Baru lepas antenatal check-up. Appointment pukul 8 pagi. Habis pukul 9 pagi. Hehehe~ Betul-betul menceriakan pagi Isnin. Terima kasih cuti sekolah.
Pagi tadi, timbang berat badan. Naik 0.8kg. Tetap kena bebel dengan misi sebab pertambahan berat badan sihat untuk 5 bulan pertama - 0.5kg. Peh! Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Perut ni asyik lapar. Ingat senang nak control? (Heheheh~)
Sebenarnya, saya nak update cerita Aydin. Aydin yang tak lama lagi naik pangkat jadi abang. Sejak-dua menjak ni, dia bertukar karakter. Grumpy. Kuat merajuk. Kuat tersentap. Mommy marah sikit, tak nak sayang mommy. Mommy membebel sikit, dia suruh mommy diam. Mommy kata lain kali kita beli/makan, dia kata mommy kedekut. Ada je benda yang dia nak betah. Entah ikut perangai siapalah ya? (Kuikuikuikui...)
Buat masa ni, makanan favourite dia - tosei garing cicah kuah dhal. Kalau dapat mengadap pagi petang siang malam pun, tak apa. Bila ajak keluar, dia tanya kita; Nak pergi mana? Jom kita pergi makan tosei. Tosei memanjang. Argh!! Tensen mak tau! Lagi satu, dia ada peel suka minta sesuatu bila tengah bulan. Stress oh! Time poket kempis tulah, dia sibuk request itu ini. Sobs...sobs...katanya, nak pergi Sunway Pyramid. Nak beli Ultraman biru (Hunter Knight Tsurugi). Hah, tunggulah gaji nanti ya?
Baru-baru ni, Aydin baru lepas ambil neb. Kalau dah cuaca lembab macam ni, anak selamat dari asthma attack tu memang bersyukur sangat-sangatlah. Malangnya, Aydin memang tak boleh lari dari asthma. Alhamdulillah. Lepas ambil sekali, Aydin beransur ok walaupun kahak masih bertakung kat dadanya. Masih dalam proses sembuh. Moga-moga semuanya dipermudahkan Allah. Masa pergi klinik tu, berderet budak kecik ambil neb. Memang musimlah sekarang ni, kan?
Dah lama saya tak post gambar baru Aydin dalam blog, kan? Aydin sekarang ni tak sporting bila disuruh posing. Asyik tutup muka je. Tak syoklah!
Tengoklah tu...sikit-sikit tutup muka. Glamer sangatlah awak tu, kan? |
Budak lepas makan pujuk. Akhirnya~ |
Duck face tak tinggal. Kemestian! |
20 comments
As-salam fara..
oh.. fara pregnant ya.. tahniah ya! seronok akak dengar.. alolor.. comel betul aydin yang nak jadi abang tu.. biasalah bila mommy preggy anak pun cari alasan nak manja lebih2 dengan buat perangai.. mmg kena sabar byk..
hehehe comel sungguhklah aydin... Ikat tocang tu cute sgt ! biasalah along masa dulu2 nak dpt dapat adik pun gutu gak peelnyer, tetiba jd over sensitif. lepas dapt adik siap ketuk adik dgn botol susu lagi. yg penting kita kena tunjukkan kasih sayang pd mereka x pernah berubah & masih sama even ada org baru antara kita kan !
Hehe. Comel. :)
Aku rasa memang budak yang nak dapat adik memang perangai berubah. Anak kazen aku yang nak dapat adik pun perangai macam tu jugak. Maybe sebab diorang ingat yg x ada sape nak sayang diorang dah after ada baby.. huu
Sentap la dia nak dpt adik kut...selalu bebudak ni camtu la...mcm tau nak dpt adik...mula la bnyk akalnya....sabar je la....
Hehe... Comel la abg aydin ni siap ikat rambut lg..
Ragam budak nak dapat adiklah tu kot..
Sikitnya naik berat tu fara.. kena makan lebih ye.. haa.. mengada saya bagi nasihat kan.. bukan tak tahu kalau pgnant awl2 kebanyakkan orang tak lalu makan..saya je lalu macam biasa. Haaa..
Comelnya duck face ....kelakar tgk rambut diikat tu, siapa yang ikat? Banyakkan peluk dan cakap elok2 dgn aydin k.. naim pun selalu mengamuk dan cuba tarik perhatian kami dengan berperangai bukan2... saya ada masanya pukul2 manja n kemudian menyesal. Kebelakangan ni je saya ambil pendwkatan tak layan kalau dia buat hal dan sentiasa kawal marah..banyak juga baca ayat2 yang saya tahu.. usaha kan?
alahai baru akak tahu ni blog Faraherda Razalan hihihi..
alamak dia citer pasal tosei..kan aunty dah teringin ni..huhu
DAH BESAU SI AYDIN.. MEMANGH PATUT DAPAT ADIK BARU.. :)
amboi siap bertocang bagai ;)
kenit aku selalu kata aku 'kudukut' bila x nak bagi apa dia nak, mana tah dia belajar perkataan tu.. dr kartun lah kot
Org tua-tua kata kalau nak dapat adik ada sedikit kerenah menguji mak-ayah tapi bila baby dah keluar semua peel tu hilang Fara. Sayang adik dia akan melebihi masa tu...
heheheh comels sgt aydin ni.ooo suka makan tosei eh.jgn mkn tosei banyak sgt.nanti gf larik.hehehe
ragam org nak dpt adik..cam tu le.
teringat kecik2 dulu..tocang rambut guna getah cam tu..hehe
Budak2 pun akan rasa macm kalau ada adik akan kurang kasih syg mak ayah pd dia kut..tu yg tunjuk perangai lelebih ...sebelum adik keluar baik mintak itu ini..nnt adik dah ada..confirm mak ayah tak akan tunaikan permintaan...
hihihi cute tmbh dgn toncetnya tu.. Semoga Aydin seihat selalu ya..
dah tu ngape le ditocang rambut dia tu. heheh.. aydin aydin. Org suruh bergambar dia buat muka plak. Tapi oleh sebab dia masih kecil maka tetaplah comel.
aydin dah besar makin hensem la, macam mamat jepun pulak aku tgk...
harap aydin cepat sihat, mmg musim pun nok, bukan budak kecik je yg kena amek neb, aku yg org tua ni pun semlm kena sedut gas...huhu...
Biasalah tu. Budak nak dapat adik memang macam2 perangai. Sabar yer mommy ☺☺
Biasalah tu.. perubahan yang kadang buat kita naik hangin..
psstt: siap ada toncet lagi kat atas kepala dia.. ;)
Buat perangai nak dapat adik tu...