13/11/13

musim anak tak sihat: tips dan petua

Sekarang ni, musim lembab. Hujan sokmo. Panasnya kejap je. Esok lusa, hujan lobek. Ok. Ayat saya caca-marba. Kejap loghat Ganu. Kejap loghat Nismilan. Takpelah. Janji faham.

Hari ni, saya terasa nak share tips dan petua merawat anak tak sihat secara natural remedies (kredit untuk Rai). Petua ni saya dapat hasil dari kerajinan diri mem'browse' blog-blog orang. Dan saya pun leretkan petua dan tips diorang ke dalam blog sendiri. Sama-sama kita share walaupun petua dan tips ni dah boleh dikategorikan antik dan ketinggalan zaman. Huhuhu...

DEMAM
Saya kira, semua orang pun tahu macam mana nak redakan demam anak selain dari menyumbat ubat 'montot' atau paracetamol. Mandikan anak 3 kali sehari (dengan air paip) dan selalu amalkan teknik sponging selagi badan masih panas. Hidratkan anak dengan air suam atau apa-apa air kegemaran mereka. Togelkan anak. Dedahkan dia pada kipas atau aircond. Tadaaa!; Eleh, semua orang pun tahu pasal menda ni. Tapi tak semua yang nak amalkan. Tak nak mandikan anak masa demam. Tak sampai hati katanya. Tapi sampai hati pulak biarkan suhu badan anak naik sampai 40 darjah celcius. Bila badan anak dah panas lahar macam tu, bawa pergi hospital pun memang benda yang sama doktor akan advice; Mandikan anak kau sekarang!

BATUK DAN SELESEMA
Kalau anak batuk (bukan asma) dan selesema, tetap kena mandikan anak 3 kali sehari supaya panas badan keluar. Waktu mandi yang sesuai adalah pada jam 8 pagi ke atas, selepas Zohor dan sebelum 7 malam. Setiap kali lepas mandi, sapu minyak panas (minyak telon atau minyak Yu Yee - err, minyak Yu Yee dah dapat pengesahan halal JAKIM kan?) pada ubun-ubun anak, dada, leher, belakang badan, belakang telinga, betis dan tapak tangan serta kaki. Bila kita mandikan anak, secara tak langsung lendir dan kahak menjadi longgar. Ada mak bapak, tak nak mandikan anak kalau selesema atau batuk. Takut sakitnya menjadi-jadi. Err, pendapat ortodoks sudah tak boleh diguna-pakai lagi. 

Kalau anak yang dah berumur setahun ke atas, bancuh jus oren dengan madu (saya prefer manuka honey). Bagi dia minum pada waktu pagi. Sambil-sambil bagi minum tu, selawat 3 kali dan berdoa; Moga cepatlah sembuh anakku ini. Kalau saya, bancuh Sunquick je. Kalau boleh, cuba kerapkan anak minum jus oren tanpa gula sepanjang batuk dan selesema. Inshaa-Allah, moga lekas sembuh.

Sebelum anak tidur, sapu lagi minyak panas pada dada, belakang badan dan leher. Bagi anak feeling bahagia dan heaven gitu. Huhuhu~

Ada banyak lagi natural remedies yang kita boleh amalkan. Apa yang saya tulis ni cuma basic je. Selain nak sihatkan anak melalui rawatan sebegini, rawatan psikologi juga penting. Haa~ Tips ni saya dapat dari Doc Faiz yang sempoi tu. Bila anak tak sihat, cuba gembirakan hati diorang dengan benda yang mereka suka. Mungkin bawa mereka ke Mc D. Atau masakkan makanan kegemaran mereka. Atau bawa mereka ke toys store dan beri mereka kuasa untuk memilih toys kegemaran (Amaran: Tips ni mampu membankrapkan. Heee~). Macam yang doc kata, kegembiraan yang macam ni boleh menyembuhkan mereka at least 7%. Patutlah masa Aydin demam dulu, dia makin melepek bila duduk sorang-sorang kat rumah. Tapi bila saya hantar dia ke rumah mamanya, cepat je demamnya kebah sebab kat situ dia ada ramai kawan. Dia happy sebab boleh main sama-sama. Mmm....

TAPI, kalau segala teknik yang kita buat kat atas tu tak menjadi dan anak still demam sampai lebih 3 hari maka bawa-bawalah jumpa doktor. Kita tak tahu apa jadi pada mereka, kan? Mungkin tonsil? Mungkin denggi? Ya Allah, jauhkanlah! Atau mungkin batuk anak tak henti-henti. Melampau batuknya sampai tak cukup nafas. Dada berombak dan nampak berlekuk kat perut. Nafas berdengus dan berbunyi macam "ngeeee~ ngeeee~". Mmm, moh le kita bawa anak jumpa doktor. Semputlah tu namanya. Wajib ambil neb macam Aydin. Cuaca pun asyiklah lembab kebelakangan ni. Saya memang tak hilang risau bila memikirkan tentang Aydin. Takut asmanya berulang. Buat masa ni, dadanya masih ok. Memang tak lepas pandanglah mata saya ni ke dada debab dia tu. Kadang tu, saya lekap tapak tangan ni ke dadanya. Nak rasa, berombak ke atau tenang-tenang je. Huishhh!

