apakah? Bayangkan perasaan emaknya macam mana? Kalau saya, mahu meraung tak cukup nafas kat situ jugak. Nasib baik jumpa balik. Nasib baikkkkkkkk! Hal penguatkuasa JAIP tu pun sadis. Sakit hati sikit, tembak. Senangnya hidup. Macam tak ada peraturan. Ikut sedap hati dan perasaan je. Kalau rajin, recap lagi untuk tahun 2013 ni. Berapa banyak kisah orang tembak orang. Orang bom orang. Orang rogol orang. Haihlah.......

Kesimpulannya, saya tak pernah dan takkan sekali-kali berani nak keluar sorang-sorang walaupun waktu tengahari panas rembang sebab saya tak pernah yakin dengan tahap keselamatan kat Lembah Klang ni. Terima jelah kalau orang dok kata, Malaysia ni tak aman. Jangan tunggu nak kena ada kereta kebal depan rumah, baru nak kata Malaysia ni aman. Haihlahhhhhhhhhhhhhhhhh~

10 comments

11/11/13

TU LA.. TAK TAU NAK CKAP APE.. MINTAK DIJAUHKAN SEGALA PERBUATAN YANG TIDAK BAIK..

setuju dengan fara.. memang semakin membimbangkan situasi di lembah kelang sekarang ni...

dulu saya selalu keluar awl dan singgah di Giant atau Hero untuk beli barang sebelum ke sekolah, namun, sejak dua bulan ni saya memang tak ke giant lagi.. takut sangat , dah ramai yg jadi mangsa ragut kat sana... siang hari pun jadi keje diorang ni

kan..rasa nak migrate pulak sebab Negara sendiri pun dah macam tak selamat sangat

Semalam tgk majalah 3 pasal isu syria. Nmpak la betapa teruknya kehidupan rakyat syria sebab masalah peperangan. TAPI..... walaupun mereka hidup dalam keadaan yg tak aman dan ketakutan, mereka dalam keadaan kalau mati pun boleh berjihad. Kalau kat Malaysia, bahayanya sama, cuma keadaan je lain. Org yang takde kaitan pun boleh jadi mangsa. Itu pon masih nak kata Malaysia aman.

12/11/13

kak,panjang entry rini.puas saya baca! mcm ni baru best!

eh,akk marah eh? saya pon sama! sy pon takut.kita ni dh mcm duduk dlm negara asing.bukan negara sendiri.gilak lah! tembak sana sini.mcm kawan sy ckp,dulu main polis sentri,main tembak tembak pakai pistol tipu,pakai biji apa tu.lupa dh nama.tp skrg.tembak pakai pistol betul.nyawa?! alahai~ xbernilai~ hmm ntah lah kak.mcm mana nk buat eh? sume tu pon pucuk pangkal hati manusia tu sendiri kan kak.hmmmm ntah lah~ sy takut sgt.mintak mintak Allah sentisa lindungi keluarga kita kan kak.

akk hati hati selalu ye =)

kalau difikirkan memang malaysia ni dah macam negara barat.negara2 mafia.tembak sana sini, rompak,rogol,culik macam2 lagi la..tu pun boleh kata kes terpencil.boleh kata malaysia masih aman..
ingat tak kes 5 orang penjenayah kena tembak kat penang?ha tu betul2 apartment depan umah saya la tu.tak ke haru.nak kuar umah memang tawakal, berserah diri je.semoga kita semua di bawah lindungan Allah SWT

12/11/13

kenyataannya aku nak kuar naik komuter pun takut skrg,huhu

12/11/13

Mana2 pun jenayah adalah sangat menjadi2 cumanya kita kenalah lebih berjati2 dan peka pada keadaan sekeliling. Bab2 pecah rumah ni pun satu hal siang hari pun berani sebab siang lagi sennag rumah kosong org tak ada bawak lori je hangkut semua barang jiran ingat nak pindah, guard pun fikir benda yg sama last2 habis derumah kena hangkut.

12/11/13

Ni ambil mudah je kata malaysia Aman. Ape aman? sana tembak, sini tembak

Tunggu menteri pulak kena baru nak kalut kot. Baru masa tu kata negara dah tak aman kot

12/11/13

hanya bila ada keperluan baru saya keluar buat urusan berkaitan.. kalau tak.. saya lebih suka dok kat rumah..

Catat Ulasan