Bila dah kahwin dan ada anak, saya tak pernah terfikir nak tambah life skills kecuali masak-memasak. Tapi bila dah masuk 3 series (hampir ke middle 3 series), saya mula rasa macam; Apa salahnya keluar dari kotak kebiasaan?
Saya ada seorang kawan yang sama umur. 5 tahun dulu, dia tak pernah terfikir untuk ber-scuba diving apatah lagi untuk dapatkan sijil scuba diving yang bertauliah! Sekarang, dah merata dia meratah keindahan dunia lautan. Dah boleh jadi trainer pun. Scuba-diving; pertambahan life skills untuk dirinya. Walaupun sudah bersuami dan punya 2 orang adorable princesses. Tak jadi masalah, kan?
Same goes to photography. Ramai kawan blogger yang dah terjerumus ke lembah life skills yang ini. Ada yang dah terbitkan karya pun. Samalah juga dengan menulis. Menulis juga salah satu skill. Tak semua orang mampu berimaginasi. In fact, saya juga tak mampu nak menghabiskan satu karya (kemalasan sebab setiap kali mengadap laptop, masa tulah Aydin sibuk nak tengok video!). Kalau setakat cerpen, bolehlah. Kalau novel? Cekik! Heheheh~
Kawan blogger saya, Kinna juga sedang berusaha menguasai skill berenang. Berenang bukan skill yang mudah melainkan kalau kita dah belajar dari rebung. Bila dah keras macam buluh ni, payah sikit. Tapi tak mustahil, kan?
Menimba ilmu bukan semata kutip sijil. Menambah kemahiran dalam kehidupan juga, satu ilmu. Walau adakala nampak remeh tapi; At least aku expert buat mende alah ni. Kau ada? Lebih kurang macam tulah. Saya tak tahu nak describe yang macam mana.
Mungkin saya akan khatamkan skill menulis saya dengan menerbit at least 1 novel. Tak tercapai lagi ni wehhh! Skill masak-memasak, Inshaa-Allah saya akan terus buat latihan amali. Parenting skills yang tak berapa nak perfect (takkan perfect), Inshaa-Allah akan terus dipraktikkan tambah lagi bila dah nak masuk anak kedua ni. Dan of cos, ilmu akhirat. Back for good. Improve skill mengaji. Improve ilmu agama. Walau pernah khatam tapi itu zaman budak-budak. Lidah dah tak berapa nak tajam. Kena asah balik.
Last but not least;
Percaya atau tak, saya ada cinta-cita nak menunggang mende alah ni. Hohoho~ Cita-cita tinggi, kan? But please, jangan pandang remeh pada impian saya ya? |
16 comments
walau ape pun skill yg awak nak cuba saya sokong dari depan belakang kiri dan kanan ok fara!
eh, mana ada pandang rendah. aku selalu je salute dengan pompuan yang pandai bawak motor wp sekadar kapcai. Sebab aku langsung tak reti bawak moto. Bwk beskal reti la.
Aku tgh gigih nak improve skill menjahit. Paling busuk pon biar bleh pandai jahit baju melayu Luth dan papa dia dan baju kurung sendiri. Tu je impiannya.
life skill...ohhh...klau nak cerita,...rasanya smua bende teringin nak buat dan rasa...n + kalau bnyk duit jugak lah kan...:)
sebelum novel, kau `compile'kan semua cerpen kau tu dulu jadi satu terbitan bercetak. orait tak?
tak cuba tak tau.. ;)
tapi biarlah lepas habis pantang dulu.. hehehe..
kalau ada skill martial art okey tak..huhu..yg skill lain tak terasah2 lagi ni..
Jika ko fikirkan kan ko boleh...Ko hampir boleh melakukan...jika ko fikirkan ragu2 usaha mu tak kan menentu...
1st thing 1st ya! Improve skills pembacaan alquran. Paling tidak rugi
Terbayang aksi mommy fara menunggang motor tu ☺☺
bagus-bagus..kadang2 kita tak terfikir pasal nak tambah skill ni sbb sibuk sangat dgn kerjaya atau urus rumah tangga. tp kalau cuba, best juga bila dpt keluar dari comfort world dan challenge diri sendiri.
p/s: teringin nak baca novel fara. since 1st time i know u, i already admire ur writing skill :)
entahlah KA masih menyimpan angan2 nak jadi penulis tamu dimana majalah/paper terkenal hehehe
saya nak dapatkan first copy bila novel awak siap!!
menambah ilmu dalam bidang kesihatan kira life skill tak..? hehehe..
PASAL SCRAMBLER TU, DULU SAYA ADA PAKAI JUGAK.. TAK SAMPAI SETAHUN SAYA LETGO.. TARUK KAT MUDAH.MY, TAK SAMPAI SEMINGGU DAH ADA BUYER.. :D
Saya harap, sebelum saya tutup mata, saya dapat tambah skill menghafal Al Quran sebanyak mungkin...nak hafal 30 juzuk mmg saya rasa terlalu ambitious...hihihihih
setuju sgt. Dlm hidup ni, bnyk skill2 yg kita bleh belajar. Bukan semata2 utk exam. Ada yg carik skill baru utk kepuasan diri. Tu lagi bagus bagi saya.
Menarik juga impian yang fara nak buat ni. Jarang dengar perempuan ada niat macam ni.. saya setakat ni rasa nak ada kemahiran jadi penceramah.. haa.. padahal jenis penakut pentas.. impian sahajalah nampaknya..