4/07/14

breastfeed journey; dalam usaha mengekalkan momentum

Momentum sangat! Sedap jari menaip je tu.

Sudah 6 Ramadhan. Alhamdulillah! Berkat makan banyak dan sedap-sedap masa sahur dan iftar, Khadeeja tak putus bekalan susu badan. Walaupun production saya taklah melimpah ruah macam sesetengah mommies tapi at least dapat maintain, saya dah cukup lega. Sebelum puasa, cuak jugak tapi hati dok tanam kata boleh. Fiza yang petite tu boleh, lagilah pulak saya (tinggi besar ala-ala Heidi Klum gituhh!).

Saya tak biasa iftar dengan nasi portion besar. Dulu-dulu kalau makan nasi, ciput-ciput je. Kononlah take advantage masa bulan puasa, jaga badan katanya. Tapi la ni, jangan harap. Makan ciput, esok lusa susu boleh drop. Ouh! Tak rela. Maka dengan ini, marilah kita makan nasi lebih dari biasa. Dan hidrat, itu yang penting. Kalau makan, lauk mesti nak banyak. Kalau ikan kembung besar, mesti nak kena makan sekor setengah. Banyak tak banyaklah. Dah macam pelahap pun ada. Tapi itulah realiti. Saya kena ambil portion protein lebih dari biasa sebab itu yang buat susu banyak. Dahlah makan ikan sekor setengah, makan lagi tempe berkeping-keping. Pastu minum air soya 2,3 gelas. Hahahahah! Malam sikit, mulut dok mengunyah kurma berbiji-biji. Mulut ni dah tak boleh nak berhenti dari mengunyah. Time sahur pun macam tu. Kita tala nasi dulu. Pastu minum susu campur oat sambil mengunyah kurma.

Nasib baik perutku umpama stokin,. Dari kecik, boleh memeri jadi besar. Hahahahaha! Bab lapar, memang tak heran. Inshaa-Allah tak berasa. Cuma haus jelah. Bila menyusu badan ni, hausnya lebih dari biasa. Adoi! Masa mandi-mandi tu, tengok air meleleh pun dah tertelan-telan air liur. Macam mana tu? Dulu-dulu, taklah buruk perangai macam ni. Adoi! 

8 comments

4/7/14

aah...haus bukan mainnnn...huhuhu

Hah..sama la kita!makan macam membela padahal mencurah pada si manja..hehehee..

Hehehe...tersenyum² bila nama ku ittew. In shaa allah...mesti boleh. Yg penting sahur jgn skip makan. Saya klo pepagi memang kena makan nasi. Kalau tak memang tak menahan laparnya. Dan saya memang kuat makan ☺☺

Alhsmdulillah..Fara dah srlamat bersalin ye..dapat anak dara..sepasang la ye..abang mesti sayang adik

alhamdullilah...milk production cantik....Cuma some baby may experience mild constipation..sebab susu yg dihasilkan masa ibu tgh puasa, less water content...

Salam ramadhan sis

Memang rasa beruntung sangat kalau dapat breastfeed anak lama-lama. Sebab lebih bagus...tapi saya takdapat peluang macam tu. Hehehe

Haha.. betulla masa menyusu anak, memang dahaganya lain macam. Kalau bukan panas pula kita puasa ni, lagila terasa, org yang tak menyusu pun terasa kesan bahangnya...

Takpe, makan je sementara anak menyusu ni. Kesian kat baby kalau susu tak banyak .. tapi kagum juga saya dgr kisah makan fara ni. Hihi..takpe

Demi Khadeeja.. pasti berjaya lalui dengan tenang.. insyaAllah..

Catat Ulasan