18/12/13

fluffy donut


Alkisah donut (gambar atas); Bermula masa lepas makan tengahari (Sabtu lepas). Masa tu, kami hantar tiles ke rumah SJ. Habis makan tengahari di kedai, terjumpa satu stall jual pisang goreng dan kuih-muih. Dalam satu dulang besar, tersusun kuih donut bersaiz XL. Nampak cantik, gebu dan menyelerakan. Walaupun masing-masing dah kekenyangan tapi tetap 'ngences' bila tengok rupa donut sedemikian rupa. Saya dan Nizam cuma memuji tapi tak pula insist berhenti dan membeli. Salah satu faktor, saya yang fussy! Antara sebab lain:-

Satu; minyak masak yang digunakan sang penjual. Berapa kali recycle, Wallahualam. Dua; Saya boleh buat. Kenapa sibuk nak beli? Tiga; Donut paling sedap dalam dunia ni cuma donut air tangan Mak. Big Apple, Krispy Kreme, Dunkin Donut, J.Co dan segala bagai brand pun kalah tau! Hahaha~ Frankly speaking, saya memang mengada-ngada.

Dan disebabkan stall kuih-muih tulah, saya gigih menguli donut petang tu jugak. Melayan tekak punya pasal. Saya eksploit resipi Ayu: Citarasa Rinduan sebab similar dengan resipi Mak; tanpa telur tapi tetap fluffy, simple, tradisional dan kekampungan. Saya suka! Boleh selak blog dia untuk resipi donut gebu tanpa telur. Saya cinta sangat! Dan bila saya update status FB dengan gambar donut bergula, dan-dan tu si Rai tunjuk belang dengan donut 'Big Apple'-nya yang awesome dengan choc ganache! Pehh! 'Ngences' lagi! Hahaha~

Cerita pasal makanan recycle atau makanan proses, saya bukan perfect 100%. In fact, kami masih layan produk Mc D dan certain fast food yang lain. Makanan proses pun, kami masih konsum; Sardin, tomato dan tuna. Cheap eats yang dijual di stall pun, kami masih layan (teringat vadey sedap di antara stall rojak dan cendol SS15 Subang Jaya). Mungkin sesetengah daripadanya, saya ada alasan sendiri kenapa saya menolak untuk membeli. Main factor, of course saya cerewet tentang rasa dan mungkin juga sebab kemalasan? Heee~

12 comments

18/12/13

huaaaaaaaaaaaaa knp rasa lapar tgk donut akk ni.nk jugakkk! ritu buat.tp lembut sgt.nt nk buat lain.

yg tgk ni pulak yg telan air lio mcm nak gila!aduh!

Dah lama tak menguli donut. Dah beberapa kali buat. Beberapa kali tu juga lah lembik. Silap teknik kot. Nak kena practice make perfect lagi kot.

18/12/13

hahaha..tengok!! saja tau ulang tayang gambo donat lagi.. jomm weekend ni buat donat lagii.. hahaha..

kami satu family hantu donat.. kalau lama lama sekali tak jumpa donat boleh mendatangkan gian.. :P

tapi letak susu pekat manis dgn serdak milo pun macam sedap.. next time boleh cuba.. hihi

18/12/13

amboi gebunya wan punya memula jea lembut dan gebu dh lama sikit keras..huhu kena praktis lg

Satu lagi pada kakak Fara ni rajin dan gigih nak buat sendiri. Kalau kakak ni malas tu yg membeli aje...

18/12/13

Akak pon suka donut tanpa telur ada setengah org dengan telurnya pastu siap masuk kentang lenyeknya...

Tanpa Nama
18/12/13

nampak sedap sgt tu !

18/12/13

kdng kita nak makan juga masakan yg kita masak sendiri. espcly saya, kdng2 saya rasa saya masak lagi sedap dr kat kedai..hahaha (perasan)

18/12/13

nanti nak suruh mama mifz cuba buat donut gebu pulak lah...=)

Setuju dgn pendapat Fara.. banyak pilihan yang kita ada.. elok kita berwaspada daripada kita tanggung kesannya nanti.. cendol ss15 tu sedap jugakan... kami pernah pegi dua kali.. ramai yg beli.. seronok tgk orang beratur panjang utj beli rojak..

aku berazam nak pandai buat donut dan spesis2 roti. Setakat 3,4 kali cuba ni semua gagal. adakah aku yang benak? hehe.

aku pon selalu dok fikir pasal minyak gorengan tu. Dulu masa aku pregnant, lagi la aku dpt detect rasa minyak recycle tu. skrg dah kembali normal pola pemakanan aku. Selambe je dah boleh beli goreng pisang kat gerai.

Catat Ulasan