3/01/14

recap 2013 dan harapan 2014 (sangat!!)

Pok Amai-Amai 2014; Malangnya, tak ada new year resolution. Tak heran, tuan blog sambil lewa. Tiba-tiba je, mood nak berblog tak ada. Malas. Teruja ke arah lain. Ouh! 

Masa 2013, saya plan macam-macam untuk 2014. Salah satunya, holiday to Sabah. Bulan April 2013, dah siap-siap booking promo AA tiket untuk 6 orang. Berapa RM sangat. Murah. Sepatutnya, kami fly pada bulan April nanti. Untuk 4 hari 3 malam. Namun, kalau dah kun fayakun. Ogos 2013, saya diisytiharkan preggy buat kali ke-2. Jangkaan due date, 14 Mac nanti. Tapi saya expect, 1 minggu awal. Congaklah macam mana pun, saya memang tak kuasa nak bercuti bila ada anak kecil. Maka, burn sajalah tiket kita ya? Kalau dah nama promo ticket, rayulah macam mana pun. Nak pergi, kau pergi. Tak dapat pergi, kau ngangalah sendiri. Kihkihkih~

Masa 2013 juga, saya berangan nak belikan Nizam birthday present. Nak buat surprise-lah konon. Dari mula kahwin sampai la ni, tak pernah bagi dia apa-apa hadiah. Labur duit lebih sikit untuk benda yang dia suka. Pun tak jadi jugak! Masa nilah nak pindah rumah. Masa nilah duit nak kena standby untuk kitchen cabinet. Kipas lampu bagai. Hood dan hob lagi. Belum lagi masuk bab preparation untuk bersalin nanti. Kita bakar kek jelah untuk sambut birthday dia yang tak lama je lagi ni. Huhuhu~

Cuma satu je planning 2014 yang saya harap jadi kenyataan; Kenduri doa selamat dan akikah Aydin dengan dak kenit dalam perut ni. Dah bertahun saya plan tapi tahun-tahun sebelum ni asyik tak jadi dan tangguh. Inshaa-Allah, mungkin lepas habis pantang nanti. 

Awal tahun 2014 ni, mungkin agak sibuk bagi kami. Pindah rumah dan of course masa untuk mengemas rumah baru nanti. Urusan PIL yang akan berumrah tak lama lagi. Preparation bersalin. Mana nak punggah baju lama Aydin. Mana nak shopping barang baby dan mommy. Hoh! Macam manalah saya nak ada mood untuk menulis? Banyak benda nak kena fikir. Tu belum masuk kepala otak dok excited mengharap BONUS dari bos (Perasan benar kau!). Dah-dah. Malas nak fikir. 

23 comments

Haha.. macam2 perancanagan fara ya.. semoga apa yang terjadi akhirnya baik2 je. Kita mampu merancang, Allah juga penentu akhirnya. Tak lama dah nak bersalin tu. Jangan penat2 uruskan rumah baru ya.. bg je suami uruskan..fara jaga diri...

bakar kek je fara.. penuh kasih sayang.. hehe..

semoga semua urusan dipermudahkan..

kesnya macam masa mengandung no 3.. sibuk dengan nak bersalin..tiba tiba datang ujian tuan rumah nak suruh pindah.. mmg macam2 perasaan jadinya..alhamdulillah.. despite of a few hiccups.. kami lepasi jugak ujian tu.. insya allah ada rezeki anak no 2 nanti..

Allah adalah sebaik-baik perancang. InsyaALLAH ada jalannya tu.

Hai fara :)

3/1/14

eh. tak bolehhh...bonus tu wajib kena fikir...hehehe...hrp fara dpt bonus byk boleh buat semua benda yg diplan...

Semoga semua yang dirancang berjalan lancer...insyaallah...Happy new year....

Semoga semua yang dirancang berjalan lancer...insyaallah...Happy new year....

tak apa la Fara..apa yang kita rancang tu x semestinya menjadi kan...slowly la.x leh nak paksa2 sgt..mcm akak jugak...macam2 plan..tp kadang2 x menjadi..

Semoga semua yang dirancang berjalan lancer...insyaallah...Happy new year....

Selamat tahun baru 2014 mommy fara dan keluarga.

Samalah masalah ngan saya bila booked flight promo AA, dah dua kali terkena setiap kali nak naik flight misti ter-mengandong! Tapi sempat lg fly. Hahahaha!

In sha allah fara, hajat awak ke Sabah akan terlaksana juga nanti. Sabar itu indahhhh~~ Tuhan plan lagi best utk awak di kemudian hari...

Dan plan awak utk majlis akikah untuk anak-anak juga mintaknya Tuhan murahkan rezeki dan permudahkan semua urusan untuk niat baik awak ni. aamiin....

semoga dipermudahkan semua nyer :)

Ada hikmahnya segala apa yg dirancang x mnjadi tu...

Buat keje pelan2...jgn bnyk pikir...rilex2 k...awak tu ngandung...sian baby nnti kuar2 nak pikir mcm2....hihi...

Tanpa Nama
3/1/14

Maaf lama x jenguk, kesihatan x mengizinkan. Singgah jgk ari ni !

Smoga planning yg di rancang berjalan dgn lancar. Tak sabar nak tgk aydin junior & rumah baru fara tu ☺☺

3/1/14

SEMOGA ADA SINAR PADA TAHUN 2014..

3/1/14

Assalamualaikum Fara

Insyaallah
moga dipermudahkan segala urusan dan akan tercapai cita2 tu

Apa yg pasti ada perancangan itulah yg dikatakan minda productif Fara. Kalau dok tak memikir dan merancang tu malas namanya... soal tak tercapai atau tergendala tu soal lain.

Moga tahun ini lebih baik terutama nak aqiqahkan anak (termasuk yg bakal).

Kakak dah dapat bonus tau hihi... mari sini kakak belanja:)

Semoga dipermudahkan olehNYA

Selamat tahun baru Fara. Itu sebab kakpb cuti lama blog. Pindah rumah, pindah wifi, astro dll semuanya menghalang utk kita menulis. Masa tak cukup.
Apa2 pun ada hikmah kalau sesuatu yg kita rancang tak menjadi. Mcm tahun lps, kakpb tak rancang nak ke Singapore. Tiba2 masa nak balik kg hari tu ada pula tiket murah ke JB. Langsong terus bawa mak jumpa pakngah, abg mak di Singapore.
Takpelah Fara, anak kecik naik kapal pun apa salahnya. Belum kena bayar lagi.

Tanpa Nama
4/1/14

semoga diperkenankan impian...

amin...

semoga 2014 kita lebih cemerlang...due 2nd baby lebih kurang la...

Rahsia Rawatan Penyakit Resdung

ye, mmg ada time mcm ni akan berlaku pada blogger. Bila banyak benda yg kita nak buat, pastu benda2 tu plak utk dptkan result terbaik perlu di gugel. Maka, blog akan tertinggal seketika.

14 mac birthday luth. Kalau on time si kenit tu lahir, bleh la celebrate bday anak2 kita sama2 nanti. haha.

KAK! meh bg sy tiket tu.hahaha.kak! nt kenduri ajak sy ye.hehehe

acik pun sama fara..tak pernah beli hadiah untuk suami dihari jadi dia..dari mudah sampai le dah tua ni ha..anak2 dah besar pulak..pandai simpan duit belanja sekolah belikan hadiah untuk ayahnya walapun tak mahal..

Catat Ulasan