24/12/13

rider oh rider

Pagi tadi, hujan lebat. Ramai yang masuk kerja lewat. Nasib baik, saya sampai ngam-ngam waktu masuk ofis. LDP lengang cuma susur keluar ke Kampung Chempaka yang tak sudah jammed. Sampai la ni, tak susut-susut kereta.

Disebabkan hujan pagi, saya kerah Nizam bawa Harimau Kumbang ke tempat kerja. Gila apa masih nak ride motor dalam keadaan hujan kasar? Sambil-sambil tu, boleh hantar saya ke ofis. Selamat dari drive sendiri. Heee~ Oh, sebenarnya 'hantar saya ke ofis' tu bukan main reason kenapa saya insist minta dia drive ke tempat kerja. Firstly, saya tak nak dia berlengas dengan baju basah. Kedua, keselamatan. LDP bukan jalan yang selamat apatah lagi hujan untuk para rider.

Frankly speaking, sejak jadi witness pada kejadian accident motor (bukan sekali tapi berkali-kali). Hati saya tak pernah stop kerisauan. Kalau dulu, hujan tak hujan saya suruh Nizam redah je. Lagi-lagi time balik kerja. Kalau boleh, nak suruh Nizam sampai rumah awal. Kejam, kan? Masa tu, saya bodoh-bodoh alang lagi tentang realiti rider motor kat Lembah Klang ni. Sekarang, terbalik! Kalau hujan petang dan Nizam pulang awal, mendapatlah bebelan. Risau oh! Kalau jadi apa-apa, tak ke gila jadinya? Astaghfirullah~ Jauhkanlah. 

Weekend lepas di LDP, ada sebijik motor dok mencilok ke celah-celah kereta. Dahlah membonceng orang, bunyi ekzos memekak pulak. Ride motor macam orang mabuk todi. Konon tunjuk power dengan driver. Apa ingat ni sarkas ke? Agak-agak, ada akibat tak? Maaflah kalau saya terlanjur mengata tapi itulah sikap sesetengah rider yang tak sedar diri yang nyawa tu kat hujung-hujung tanduk. Dah tahu malang tu tak berbau, tungganglah berhati-hati. Bukan ikutkan hati! Tak lama lepas adegan tunjuk power, maka berlakulah klimaks kejadian; Motor sama motor bertembung. Saya tak nampak macam mana rupanya mereka terlambung sebab asap tebal berkepul. Cover mata empat saya. Sedar-sedar je, kawan yang membonceng dah bersujud dengan tangan terkulai. Tak daya nak bangun dan mata terpejam sambil mulut mengaduh (tengok rupa memang tahu sangat tengah menahan sakit). Bayangkan, muka tersembam atas jalan tar? Entah apa lagi yang patah riuk, Wallahualam! Dua lagi penunggang walau dalam keadaan sakit tapi masih gagah bangunkan diri dan saling salah-menyalahi (boleh nampak cara mereka membebel antara satu sama lain). Motor masing-masing? Hancur! 

Seriau! Itu jelah reaksi saya. Terbawa-bawa sampai ke rumah. Mulalah teringat accident motor yang paling berkesan dalam jiwa: Rider yang hancur badan dengan darah penuh di jalan Federal Highway. Saya syak, mungkin dia kena gilis dengan kereta atau lori. Pheww! Macam mana nak komen ya? Saya akui, laluan motor di Federal Highway pun tak selamat mana tapi beribu-ribu kali tak selamat juga kalau menunggang di luar laluan motor. Dilema, kan? Memang dilema! Saya pun ada experience pergi kerja naik motor (bonceng). Dari Federal ke LDP. Tahu sangatlah seramnya macam mana. Oh! 

Mohon berhati-hati pada kawan blogger yang ride motor ke tempat kerja. Jangan suka cilok-cilok. At the same time, jangan bawak lembab jugak sebab sama bahayanya. Kena ikut flow. Apa yang penting, ride motor pun kena matang ya? Eh? Dah berapa kali saya dok membebel pasal motor ni eh? Mmmm....

