5/12/13

pray for kuantan (dan mangsa-mangsa banjir lain)

Life must go on. Kita bersedih dengan mangsa banjir Pahang, Terengganu dan Johor. Tapi nak tak nak, kita yang bukan mangsa banjir ni kena teruskan rutin dengan pagi pergi kerja, malam pulang reban. Cuma terkilannya bila bantuan dari kerajaan pusat agak lambat dari kebiasaan. Sampaikan mereka terpaksa buat confession dalam Buletin Utama. Apakah? Saya tahu, tak ada benda dalam dunia ni adalah sempurna. Tapi berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Macam mana rasanya bila rumah ranap ditenggelami banjir, hilang tempat berlindung, harta-benda hampir keseluruhan musnah dan tak ada bekalan elektrik? Pusat perpindahan pula overload!

Di PWTC nun. Ada perhimpunan besar-besaran. Berucap sambil menyanyi dan berpuisi. Ahli-ahli yang menadah telinga, bertepuk sorak-sorai gembira. Bukan sebab saya dengki ya tapi eloklah sesiapa yang bergelar YB tu, bawa-bawalah melawat rakyat yang sedang dalam kesusahan ni. Menang atau kalah (PRU 13) - tolaklah tepi kalau nak dapatkan kepercayaan kami. Jangan fikir tentang poket masing-masing.

P/S: Boleh kata tiap-tiap tahun, Batu Pahat banjir. Adik bongsu saya selalu cerita tentang sekolahnya yang selalu dinaiki air setiap kali musim tengkujuh. Mujur tahun ni, musim tengkujuh tak berselisih dengan musim persekolahan. Teringat tahun 2006-2007 dulu. Johor dilanda banjir besar. Sampaikan Batu Pahat pernah terputus jalan dek tenggelam dengan bah. Haih! Kerisauan dah ni.  



14 comments

5/12/13

SEMOGA KEADAAN SEGERA PULIH SEPERTI SEDIA KALA..

5/12/13

semoga mereka semua tabah dgn ujian ni..takmo komen bab yb..terlalu menyakitkan hati...

'Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu'

Simpati dgn nasib2 mangsa banjir. Kesian kat org2 tua dan anak2 kecil.

Hasbunallah wani'mal wakeel .

Ya Allah, lindungi la mereka yang mengalami banjir..aminn

Hurm.. sakit hatilah dengan pemimpin hipokrit ni. Tunggulah kempen pilihanraya nanti baru tau nk turun padang, ringan kan beban sana sini. Sekarang?

tak taulah kalo ada yg masih buta hati menilai. *sigh*

YB YB berseronokkkk kat pwtc..pffttt!!

Sekarang Batu Pahat pun banjir juga Fara tapi taklah bah macam Kuantan tu. Banyak rumah dimasuki air tapi tak pindah pun setakat buku lali..

Sibuk bersidang rakyat marhaen yg merana...

ada org yg marah bila banjir ni dikaitkan dgn politik perhimpunan umno. katanya wakil rakyat pkr pula buat apa, memandangkan kuantan adalah kawasan pkr. tapi... haihh... payah la nak bercakap dgn org camni. bagi saya, nak berhimpun tu himpun la sampai ke ceroh pun, tapi.... tolong la utamakan yg lebih utama.

5/12/13

Kan kan...
the no one lady in malaysia siap berkaroke lagu endon..dont play play (sumber dr FB)

Betul kan kas kas dan poppy seed benda yg sama ye? Tp mana nak cari poppy seed kaler hitam gelab tu? Herrrmmmm

5/12/13

Kecewa rasa bila tenguk berita asik pasal perhimpunan..mcm tkde 'rasa'pada nasib mngsa banjir..

sama-samalah kita berdoa semoga banjir cepat surut...insyaallah...

Assalam sweetie

Ya lah kan simpati sangat2.. semoga Allah segerakan bantuan dan permudahkan segala urusan mrk

Moga mereka yang terlibat dengan banjir tu kuat semangat dan tak mudah putus asa. Dari rakan office saya pun ada yang ke sana menghulurkan sumbangan tanpa melalui mana2 YB..
Kita yang hadap hujan tanpa banjir ni pun risau.. apatah lagi mereka..

Part YB tu malas nak komen.. bikin panas hati..

9/12/13

Saya malas nak komen pasal banjir ni...ada org sentap kata 'mempolitikkan baanjir'....Tapi saya kata " awak sebagai pemerintah,itu tanggungjawab awak...bukan sibuk bersidang"

Catat Ulasan