Hari ni, 7 Januari. Hari tua Nizam. Satu-satunya hari di mana kami sebaya. Hahahaha~ Unfortunately, hari tua Nizam jatuh pada weekdays. Tak ada sambutan. Tapi saya tahu, dia tak mengharap apa-apa pun. Kecuali, ingatan dan ucapan. Pagi tadi, konon nak wish depan-depan mata. Tapi, pagi weekdays? Apa yang kita boleh expect? Siapkan breakfast. Siapkan bekal. Siapkan dan pujuk anak yang cranky tiap-tiap pagi? Dalam-dalam hectic, tiba-tiba nak wish birthday? Apa kau rasa? Tapi tak apa. Saya dah pun selamat SMS ucapan hari tua pada dia.
Ok. Cukup-cukuplah cerita tentang laki sendiri. Sebenarnya saya nak bercerita tentang kisah benar seorang atok yang gigih menyekolahkan dua orang cucunya dengan duit syiling yang dah jadi viral di internet. Ini kisah sedih tau. Nak-nak bila mak buyung yang membacanya. Hati ni dah macam kena hurung semut. Luruh dan rengsa. Apalagi bila tatap muka 2 orang cucunya yang nampak happy sangat bila dapat pergi ke sekolah. Ouh! Kita rasa kita susah. Tapi, masih ada yang lagi susah. Tapi susah-susah mereka, masih gigih meneruskan kelangsungan hidup.
Frankly speaking, saya respect dengan atok ni. Walaupun susah tapi demi pendidikan dan tak mahu cucu-cucunya tercicir belajar, dia tak hiraukan apa jua keadaan. Syiling pun, syilinglah. Janji, berbayar walau tak cukup. Dan saya respect pada cikgu-cikgu di sekolah agama tu yang membantu dan meleretkan kisah sedih ni pada tatapan umum. At least, ada inisiatif untuk membantu 2 beradik ni.
Beban dan susah, kan? Tapi 'kita-kita' je yang merasa sebab masih ada Malaysian yang ok dengan situasi sebegini. Selalunya, orang yang ok dengan situasi sebegini adalah orang yang apathy dan pentingkan diri sendiri. Janji, mereka anak-beranak hidup senang. Orang lain susah, mereka peduli apa? Tapi bila orang susah merungut, mereka geleng kepala tak suka.
Sebenarnya, kami pun terheret sama dengan kesusahan orang lain. Adakala, kami pun sesak dan terdesak. Of cos-lah kami tuntut apa yang patut kami dapat, kan? Tapi bila sampai masa nak chase payment, Hamba Allah tu akan buka cerita sedih. Wallahualam. Kami harap alasan Hamba Allah tu benar-benar belaka. Bayangkan, sampai sekarang anak-anaknya masih belum didaftarkan ke sekolah. Macam mana tu? Entahlah. Kami malas nak assume apa-apa. Allah Maha Pemurah. Kami susah tapi kami kena fikir, masih ada lagi yang lebih susah dari kami. Tapi bila kami dah berfikir macam ni, janganlah ada yang nak amek kesempatan menzalimi kami semua dengan menambah beban kami demi poket sendiri! Adoi! Tegar betul-lah korang ni!
14 comments
Sedih sgt baca kisah atuk tu. Dah lah sakit.
Happy birthday to Nizam.
Kalau tiba birthday ahli keluarga ( wife, anak, mak , ayah, siblings)..mmg fesyen kami akan awal awal masuk aja jam 12 am, terus wish!! hahahaha
2014 mmg penuh cabaran ekonomi
Kan..Saya pun sedih tapi nampak wajah yang ceria pada cucunya nak terus belajar..Kisah dan cerita ini pada zaman sekarang betul2 bukak mata kita untuk terus hidup walaupun tak seadanya..Kalaupun kita susah ada lagi yang lebih susah dari kita, dan kalau ada rezeki lebih sama2 la kita sumbang pada mereka yang memerlukan yea..
orang2 pusat zakat tido!
wakil rakyat membuta!
...cuma tau berak bersepah lepas tu salahkan orang miskin yang pemalas nak kerja dan tingkatkan taraf hidup!
dah lama tak marah kat blog ni, hehehe..
~eh, nizam muda setahun eh? selamat hari ulang tahun kepada dia.
kadang2 tak faham dengan maksud pendidikan percuma.
lama dah tak xde adik @ anak sekolah. apa lagi yuran yg kena bayar sebenarnya? beli barang sekolah ke? ke apa? kiranya tak ada apa lah sebenarnya percuma.
dengar kwn yg sekolahkan anak, banyak nak kena pakai duit. huh..
ah
oh ada eh kak.xde lak kwn kwn sy share.hmm sedihnya.
oh,selamat hari lahir buat suami akk.masak special ke rini kak?
pilu hati lagi lagi tgk budak tu senyum je..
Ada baca kisah atok dan cucunya tu...pada sy...dia seorng atok yg hebat!!
Agak2 mnteri2 atas sana tau ke hidup rakyat dia mcm mna? ?? Ke hidupnya hari2 isap darah rakyat jek!!!
yang sedihnya ada jugak yg meragui kisah sedih atuk dan cucunya tu kan..
hmm..entah la fara..
sesusah mana pun saya. saya sematkan dalam diri saya. ada orang lain yg lebih susah dari saya. dan sekurangnya saya masih ada kudrat dan peluang untuk baiki hidup saya. yang penting kena rajin usaha..
tapi bila ada orang yg ambik kesempatan..saya mmg terasa hati.. tapi saya yakin, Allah sediakan lebih baik untuk saya..
Saya baca kisahnya kat fb, sebak tau!
Terbayang risaunya atok tu takde duit nk sekolahkan cucu. Syukur ramai yg bantu, sampai jem akaun ustazah tu.
sedih gak baca kisah atuk yg bayar pakai duit syiling tu. Bayangkan di zaman sekarang yang org lain boleh bayar rm150 untuk bil astro semata-mata untuk hiburan, tapi ada org lain yang nak bayar yuran skolah pun tak mampu. Huuuhuuu... Fara cemana? sihat ke? Baby dlm perut sihat?
susah kan nak hidup sekarang?
bagus Atok tuh demi cucu-cucunya yang tercinta...
SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN SEHARIAN KITA..