17 comments

saya pengguna tegar highway sbn-subang-sbn. tahun 2013 nak kata sebulan mesti sekali saya tengok eksiden depan mata, kalau rezeki dapat tgk orang mati tegolek kat atas jalan. :)

paling latest hari jumaat lepas sebelom bukit saujana, rider mati langgar belakang lori. masa lalu dah terbaring, kepala dah bertutup surat khabar. kesian....

highway elite ni bahaya utk pembawa motor, sebab jalan lurus, sume laju laju belaka, especially lorry gedabak gedabak tu, ikot suka dan dia nak mencilok lane tengah lane kanan masok balik lane kiri. yang kesian kat penunggang motor kena himpit. termasok pemandu kereta comel macam saya. geram!

24/12/13

setuju fara.. kami eksiden sekali, terus agak trauma nak bermotor.. suami saya hantar ke tempat kerja ulang alik sbb kami ada satu je kereta..

Risiko ride motor sangatlah tinggi di tempat kita Fara.

Itulah sebab bila anak kakak nak ambil driving licence kakak tak mahu dia ambil lesen motor tapi abang dah register dua-dua. Kakak takutlah Fara... Kalau boleh tak mahu dia ride motor. Biarlah kereta tak apa rumah pun banyak kereta pilih ajelah satu mana nak...

Dah lama tak merempit ngan hubby sejak drive sendiri gi office nih. Masa pregnant anak 1st, dari 1st trimester sampai lah dah sarat. Masih merempit lagi tau.

samalah..kat bangi ni ujan lebat subuh tadi. suami naik tren, jadi taklah risau sgt hati ni. Kalau dia drive mmg sgt2 risau.

24/12/13

SAYA TAKDE MOTOR.. DULU ADA TAPI DAH JUAL.. KALAU PINJAM MOTOR KAWAN, SAYA MESTI MACAM TAK BIASA.. KEKOK. SEBAB JARANG NAIK MOTOR.. TAPI DALAM HATI SAYA ADA IMPIAN NAK BELI MOTOR BESAU SATU HARI NANTI.. ENTAH BILA BOLEH BELI.. :P

24/12/13

Assalamualaikum Fara

kalau nak diikutkan memang nak pandu kerta ke tempat kerja..tapi masa pula..naik motor 20 minit..naik kereta 1 jam lebih

24/12/13

mmg bahaya, aku penah jatuh motor zaman remaja, kat jalan besar tu.
sib baik x cedera teruk, dahlah x de lesen

musim hujan lg bahaya utk motor.keta pun sama.sbb jalan licin

baca doa setiap kali naik kenderaan...semuga kita dijauhkan dr bahaya kenderaan..

lewat gak masuk kerja pagi tadi.

24/12/13

so far sy penah nmpk 2 3 kali rider ni tergolek kak.berdarah pon ada,menggeletar 1 badan.mmg takut.hujan2 ni pon sy harap dorg dpt lah bawak slow2.syg lah org yg menyangi anda.hmmm~

Tanpa Nama
24/12/13

ingatan juga kepada para pemandu, jangan lepas geram pada penunggang. bukan semua mereka tu tak sayang nyawa...

25/12/13

Sejak mula berkereta, saya dah fobia nak naik motor. Wife saya sendiri tak benarkan saya naik motor. Minat saya pada Harley Davidson pun, saya pendamkan, waima duit dah cukup nak beli sekalipun, saya tetap tak berani nak naik motor di Malaysia. Jalanraya di Malaysia sangat tak selamat. Masing masing tunjuk lagak, tunjuk kuasa.

25/12/13

yang penting hormat kat pemandu lain. kalau jadi macam tu, mungkin salah satu doa orang yang sakit hati dengan perbuatannya dimakbulkan Allah. tak pasal2 terjungkang..

25/12/13

Cerita bab motor ni akak memnag sgt risau sebab dua2 hero kat rumah ni bermotor..yg abg dah ada lesen, adik belum..ada lesen bukan bermakna selamat...hanya berdoa tiap2 kali diaorg keluar bermotor..

25/12/13

No wonder Mami aku tak kasi aku belajar motor. Huuu..


p/s: BTW thanks for the advice. :D

Kan..kita rasa seriau...tp x tau la diaorng...tu lah...demi mencari rezeki...tempuh juga la kan...

Ke perasaan sebab pembawaan..? sy masa preggy anak no.4 thun lepas...mmg x berani sngt bila asben bwak keta lelaju...+ kalau ada lori2 besar lalu sebelah keta...perasaan masa tu...x tau nak ckp camne...serammmm je manjang...tu msa preggy la...skrng normal dah...:)

Catat Ulasan