28/08/14

ayam percik kak pah



Ayam percik Ganu, favorite saya sejak zaman kocik-kocik dulu. Heheheh~ Mak saya kalau buat nasi kerabu, dia mesti gandingkan dengan ayam percik ni. Ouh, sedapnya! Saya rasa bertuah sangat sebab ada darah Ganu. At least, saya familiar dan merasa masakan Terengganu yang sedap-sedap belaka. Hahahaha! Cumanya bila nak makan masakan Terengganu yang pure kat bandar Kuala Terengganu tu sendiri, saya rasa macam tak berapa nak syok sebab banyak yang dah fusion dan harga mahal pulak! Sobs! Nasib baik Mak agak expert dengan masakan Ganu. Maka, saya kena belajar dan khatam semua masakan favorite saya! Yummeh!

Ayam percik ni sebenarnya saya buat masa bulan puasa lepas. Baru sekarang nak post dalam blog. Betapa malasnya saya. Ouh! Ayam percik saya ni versi oven, bukan arang. Gigih keluar masuk oven semata nak dapat efek sama macam kualiti bakar arang. Hahahah! Firstly, rendam ayam dalam kuah percik. Kemudian bakar dalam 10 minit. Lepas tu, saya ulang benda yang sama sambil balik-balikkan ayam sampai masak. Sedapnya! Mehlah saya share resipi kuah percik Kak Pah, Mak saya yang gojes tu. Hehehehe!

Santan dari sebiji kelapa
10 tangkai cili kering
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 labu bawang besar
3 batang serai (titik)
Sedikit halba

Reneh semua bahan atas ni sampai pekat dan pecah minyak. Perisakan dengan garam dan gula perang. Siap! Dah boleh lumur-lumur atas ayam. Yummeh!


6 comments

nangis mimpi ayam percik kak pah T_T

Nampak sedap tu ayam percik ni.. Jom Kak Pah, kita kongsi niaga ayam percik.. mesti laku bak pisang panas ni..haha

Hadoiiii... rasa teringin la pulak... :)

as-salam fara..

nampak sedap sangat ni.. mmg telan2 liur akak tengok. Thank you ya berkongsi resepi ni.. boleh akak try buat ayam percik versi ganu jugak nnt..

Waaahhh.. terliur dah ni..

Tengs share recepy

30/8/14

KAK PAH... MACAM PANGGILAN AKAK IPAR SAYA.. :)

Catat Ulasan