Hari ni, hari keputusan PMR. Adik-adik datang ke sekolah untuk collect keputusan masing-masing. Termasuk adik bongsu saya (yang becok dan asyiklah nak bercakap tu...heee~). Selama ni, saya tengok dia cool je. Takde tanda dup, dap, dup, dap pun. Mak Ayah pun cool jugak. Mereka kata; Malas nak fikir. Apa je result yang keluar, redha jelah. Malas nak berharap sebab result trial adik yang tak berapa nak 'jelita'. Heheheh~
Pagi tadi sebaik adik dapat result, saya dapat panggilan masuk dari Mak. Cara Mak bercerita, dapat bayangkan senyumnya sampai ke telinga. Tak sempat habis cakap dengan Mak, Ayah pulak call. Double incoming call! Heheheh~ Mak kata; Adik kau dah terlompat-lompat tu~ Sukalah tu!
Berapa A? Biarlah kami sefamili je yang tahu. Lagipun, perjalanan hidupnya masih jauh. Belum SPM lagi. Belum tentu masuk U ke tak. Belum tentu tercapai impiannya nak study ke Jepun tu (Gituhhh! Rai, sila guide kami expenses study kat Jepun tu sebab adik saya ni memang hantu Jepun).
Heheheh~ Apapun, saya double happy bila tengok Mak Ayah happy macam ni.
Gambar scan ni. Hahahah~ |
Adik saya yang kuat bercakap.
Adik saya yang dulunya addicted dengan Cartoon Network.
Adik saya yang geek dan penggemar komik especially manga.
Adik saya yang manja.
Heee~
12 comments
wah..tahniah tahniah
takpelah..baru PMR..jauh lagi perjalanan dia..insyaallah pasti akan berjaya kehidupannya di dubia dan juga di akhirat..amin..
lepasan spm biasa dengar, "ala, lepas ni tunggu orang datang pinang je la". tak pernah dengar lagi lepasan pmr cakap macam ni. kalau ada, ish...! hahahaa!!!
Tahniah kepada adik fara dan keluarga....pastinya keputusan yang baik tu..
APA-APAPUN SEMOGA DIA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG..
tahniah buat adik..tahniah buat mak abah :)
sebijik muka aydin! seriously! tahniah ye dik..lepas ni score untuk SPM pulak ye. dah boleh dah belajar bahasa jepun sekarang ni..hehehe
tahniah, kalo dia dah melompat2 tu mesti straight A tu.
Adik yg dah semakin membesar... Apa pun tahniah dari akak buat adik ye.
congrats adik.... tak kisahlah keputusannya... rasa mesti best....
TH tu kalau register tuk kita baru leh pakai epf...
mesti cemerlanglah tuh...=)
Apa pun resultnya...tahniah...!
kan...masih jauh lgi perjalanan tu...
tahniah yer !