Weekend lepas adalah minggu pizza serumah! Heheheh~ Dah lama plan nak buat pizza. Tapi asyik tak jadi. Nasib baik, aura rajin datang tiba-tiba. Petang Sabtu lepas, saya dah start menguli. Malam tu jugak, kami kenduri. Saya buat dalam setengah kilo tepung. Dapat 2 keping pizza saiz besar, topping sambal ikan bilis dan hawaiian chicken. Kelas gituhhh! Tapi makannya cuma 2 orang. Aydin pulak bukan pemakan roti. Dia request nasi lauk ikan goreng dan sambal. Pehh! Sudahnya, kami menghadap pizza 2 hari 2 malam. Adeh~
Hawaiian chicken |
Sambal ikan bilis |
Makan berdua, luaknya tak banyak mana. Tapi masih boleh tahan juga sebabnya, perut kami persis stokin. Kecik tapi boleh memeri. Hahahahah~ |
Pizza ni kiranya hadiah saya untuk Nizam sempena birthday-nya. Tak bakar kek pun sebab tahu dah, dalam rumah ni kalau kek memang payah nak jalan. Malas nak penuhkan fridge. Maka, pizza jelah kita ya? Heheheh~ Overall budget untuk homemade pizza cuma RM20 + tenaga yang keluarnya tak banyak mana.
DOH PIZZA
500 gm tepung gandum (all-purpose)
11gm yis
250ml air
1 sudu teh garam
100gm gula
4 sudu teh minyak zaitun + sedikit untuk pemeraman
Satukan tepung. yis. garam dan gula. Masukkan air. Uli hingga sebati. Tuangkan minyak zaitun. Uli lagi hingga doh tidak melekat di tangan. Rehat doh di dalam mangkuk besar (yang telah disapu minyak zaitun). Lumurkan doh dengan beberapa titis minyak zaitun. Balut mangkuk dengan plastic wrapper. Biarkan dalam sejam.
Habis sejam, tumbuk doh dan uli sebentar. Gelek doh hingga nipis (ikut suka nipis mana). Taburkan topping, ikut citarasa masing-masing.
34 comments
hadiah yg sgt2 b'baloi!
ahkak pun suka buat pijah sendiri..senang skit berapa kilo chese nak tabur pun boles...
tadi mlm saya mkn pizza gak. tapi yg tak payah uli/doh..saya guna 'wraps'. Kira mkn pizza nipis garing la ni.
Sesuai utk org malas uli mcm saya..hehe
Rajin dan gigih mak buyung menguli ye. Oh... Aydin tak tahu lagi nikmat mama buat pizza. Kalau auntie dah tak toleh lain nampak pizza mama Aydin yg special tu terus ngap:)
sambal ikan bilis? wow..mcm dominos ...mesti rasa pun sama
Rajinnya Fara.
Dak Sepet kat rumah tu pun tak boleh tak ada nasi.
nAMPAK SEDAp!!! :D
okeh, nak cube dis looonnng wiken!
ai copy paste pastu print.. bile nak buat? hehehe.. nantilah..
kalah pizza hut tu kan kan, mabeles lah farah :)
Hadiah hari jadi yang terbaik ni.. penuh dengan kasih sayang drp isteri...
Hoho, kek pengganti pizza.. good idea =). pizza mmg berkali2 ngap masuk mulut. tak muak. Cheese lebih pon lajuu ngap
dlm membuyung buyot masih rajin menguli tepung buat pizza ek...syabasssssss....
bravo!! ini yg buat rasa nak makan pizza ni. tapi beli je la. tak pandai nak buat ni.
amboi..dalam pada sarat sarat camtu sempat lagi awak menguli ya.. pizza tu nampak sedap gila hokeh.. waaa.. bila la husband saya nak redeem oven tu.. jelessss
SEBENARNYA PIZZA YANG BUAT SENDIRI DI RUMAH LEBIH SEDAP DARI YANG DIJUAL DI LUAR SANA..
Senang sangat buatnya. Tapi entah bila la nak mencuba. haha Tq resepi doh.
Subhanallah sedap nampaknya...hheee
wah nampak gebu lah pizza tuh , pasti sedap sehingga menjilat jari tuh...=)
Simple jer yer. Saya pon buat pizza, tapi pizza roti gardenia ☺☺
Assalamualaikum Fara
misti anak2 suka tu...bila ibunya rajin...
wow! mewah dengan topping.. yummy!
assalam,selamat berhujung minggu...
nampak cam senang jer nak buat roti pizza tu...
nanti nak try kalu rajin...terima kasih yer..
hI Fara.
Bestkan buat pizza. campak je apa yg ada stok kat umah.
Sya kalu buat pizza guna doh yg ready made cuma topping masak kat umah. Sebabnya kalu sya buat doh sendiri, kejadiannya tak berapa nk lembut..huhu
As-salam farah...sihat ke mak buyung ne..lama tak singgah sini..mcm-mcm ada..sedapnya pizza ne..ingat semalam nak buat ..lepas tu gi kedai yg biasa nak beli barang tutup lah...terpaksa di tangguhkan...
Amboi Fara, lawan tokey nampak?
Salam ziarah dari bunda...
Dah lama tak makan pizza...teringin pulak..
Pasti enak banget itu pizza bu..
Assalamualaikum Farah
ada buat piza lagi ke...
ape kabo agaknyer tuan blog nih :)
semakin menyepi.. jangan lupa terus kata laluan sudah.. ;)
mana pok amai2 ni. senyap je. kandungan sihat ke.
Hai fara.. lama menyepi ni. Dah bersalin ke belum ni? Semoga selamat semuanya..
Apa khabar pizzza tu agaknya sekarang.