17/12/13

hobbit: the desolation of smaug yang awesome

Semalam, kami cuti. Bukan cuti rehat pun. Pagi-pagi, saya rushing ke klinik gomen untuk antenatal check-up. Habis check, terus ke Sunway Pyramid untuk;

Hobbit: The Desolation of Smaug
Saya sengaja cuti weekdays. Konon nak ber-sweet escape dengan Nizam. Jarang-jarang dapat jalan berdua. Tapi sudahnya, dia tak sampai hati tinggalkan Aydin ke rumah babysitter. Lastly, bawa juga superhero tengok wayang sama-sama. Mendapatlah! Kejap-kejap, nak minum air. Kejap-kejap, nak kencing. Sudahnya, Nizam terlepas ending sebab bawa si kenit pergi toilet. Mmmm.....

As expected, Hobbit 2 adalah sangat awesome! Prekuel LOTR ni tak pernah buat saya frust. Mulalah rasa nak jatuh cinta dengan Peter Jackson. Hahahaha~ Walaupun 3 jam jalan cerita tapi saya tak puas! Ending pun saspen. Tak sabar nak tunggu next episode. 

Sedikit kebocoran maklumat; Baru saya tahu, Legolas bukan datang dari elf Rivendell. Dan saya juga dah tahu, siapa bapa Gimli The Dwarf! Kalau dalam An Unexpected Journey, kita boleh tengok rupa wajah Frodo yang matured dari LOTR. Tapi dalam The Desolation of Smaug, turn Legolas pulak. Heee~ Sesiapa yang cinta-sayang-kasih pada LOTR, jangan miss Hobbit tau. Rugi wooo~






Masa ni, baru pukul 9.30 pagi. Kaunter TGV pun belum bukak lagi. Tapi ramai orang dah menunggu untuk tayangan pagi. Sementara menunggu, Aydin request minta mommy snap gambar-gambarnya. Bukan main, kan?

Only at selected TGV, beli atau book tiket sebelum 12pm (tak kira weekdays atau weekend) boleh dapat harga RM7 je. Harga biasa; RM16 - RM18. 

13 comments

17/12/13

hi aydin

Wah seronoknya ni. Menonton cerita bersama sama ahli keluarga... best cerita tu nampaknya... mujur Aydin ikut sekali ye..

Baru tahu pasal tiket murah tu. Dah bertahun saya tak ke cinema.. haa... dua handbeg tu ...aii.. pikir banyak kali nak pergi..

uhhh nak kene pegi tgk jugak niiii!

17/12/13

hahaha..budak budak fara.. first time saya bawak anak anak pergi wayang, damia berak dalam panggung.. hahaha!

17/12/13

aydin behave tak dalam panggung? ingat nak bawak anak tengok wayang tapi takut diorang bising~~haha~

17/12/13

Assalamualaikum Fara

boleh belakun tu
macam2 gaya dia boleh buat...he he

pandai aydin, dia nak buat gaya soh mommy amik gamba ya. :D

saya ni LOTR pun tak tengok lagi..

17/12/13

LAMA TAK TENGOK WAYANG.. SYUKURLAH SAYA BUKAN MOVIE MANIAC.. :)

Tanpa Nama
17/12/13

mmg best kan... sempat lagi tu hehehe

Tak jadi dating berdua yer...hehehe...Saya pon klo jln tak bawak anak rasa lain jer.

17/12/13

suami farah mcm suami saya..tak boleh berenggang dengan anak. sekejap pun tak boleh. tak sampai hati. jd masa dating sgtla terhad.. masa lunch hour aje..huhu

amboi dia punya gaya tuh....aisey..lama x tengok wayang la...

mcm menggelupur je aku rasa nak tgk the hobbits ni sbb ada legolas. tapi yg first dulu pon aku tak tengok lagi. kena tgk yg first dulu la sebelum beralih gi tgk 3D kat wayang. cencadangnya nak gi tgk on Christmas ni sensorang. Sbb mohd azrul tu kerja halfday jugek la on kismes.

Catat Ulasan