Pakar roti atau sesiapa saja yang rajin membaca dan memasak, sure familiar dengan water roux. Bahan rahsia untuk menjadikan roti super elastic, fluffy dan lembut. Fungsi water roux dalam pembuatan roti adalah; Water roux memerangkap kelembapan dan menjadikan roti lembut walau lebih dari sehari. Wah! Macam expert gituhh. Sebenarnya, saya dapat info dari Google. Heee~
Water roux adalah pengganti kepada bread softener/bread improver. Kalau ikutkan, nak letak boleh. Tak letak pun, tak apa. Option je semata. Pembuatan roti atau bun lembut sebenarnya sangat famous kat rantau Asia. Kalau di Eropah atau mana-mana yang luar dari Asia, tekstur roti mereka lebih padat, elastik dan berkerak. Bersesuaian dengan cara pemakanan mereka seperti sandwic.
Semalam, saya praktikkan penggunaan water roux dalam resipi roti bun. Result; Lembut dan kenyal. Macam buatan kilang. Bukan nak puji diri-sendiri ya tapi saya puji pada kaedah water roux sebab ini kali pertama saya bikin roti guna kaedah semulajadi macam ni. Haa~ Benda dah ketinggalan zaman tapi saya baru terhegeh-hegeh nak buat latihan amali. Hehehe! Nak bikin water roux pun, tak susah. Saya gunakan nisbah 1:5;
Water Roux
30g tepung gandum
150ml air
Masak sampai bahan jadi kental dan pekat. Tutup api dan sejukkan water roux hingga pada suhu bilik. Kemudian, boleh terus digunakan atau simpan dalam peti sejuk. Bila nak guna, pastikan water roux dalam keadaan suhu bilik.
Kualiti gambar tak memuaskan. Moga nampaklah tekstur roti yang gebu, lembut dan kenyal gituhhh! |
12 comments
amboi. lately ni asyik hapdet aktiviti masak memasak mak buyung nih...
thanks utk ilmu nih.
boleh prektik on my weekend kitchen.
:)
fes time dengar... nampak sgt tak suka masak...hhee roti tu nampak gebu...
Kakak semalam pun buat roti tapi kakak buat garlic bread dan guna bread improver tak pernah buat water roux ini lagi. Lain kali kakak boleh cuba...
1st time dgr kot. Sbb tak pernah buat roti ☺☺
Tapi roti tu nampak macam roti kedai lah.
Nampak sgt saya ni tak mahir memasak..tak tau pun kaedah ni.
roti tu mmg mcm kat kedai bakery, jadik!
Nampak sgt saya ni tak mahir memasak..tak tau pun kaedah ni.
roti tu mmg mcm kat kedai bakery, jadik!
TU DIA... CHEF FARA DAH MENGAJAR CARA BUAT ROTI YANG SEDAP.. :)
boleh try ni
part masak ni yang den lomah ni.. hehehe..
nampak cantik tekstur rotinya.. guna tepung roti ke..?(sbb biasanya sy guna gandum saja) berderai2 tak..?
nak try campur water roux la pasni..
xpaham lah kak.
hebatnya fara..bestnya kalau saya pun pandai wat roti camni..