23/12/13

roti bun lembut

Semalam, saya gigih menguli roti. Nizam sinis; Nak makan roti, beli jelah. Tak adventure betul laki aku ni. Nak cabar diri sendiri pun, tak boleh. Huhuhu~ Naik risau dia bila tengok saya dok menguli roti sampai 1 jam! Kalau ikutkan, saya menguli roti pun takdelah bersungguh-sungguh mana. Uli biasa-biasa je sambil tengok TV. Lebih pada leka tengok TV rasanya kot? Hahaha! Tapi Alhamdulillah. Roti saya menjadi walau tak sehebat mana. Saya sertakan resipi roti bun lembut yang simple untuk para beginner. Inshaa-Allah, pasti jadi. Bak kata Anna Olson; Buat roti, senang je. Cuma satu, kena bersabar. Kalau tak sabar, roti takkan menjadi. Jeng! Jeng! Jeng!

Roti Bun Lembut

A
500g tepung berprotein tinggi
100g gula
50g susu tepung
11g yis segera
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil water roux (option)
1 sudu kecil bread softener (option)

B
250ml air
1 biji telur (pukul sikit)

C
100g mentega

Gaul semua bahan A hingga mesra. Masukkan bahan B. Uli hingga kental (Masa ni, adunan masih melekit). Kemudian, masukkan bahan C dan uli hingga doh menjadi licin. Cover doh yang sudah diuli dengan plastic wrap atau tuala lembab. Rehatkan ia selama 40-50 minit.

Habis 40-50 minit, doh akan naik hingga 2 kali ganda. Tumbuk doh dan uli sebentar. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian (saya dapat 8 biji bun saiz besar). Susun jarak-jarak atas dulang pembakar dan biarkan ia naik 2 kali ganda dari saiz sebenar.

Panaskan oven pada suhu 180 darjah Celcius selama 10 minit. Sambil tu, sapu telur ke atas permukaan roti dan taburkan apa saja yang kita suka (saya tabur bijan hitam). Sebaik oven ready, spray air pada atas roti dan cover dengan kertas minyak (untuk mengelak permukaan atas menjadi hitam). Bakar selama 30 minit, ikut pada kesesuaian oven masing-masing.

Selain bun biasa, kita boleh pelbagaikan citarasa sendiri untuk menyedapkan lagi roti. Mungkin lilit pada sosej. Atau isikan dengan inti. Boleh juga toreh atas doh dengan pisau, sapukan dengan mayonis dan taburkan daun bawang yang dihiris. 

Baru keluar dari oven.
Roti baru masak, baunya....fuh!

Tengok gaya amatur bikin roti sosej. Buwokkkk!

Kejadian yang tak berapa nak sempurna. Hahahah~

Ok. Ada sesiapa nak join kelab roti amatur? Hahahaha~

16 comments

Wah..rajinnya fara.. tgk roti ni pun dah tahu rasanya sedap.. mood nak masak ye.. mesti baby pun akan rajin macam mama dia ni...

As-salam fara..

wah.. kagum akak.. sejak dulu akak mmg kagum dengan org yang boleh buat roti sebab akak tahu akak tak sabar nak membuatnya sendiri he..he.. tahniah ya!

fuhhh kalau awak amatur, saya plak adik kpd amatur sebab sekali pun tak pernah menguli hahaha bab2 menguli serah pada si tangan gagah perkasa hehehe

memang nampak gebu gila fara.. nanti saya nak try jugak la guna water roux.. waa.. rindunya nak menguli.. saya suka menguli ngadap tv.. tak sedar dah lembut kan.. hehe..

x pernah try lg wat roti.

Wah...nampak cantik jer roti2 ni fara. Dah bley amik order ni ☺☺

23/12/13

nanti saya PM awak ye.. nak gak buat roti sendiri.. ;)
semangat hujung tahun..

Cakap kat Nizam .." biarlah i uli sendiri roti ni...selain lebih menjimatkan wang...ianya confirmed halal & toyyiban...selain dpt mengeratkan hubungan kita...maklumlah, u makan hasil air tangan i"...

Sure Nizam insaf...

Kah kah kah

Alahaiiii rajin nyer mak yong ni!serius kagum ni..!

23/12/13

Kira cantik le tu...akak memang tak sabar.

wow. gebuuu.

roti awak ni dah menggoda saya. nak jual tak? :D

23/12/13

Aku suka roti. Tapi tak pandai buat. Puding roti je aku tahu. :D

24/12/13

nampak sedap sangat ni..dah boleh start bisnes roti ni..he he

24/12/13

rajin ngko noks. boleh bukak kedai ni. bagus baguss...

tiap pagi aku dukung qausar masuk kete, tapi tiap pagi dia bangun sendiri dari bilik ke ruang tamu. daddy dia ajar mcm tu... mudah2an time sekolah sesok dia senang nak bgn pagi jugak. hehehe

kadang kalu dia liat benar, aku dukung jugak dari dalam bilik. kebanyakak daddy dia panggil nama terus dia bangun noks.

waaaah weeee.... ni ala ala roti the loaf gayanya... konferm sedap.. slllrruuppp

Catat Ulasan