Waduh, waduh! Hari ni, dah 11 November. Pejam celik-pejam celik, dah nak masuk tahun baru Masihi. Cepatnya masa berlalu. Tak dan nak kejar rasanya. Heheheh~
Bulan Disember nanti adalah bulan penuh dengan program. Program-program yang bisa membikin 'rambang mata'. Kalau boleh, nak grab semua tapi apakan daya. Duit saving kena jaga. Sobs...sobs...
Antaranya:-
Disebabkan harga buku kanak-kanak yang biasa dijual kat kedai-kedai buku mainstream adalah pada tahap mencekik duit rakyat marhein macam kita, maka Big Bad Wolf event tak patut dilepaskan. Kemain ayat~ Tahun lepas, kami dah selamat borong buku-buku yang walaupun tajuknya dah 'vintage' tapi tetap best di mata kami. Baik buku Aydin atau buku papa, apatah lagi buku-buku masakan mommy-nya! Heheheh~ Tahun ni, rasanya macam nak borong lagi. Rasa jelah. Tak tahulah kot budget kesampaian ke tak.
Selain Big Bad Wolf:-
Sebenarnya, kami laki-bini dah lama plan nak tengok sequel The Hobbit. Kalau boleh, tak nak lepas pun. Punyalah nafsu duniawi, kan? Hohoho! Apa? Tak suka tengok The Hobbit? Rugi woooo~ Tapi, kan...tapi, kan.....
Somewhere over the rainbow - Terengganu (Google) |
Saya nak balik Ganu juga. Ya, saya tahu Terengganu sekarang ni dilanda musim tengkujuh. Tapi saya nak ke sana sebab dah lama tak jenguk Tok Ki. Kebetulan, Mak Ayah memang nak ke sana bulan 12 nanti. Kalau kami balik, menjadi-jadi meriahnya walaupun cuaca tak berapa nak meriah.
Walau apapun, kami kena check wallet dulu sebelum betul-betul decide. Kalau kami ke Terengganu, Big Bad Wolf dan The Hobbit terpaksa dilupakan. Ouh~
Kawan-kawan, apa planning hujung tahun ni?
14 comments
teringin nak beli rumah..sangat2..
The Hobbit?Best gilerrr...kami pun nak dating tgk citer nie!!
Terengganu?okehh...jeless sgt niii!nak ikut!
Tak penah pegi big bad wolf tu..teringin.. Tapi tatau nak pegi cemana dgn tiga org budak ni..sesak katanya..
X de plan lg...hari tu ada gak plan nak ke rmh abng di ganu...tp mlas la plak..bila mengenangkan cuaca da nak msuk musim tengkujuh ni..., nmpk gayanya ronda sekitar selatan aja kut...
tahun ni family sy xde planning sebab masing2 baru bersalin.anak2 baru 3-4 bulan..kecuali sy la kan hehehe
planning sy n hubby plak tentu la berulang alik ke hospital..layan kan je la hurmmm
mak sy ajak ke langkawi.sbb ada kenduri.tp xtau lah nk g ke x.kena tgk poket gak.huaaaa.bulan ni kena servis kereta.ranap! hehehe
Tak tau lagi tapi big bad wolf tu sangat mengujakan sebab dah berapa kali saya terlepas..Macam tak boleh dilepaskan kali ni...Lain dari tu takde plan sangat la, sebab saya plan nak jalan2 bulan 4 tahun depan, hehe boleh gitu?? :)
Duit boleh diplan lagi Fara. Cuma harapnya kesihatan juga mengizinkan...
balik ganu cakap eh..boleh jumpa kalau ada jodoh =)
SAYA YANG PASTINYA AKAN KE SINGAPURA.. SEPUPU KAHWIN BULAN 12 NI..
Awal tahun dulu dah bawak anak2 jalan ke Indonesia so akhir tahun dok diam2 paling jauh pun gi PD jelah kot tak pun mandi2 kat Sungai Congkak je.
Menarik juga book sale tu bawak anak2 mesti meriah. Bajet sekolah kena fikir juga sebab hujung bulan Nov kena beli2 apa yg patut kalau last minit nanti banyak saiz tak ada. 2 sekolah menengah 1 sekolah rendah manyaaaakk belanja tu.
tak plan lagi sebab en. suami kerja.. :(
Kalau dapat cuti pun mungkin jalan dekat2 je kot.. cuma destinasi tak ditetapkan lagi.
Tak der planning pon. Tapi BBW tu macam best jer sbb pernah gi. Kena spare duit ni :-)
Dah lama tak gi ganu. Umah kakak kat kijal, berlatarbelakang kan laut. Best.
TQ for this entry!!!
Saya mmg selalu sgt baca pasal Big Bad Wolf tu...manjangggggggg terlepas!! Akan dipastikan..sedaya upaya nak pergi ke sana Dec ni...
Sequel The Hobbit? Of cozzzz!!
Trilogy LOTR tu berulang kali tgk ..rakam kat Astro,,,,Hobbit 1st episode pun baru kuar kat Astro Movie...dah rakam jugakkkk...Nak tgk utk kali ke doploh kot...wakakakaka