26/12/13

alim ulamak tanpa tauliah

Setiap kali Krismas, FBians dok galak share itu ini; Ucap Merry Xmas boleh jatuh syirik. Pakai topi Santa Claus boleh jatuh hukum haram dan memesongkan akidah. Wow! Macam tu sekali eh?

Saya pernah baca satu artikel tentang perayaan Hari Krismas; Hari Krismas bukan perayaan bersifat keagamaan. Tapi lebih pada budaya dan adat mereka. Dan Santa Claus hanya sekadar mitos dan kisah dongeng. Sekadar memeriahkan perayaan. Tak ada kena mengena pun dengan Tuhan mereka; Jesus Christ. Wallahualam. 

Same goes to us; Bersanding masa perkahwinan tu, dituntut agama ke? Tak, kan? Sekadar adat dan budaya (pengaruh Hindu) je, kan? Tapi saya ada experience tentang sepasang suami-isteri yang nikah gantung. Sebelum tiba masa nak bersanding, kun fayakun si isteri mengandung. Rezeki, kan? Alhamdulillah. Tapi mak bapak pengantin tak suka dan tak boleh terima. Desak pengantin baru ni, minta gugurkan kandungan. Katanya, tak elok dibawa ke pelamin. Gila tak? Tapi tak pulak orang dok bising-bising haram dalam FB, kan? Even pung-pang ustaz dah ingatkan yang bersanding tu haram, tapi ORANG MELAYU ISLAM tetap suka-suka halalkan. Macam mana tu? Tapi kita boleh je bagi asalan; Bersanding tu SEKADAR MEMERIAHKAN MAJLIS. Sama jugalah adat cukur jambul. Takde pun sunnah Rasulullah yang suruh gunting sikit-sikit then masukkan rambut ke dalam buah kelapa. Kan? Tapi ORANG MELAYU tetap juga buat, sebab apa? Sekadar adat dan memeriahkan majlis. Takde pun niat sampai nak mensyirikkan Tuhan. Hah! Macam mana tu?                        

Kadang-kadang, saya rasa macam; Kesiannya kawan saya yang kahwin dengan mat salleh tu. Suaminya memang azali sambut Krismas. Bila dah convert ke agama Islam, of course budaya menyambut Krismas tu diteruskan sebab mak bapak dia still meraikannya. Cuma MERAIKAN DAN MEMERIAHKAN. Pun wajib ada prejudis ke? Habis tu, macam mana pula dengan ORANG MELAYU yang kahwin dengan ORANG CINA? Of course tetap sambut CNY, kan?  Macam mana kalau mereka pakaikan anak mereka dengan baju Cheongsam atau apa-apa baju yang berkaitan CNY? Boleh jatuh haram ke macam kita pakai topi Santa tu? Adoi! Lepas ni, jangan ada orang MELAYU ISLAM yang sibuk-sibuk nak pakai sari atau cheongsam sebab nanti boleh jatuh hukum HARAM, sama macam kita dok sibuk pakai topi SANTA ya? Pun jangan sibuk dok wish Gong Xi Fa Cai atau Happy Diwali sebab nanti boleh jadi syirik! Sila sematkan peringatan ni dalam minda. Huh~

26 comments

hehehehe..mampu gelak je la bila baca kat wall sanun....

ramai sgt ustaz ustazah google nie..

26/12/13

chinese new year pun sambutan budaya.. bukan agama.. hehehe..

bertunang meriah mengalahkan majlis kahwin takde pulak kalut haram.. pre wedding photo tak kalut pulak kata berdosa..

gilaa

26/12/13

Tulah kan, saya pun pelik jugak..Kadang orang kita ni mudah sangat nak jatuhkan hukum halal dan haram ni. Kadang saya pun musykil..Islam ni mudah tapi bila dah macam2 terus jadik macam menyusahkan..Saya ikut mana yang mudah jer as long as hukumnya tak menyesatkan..

selalu tengok org kita suka dgn sambutan perayaan org lain... krismas, cny... sy pun xtahu apa hukumnya...

saya suka, saya suka, saya suka...
good to know at least ada orang yang boleh berfikiran macam awak dan sebenarnya awak telah bersuara bagi pihak saya.

