12/12/13

homemade mushroom soup and the crouton!

Tajuk gempak, kan? Saja je bikin boom. Heheheh....pagi semalam, jalan-jalan Tesco. Niat cuma nak beli pisang cavendish (murah). Tapi melencong sampai ke section makanan dalam tin. Ternampaklah produk-produk Campbells. Tangan ni dah capai mushroom soup. Tapi fikir balik, baik buat sendiri. Bukan susah pun. Terus ke tempat sayur segar, cari cendawan. Pastu pergi ke bakery, beli baguette. Nak jodohkan dengan sup cendawan! Yummeh!


Bahan-bahan
250g cendawan tiram
1 liter susu (saya guna low fat milk)
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 ulas bawang putih (cincang halus)
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar butter
1 cawan air

Panaskan butter. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai layu dan berkaramel. Masukkan cendawan. Kacau rata dan biarkan layu bersama dengan bawang tadi. Masukkan tepung gandum. Kacau rata. Kalau bergentel, jangan risau dan sila abaikan. Masukkan setengah liter susu dan 1 cawan air. Perlahankan api dan biarkan ia mereneh perlahan. Habis 15 minit, tutup api. Angkat sup dan blend hingga hancur dan tekstur menjadi smooth. Keluarkan semula dan masukkan kembali ke dalam periuk. Habiskan balance susu tadi. Kacau rata dan biarkan mereneh perlahan dengan api minimum. Perisakan dengan garam.

Untuk crouton, bakar baguette (potong nipis) dalam 10 minit. Kalau suka, boleh sapu garlic spread. Saya buat sendiri je. Salted butter campur bawang putih tumbuk halus dan mixed herb. Buat garlic bread pun sedap. Cara yang sama cuma panaskan roti je then sapu garlic spread. Makan panas-panas. Peh~

Resipi saya simple dan murah je. Ada resipi, guna heavy cream. Terpulang pada taste masing-masing. Kalau nak balance-kan lagi rasanya, boleh perah lemon sikit.

Ada sesiapa nak semangkuk? Jap lagi saya emailkan! Heee~

20 comments

12/12/13

nak lagi creamy taburkan parmesan cheese dalam soup.. perghh.. lapo la hujan2 begini..

Yum yum. Makan tengah hujan ni syokla.. seronoklah Aydin makan tu ye..air tangan mommy dia..

Nakkkk...tapi tak nak email. Nak yag betul punya ☺☺

Nampak sedap lah mommy. Selalu pakai yg peket tu jer.

12/12/13

terernya faraaa...tak pernh lg try buat..huhu

12/12/13

Assalamualaikum Fara

saya angkat tangan sekarang
tanda hendak mushroom

Tengoklah Aydin... Mommy Aydin nakal kan... kalau boleh email soup tu memang auntie dah mintak semangkuk:)

eeeeee....jahat tau..terus akak lapar balik ni..

12/12/13

Terliur time sejuk2 hujan2 nieh.... yg penting rajin, klu x tebuk tin maa

12/12/13

Orait emel dua mangkuk... one for me, one for yahoo he he.. lama tak buat ni..

12/12/13

bagus idea fara..buat sendiri..acik memang selalu beli yang dah diap je..tak pernah pulak cari resepi..rupanya guna susu segar ye..terima kasih fara..

12/12/13

makan pada musim hujan nih memang sodap...

12/12/13

Berbaloi buat sendiri kan..
Kot makan kat restoren...paling cikai pun kena RM5 sepinggan...hahaha

Sy smpn resepi dlu...nnti nak try...selalu beli yg dlm pek kecik tu je...yg segera tu...;-)

x nak antar pkai email...nak real pnya...hik3...

13/12/13

SELERA MAT SALEH NI.. HEHEHE

SAYA TAK GEMAR MAKAN SUP CENDAWAN..

13/12/13

wow senangny aresipi akk.nt nk buat lah.princess boleh makan ni.dia suka mushroom soup ni.

nakk...nakkk... email kat saya jugak semangkuk... ehehee...

memang ngam makan soup ni time ujan. dulu masa banjir kat kampung, waktu tu belum keja lagi... dok makan Campbell soup ni la. Perisa ayam dan jagung... syok betul sejuk2 makan sup. time tu kurus. makan sup ni je dah cukup kenyang. skrg cuba bg makan ni. 4 tin baru cukup hehe.

salam farah...memang terbaikkkkkkk lah soup ne....tak pernah buat biasa beli dah siapp...

15/12/13

wOw wEEEE! pos ke wangsa maju, boleh?

16/12/13

dapnya farah.. ;)

Tanpa Nama
17/12/13

mmg sedap even sedikit berbeza dgn my resepi .. leh cuba ni tq !

Catat Ulasan