17/12/13

mi soto ekspres!

Mi soto (atau mihun), makanan favorite Aydin. Apa saja makanan berasaskan mi dan berkuah, sehari suntuk layan mende alah ni pun dia tak kisah. Dah lama saya nak masak kuah soto ni. Tapi disebabkan kemalasan (sebab tak cukup bahan), selalu je tertangguh. Tapi malam Sabtu lepas, tekak teringin nak layan mi soto. Saya panggil, mi soto ekspres sebab memang saya masaknya dalam keadaan ekspres gila. Ala-ala Jamie 15 Minutes gituh. Heee! 

Bahan-Bahan (untuk 4 orang makan)

Bahan Kisar:-
2 ulas bawang putih
1 labu sedang bawang besar
2 inci halia

Bahan Tumis Rempah:-
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
Sebatang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga

1 mangkuk tulang ayam (campur kaki dan leher)
2 ketul dada ayam
2 inci lengkuas (titik)
1/2 paket serbuk sup
1/2 paket serbuk kurma
Lada sulah secukupnya
Garam
Air secukupnya

P/S: Saya tak guna sup bunjut sebab masak untuk 3 beranak je. Takut rasanya strong, tak sedap. Kalau masak banyak, boleh masukkan sup bunjut dan abaikan rempah-rempah yang saya taip kat atas tu.

1/2 kilo mi kuning (dicelur)
Daun sup dan bawang secukupnya (racik halus)
Kacang tanah secukupnya (goreng hingga masak)
Tauge secukupnya
Minyak untuk menumis

Option: Boleh tambah suhun goreng atau bergedil ikut taste masing-masing.

Bancuh bahan kisar bersama serbuk sup dan serbuk kurma. Panaskan minyak. Tumis bahan rempah hingga naik bau.  Kemudian, masukkan bahan bancuhan serbuk rempah dan bahan kisar tadi. Kacau dan biarkan seketika hingga pecah minyak. Masukkan air secukupnya, lengkuas dan kaki ayam. Biarkan mendidih perlahan hingga kaki ayam empuk. Masukkan tulang-tulang ayam yang lain dan dada ayam. Biarkan mendidih perlahan. Perisakan dengan lada sulah dan garam. Biarkan kuah menggelegak dengan api minimum. Keluarkan dada ayam yang sudah empuk dari kuah. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng dada ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan. Biarkan sejuk kemudian boleh carik untuk dijadikan condiment soto nanti. 

Sambal Kicap
15 batang cili api
1 ulas bawang putih
2 biji limau kasturi
Kicap manis secukupnya
Kicap masin secukupnya

Tumbuk kesemua bahan. Perisakan dengan perahan limau kasturi, kicap manis dan kicap masin. 

Tadaa~ Mi soto ekspres siap;

Yummeh!

12 comments

walau pun namanya express rupanya tetap mengancam.. jenis jenis sup dgn mi ni shujin dgn damia mmg paberet.. tapi first time saya tengok resepi sup ada letak lengkuas.. biasanya halia je..

Menarik mee soto fara ni. Siap lengkap macam jual kat kedai ni.. bagusnya makan puas hati ni..

Serbuk kurma ada ni. Boleh cuba ni..

terus lapar...aisey..td dah makan banyak dah kan....

17/12/13

ouh uh ouh terliurnya saya..
feveret ni

17/12/13

rajinnyaaa fara masak2..kagumm..huhu..dh lama x masak2 benda camni..asik mkn nasik je. sbnrnya anak2 suka sup2 mcm ni kan...

15 minit tu. Pantas dan buat org kecur liur.

ptg2 tengok gambar ni memang terus lapar la...

17/12/13

nak buat kena tunggu anak2 balik dari kampung dulu gamaknya.

18/12/13

I LIKE MEE SOTO.. MEMANG TERBAIK.. DAPAT TAMBAH KICAP PEDAS LAGI LE TERANGKAT..

18/12/13

Semalam che mid ke gerai kawan sekolah, dia buka gerai soto..special menunya ialah soto kaki ayam!! sedap...

Awak tau tak, kita suka apa je janji namanya soto, tak kiralah nasi impit ke, mihun ke atau mi kuning tu...Lagilah kalau ada begedil tau..Awak link kita tu tadi dah boleh bukak balik, tq bagitau..:)

18/12/13

Kalau akak guna je perencah Adami tu...ahhhaaaa... Pemalas tahap cipan.

Catat Ulasan