...especially tang cukur jambol tuh!

tahla...bila saya aja lagu 'jinggle bell', dan 'Brother JOhn' saya dimarah sakan oleh seorang guru suatu ketika dulu....boleh syirik katanya...saya cuma ajarkan apresiasi muzik jer...tak sentuh kepercayaan ponnn...wallahualam.

paling penting kena paham, mana yg adat kaum, mana yg agama. kalau melambangkan kaum..takde hal. Kalau melambangkan agama selain Islam..perlu dihindari.

apapun, persoalan begini mmg kena rujuk kpd yg pakar. Kdg kita rasa tu haram..sebenarnya boleh je. Yg kita rasa okey..sebenarnya tak boleh.

Biasala tu...zaman fb..dan share2 ni...mmg laju je...patutnya bende camni kena ambik tau dan paham lagi...dan x juga bole terus judge orng kan....kena cari ilmu sbnrnya....:-)

26/12/13

aah kan...tlng lah jgn halalkan yg haram...haramkan yang halal..

fara, saya setuju 600% dgn entry ni. Dah lama saya fikir benda yang sama. Org Malaysia ni pelik. [baca:org melayu ]. Suka perbesarkan isu kecik. Super sensitif. Over protective. Extra paranoid. Tak faham. Tak tau nak cakap cemana. Tapi eiii... mmg saya sakit hati bila tgk kebodohan2 kt FB dgn komen2 kibod warrior tu semua.

26/12/13

hahaha..baca lah komen2( bukan entry) saya di blog semalam ( 25 Dec)

apa apa pun,yang dah soheh HARAM dan disepakati almost 100% ulama sedunia..tetap lah di hisapppppp....benda yg banyak khilaf jugak lah yg di sibuk sibukkan..ironi kan?

isu yang timbul saban tahun..lepas abis musim raya tu tenggelam la isu ni..
bagi saya, saya ucap sebab menghormati perayaan mereka.tak terlintas langsung "kalau aku ucap kang syirik/murtad plak"
wallahua'lam

27/12/13

memang banyak alim ulamak tak cukup ilmu di dada di luar sano tuh...

Ustaz/ustazah yg tak bertauliah ni lah kekadang buatkan orang lain jadi keliru. Mana satu betul...mana satu salah...hurmmm...

27/12/13

WALLAGUAKLAM.. TAK BERANI NAK KOMEN APE2 SEBAB SAYA KURANG ILMU MENGENAINYA..

27/12/13

Mudah terpengaruh sebenarnya.. itu yang dok pandai jatuh hukum..

27/12/13

Setuju! kadang2 aku tertanya juga betul ke idak fatwa2 yg tersebar kat FB ni.. haih

29/12/13

Tu paling kita takutkan senang2 jatuh hukum kat orang . Kesimpulannya tak tau diam jgn sambung menyambung perkara tak benar... kalau nak tau yg sbmrnta bertanyalah kpd yg pakar

31/12/13

sejak ada fb ni.mmg banyak sgt alim ulamak kak! kdg2 jd paranoid sgt kan!

Kadang org kurang ilmu ni dia celaru dengan perkara wajib dan adat. Pd diaorang adat tu kalau tak buat mcm dosa besor sesangat la

sama contoh my experience lama dah zaman sekolah dulu makan meehun sup guna chopstik di kedai. Lepas tu kena tegur dengan makcik meja sebelah kata haram. Tapi masa tu hingusan terus tak guna dah. kalau masa tu dah cerdik haha (cerdik ke?) boleh bidas apa makcik tu ckp

Bila kuasa menulis tu ada pada semua orang itu la yang terjadi...sahih tak sahih belakang ;;ceritA.Orang yang menulis tu pun dia tulis panjang..padahal masa dia tanya ustaz tu,ustaz jawab 3 baris je..

Kita pulak nak tau apa2 kita google ..rasa menarik kita copy dan paste...kita sebarkan pulak..sebab tu la benda ni terjadi..

10/1/14

Banyak sgt ustaz ustazah Fbian ambil hadis dan dalil tah dari mana...tidak dijelaskan dgn terperinci..pakat2 jatuh hukum...Hukum bukan kecik2..terus jd Syirik dan Haram...

Catat Ulasan