15/01/14

set ibu bersalin dan alkisah mak buyung

Hi, blog. Dah lama saya tak update awak, kan? Sejak-sejak masuk 3rd trimester ni, mood nak berblog terus merudum. Rasanya macam dah cecah ke negatif sifar gitu. Huhuhuhu~

Minggu ni kalau ikutkan kiraan saya, masuk 33 minggu. Tapi kalau ikut kiraan klinik, 31 minggu pulak. Mmmm, mana-mana jelah. Dulu masa mengandungkan Aydin pun, saya bersalin awal dari jangkaan klinik. Moga kali ni, baik-baik belaka.

Mengandung kali kedua ni, tak banyak sangat dugaan macam mengandungkan Aydin. Alhamdulillah, diabetes pun tak ada. Tapi saspek darah tinggi pulak sebab berat badan naik mendadak walaupun bacaan high blood pressure adalah normal. Tak pasal-pasal kena check tekanan darah dalam 2 kali seminggu. Just aware jelah. Susah sikit tak apa janji mommy dan baby sihat, kan?

Kami masih belum buat apa-apa preparation untuk 2nd baby. Cadangnya, nak terjah Maternity and Children Expo kat Mid Valley nanti. Frankly speaking, kami tak pernah ke mana-mana expo atau jualan gudang untuk mommy & baby. Bila dengar cerita kawan-kawan tentang betapa hectic-nya environment expo tu, terus rasa macam malas gila nak berasak-asak dalam keadaan memboyot macam ni. Tapi entah kenapa kali ni, Nizam excited nak survey-survey barang. Mana tau kot ada harga promosi, boleh grab (ceh, macam orang kaya!). Hehehehe~

Oh, sebenarnya saya nak tanya kawan-kawan tentang produk post natal (set pantang). Dulu masa bersalinkan Aydin, saya guna set ibu bersalin Ambar Kenanga. Saya suka sangat produk ni. Tak payah nak bertungku. Tak payah nak berpilis (tapi atas arahan mak bidan yang mengurut, saya tetap kena berpilis gak). Tak payah nak itu. Tak payah nak ini. Tapi hasilnya memang tip-top. Rahim cepat kecut. Mak bidan pun terkejut. Dalam seminggu, perut saya kempis macam sebelum mengandung. Proses detoks (membuang) pun konsisten dan lawas. Takde sembelit-sembelit bagai. Susu pun melimpah ruah. Memang best! Tapi cuma satu, set bersalin ni berasaskan jamu. Kita dok makan, Aydin pulak dapat kuning. Itulah satu-satunya cons bila konsum produk Ambar Kenanga. Bila kita stop makan, sembelit pun datang. Wah! Menderita betul! Stoplah kita makan mende alah tu sampai kuning Aydin hilang.

Gitulah ceritanya. Mana tau kot kawan-kawan ada experience konsum set bersalin yang bebas jamu tapi hasilnya tip-top. Rahim cepat kecut. Anak tak efek dengan apa yang kita guna atau makan. Mungkin Tanamera? Ok tak? Any suggestion?


15 comments

As-salam farah..

Alhamdulillah dah masuk 3rd trimester ya.. semoga mummy and baby sihat2 sentiasa.. mcm best aje product yang farah pakai last time tu.. akak ni dah tak ingat dah akak guna produk apa dulu he..he.. take care ya!

15/1/14

tak retila nak advise camner.. mana satu sebab x guna pun..dulu beli felisa tp last2 terabai gitu je..huhu..

15/1/14

uhukuhuk x de engalaman lagi ni..
p harap2 semuanya selamat ye =)

pengalaman saya makan tropical herbs. bukan jamu..so anak kuning pun okay.tapi dia mmg ada pilis bagai tu lah..hehe.. boleh baca review saya kat blog (tab yg atas header)

otherwise..maybe boleh try consume supplementation.. masa anak 1st saya czer..so makan supplement je..takde beria berbarut bagai..zaman tu saya makan nutrilite..

15/1/14

anak pertama pakai amway
sbb member duk kempen
anak ke 2. jamu apa tah beli kat famasi
anak ke3 makan jamu makcik aku buat
x kisah jamu apa pun
asalkan jgn ngelat :)

dulu husband beli yang mak bidan kat kg buat.
makan lepas anak bebas kuning gak.. takut ada kesan kat baby. sabar je lah..yg penting bby sihat.
tp mak sampai sekarang perut kembung..hu

Memang pening klo nak pilih set berpantang nih. Tapi berdasarkan pengalaman *ibu3anak nih, saya suka set shaklee. Bukan sbb saya jual tau. Sebab memang berkesan & serasi dgn saya.

Pantang sendiri. Memang badan rasa cergas jer.

http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com/2012/09/berpantang-sendiri-bersama-set.html

assalam - kalau tak nak cuba jamu, mungkin boleh amik set bersalin/berpantang shaklee.

ada set basic, set medium dan premium. boleh pilih ikut bajet. Ibu sihat, ibu cergas...nak menyusukan babypun senang..insyaAllah...

boleh wassap zah kalau nak :) - 019-4142469

Ai fara... mmg dah lama saya tertunggu update blog ni.. dah terfikir yang Fara dah makin sarat, agknya tak sempat nak menulis.. jaga diri ya, dah tak lama sangat tu..

barang baby tak beli lagi> kena cepat tu, terberanak awal kan nanti, payah pula Nizam nak handle sorang2....

Aydin apa kabar? bakal bang Long dah ready nak terima ahli baru ke?

16/1/14

opss..takde suggestion dari saya. blm ada pengalaman.

tapi tang expo tu, kalau saya tak pegi kot..takut tak larat berasak.

16/1/14

Kakcik dulu ambil set Salindah. :)

Rasanya takde kesan pada bayi.

Saya ngelat tang makan ubat-ubatan nih, nak lagi jamu ke akar kayu ke..... Huuuuu tolak jaoh jaoh... So tak pernah langsung guna set set bersalin nih.

Yang saya amalkan hanya mandi air daun-daun, lebih kurang dalam seminggu bersalin, make sure urut sederet tiga hari dan bertungku, makan pil herba yg makbidan bagi dia buat sendiri dan bengkung 40hari itu sangat penting. Saya prefer bengkung yang panjang bejela lilit-lilit tu, sedap pakai.

Dan biasanya setiap pagi mak saya suwuh saya minom kopi.

set yang saya guna tetap ada jamu.. kena makan bagai.. set yang sejak dak Kakak.. cuma dak Nuha je tak berapa nak serasi dengan jamu tu.. 'set jamu air mancur'.

26/1/14

Dah lama tak singgah sini. Fara pun dah ada perkhabaran gembira. Tahniah.
Saya juga masih macam dulu. Nampaknya belum ada rezeki. Tak pe :-)

alhamdulah..sekejap aje rasanya farah mengandung dah 31 minggu..semoga sihat sentiasa...kak ita tak pernah ada set bersalin untuk semua anak..kak ita cuma minum air manjakani ,yg orinya ketuk-ketuk dan rendam..memang kelat sesangat,masa oprit tu makan pati ikan haruan..bila dah 2 bulan tu makan air gamat tu aje...masak lebihkan halia dan lada hitam..dan yg penting air suam minum banyak..tu aje..setakan 4 anak ne alhamdulilah tak ada masalah apa-apa...kak ita makan sayur dan buah juga....dan tak ada masalah sembelit....

Catat Ulasan