Akhir sekali, jom sama-sama berdoa moga Allah lekas sembuhkan anak-anak kita. Saya share doa yang terlebih dulu dah di share oleh kawan saya sorang ni, Cik Haidar namanya;

Membaca surah Al-Anbiya ayat 69 sebanyak 9x lepas tu tiup di kepala (maksudnya :"Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!") dan lagi satu surah Al-Mulk ayat 14 pun sebanyak 9 kali dan tiup di kepala (maksudnya :Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan TadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!)

Bacalah surah Yasin juga. Surah Yassin kan mempunyai 1001 khasiat, kebaikan kelebihan dan penawar.  




20 comments

Sebab tu semua orang suka kawan dengan Dr Faiz... baahaha!

Eh? Kamu guna perkataan 'sokmo'?

kamu orang mana nih?

Tanpa Nama
13/11/13

tips & petua yg bagus tu, paling penting doa tu ye fara.. In Shaa Allah !

13/11/13

Wah...penerangan lengkap ni fara.
Saya baca sampai abis walau blm ada anak...persediaan..:)

Atok Jasmin lah paling tak percaya ngan all those remedies. Selalu gaduh ngan nenek Jasmin bila nenek start mandikan cucu-cucu bila demam, bagi cucu-cucu makan eskem bila batuk/selsema.

Anyway, semua ibu lebih tahu.... :)

Thanks for sharing, fara.

Oh, nak share satu ilmu baru tau hr ni, yg pasal koolfever tu pon sy baru tau tak semestinya kita tepek kat dahi anak je, seeloknya kat belah tengkok/ belakang badan.

13/11/13

Cuaca tak menentu skrg ni bukan anak2 je tak sihat mak anak pun jadi tak sihat. Akak dah lama tak kena asthma sehari dua ni tetiba pulak mencungap ja.

13/11/13

Salah seorang staf tempat saya kerja ni syorkan minum air kembang semangkuk untuk kurangkan rasa demam panas...

13/11/13

biasanya time demam mak suh mandi awal2 pagi dan lewat petang..

13/11/13

Compilation tips yg bagus Fara :)

Berserta doa kita,amalan ayat AlQuran..kerana Al Quran itu penyembuh...

Insya Allah andai ada masa,saya cuba share pasal 'steam kan baby/anak kecil with Habbatus Sauda'...Wife saya dah buat kat anak kami si Zayydan yg batuk berkahak + flu teruk tu...Selain nebuliser,saya ikhtiar juga cara ni...Actually saya & wife dpt tahu pun from other blogger..yg saya dah lupa URLnya :)

Perkongsian bagus lagi lagi bab batuk & selsema tu..

13/11/13

Bila anak2 tak sihat ibu2 pun jadi tak sihat..

14/11/13

MACAM MANA AYDIN? DAH OK? HARAP SIHAT WALAFIAT SAJA..

14/11/13

Salam Fara, Aydin ok tak? Akak tak sihat lagi ni, batok belum hilang, suara pun dah mcm jantan, garau je..haha.
Alhamdulillah bagi tip utk anak2 kita. Bila dah besar sikit, kurang rasa bimbang kita bila anak demam.

mekasih for sharing.

Silap penjagaan masa anak demam ketika kecik akibatnya boleh jadi kesan jangkapanjang macam yg kejang semua tu Fara. Jgn ambil mudah - betul banyak cara dan kalau dah tak tahu baik jumpa ajelah doktor..

14/11/13

memang tak senang duduk jika anak demam...

tq kak farah. dak aisy mmg tgh tak sihat skrg..buat sponging n sock remedies

15/11/13

Terima kasih =)

ALLAH MAHA MENYEMBUHKAN

“Dan apabila dtgnya sakit, Dia-lah Yang menyembuhkan,”
(QS. Asy Syu’araa’, 26:80)

Petua2 yang baik ni ...bab mandi ni saya setuju sgt.. naim yg mg suka mandi n main air ni kalau demam mmg cukup payah nak dimandikan..risau saya.. kena heret atau paksa dia ... kalau nazifpula ok je sebab kecil lagi kot.. cepat sejuk badan bila mandikan dengan kerap .

Terima kasih.....

20/11/13

Alhamdulillah setakat ni anak2 ai jarang demam tapi yang tak bestnye sekali demam memang teruk.. :(

Catat Ulasan