Saya suka hari minggu. Bukan saya je tapi working mommies lain (dan working daddies jugak), of course! Bila balik kerja hari Isnin, saya rasa sedih. Bukan sedih sebab kena kerja hari Isnin tapi sedih bila terpaksa berpisah dengan anak-anak untuk 8 jam setiap hari selama 5 hari. Wow!
Dah jadi kebiasaan bila datang hari Ahad, Aydin mesti tanya saya: Esok mommy work? Bila saya jawab ya, dia mesti balas dengan; Alaaaaah! Automatik hati saya jadi sayu. Haihlah anak! Kalau bukan sebab tuntutan kehidupan zaman sekarang ni, mommy lebih rela jaga awak dan Khadeeja dari bekerja dan terpaksa berpisah dengan kamu semua. Sobs!
Sebenarnya, saya mulakan hari Isnin ni dengan perkhabaran yang tak begitu baik. Saya tak happy tapi saya mesti cari sesuatu untuk rasa happy! Bukan happy olok-olok tapi happy yang datang dari hati. Supaya mood saya baik sepanjang hari. Dan production susu saya tak terjejas dek sebab benda-benda bodoh. Saya nak dengar lagu-lagu Weezer dengan nada kuat. Saya nak mengadap blog kawan-kawan sampai saya rasa puas. Frankly speaking, saya kisah tapi saya tetap kena profesional walau hanya menjawat jawatan kuli. Walaupun saya dikurniakan bos yang tak profesional. Banyak bertindak mengikut emosi. Dan lebih gemar melayan staf yang suka mengipas dari observe perangai staf-staf sendiri.
Maaf kawan-kawan. Saya terpaksa luahkan apa yang terbuku dalam hati. Saya dah penat menyendiri dengan masalah-masalah remeh macam ni. Kalau saya dah ada Pok Amai-Amai, why not saya lepaskan dalam ni je. Kan? Argh!
12 comments
kadang kadang kan..rasa bersalah jugak sbb semakin kurang rasa ikhlas buat kerja.. walau pun saya bukan jenis merungut.. tapi jauh dalam hati ada perasaan mcm "ala.. aku buat elok2 pun orang tak hargai"
hujan2 begini terus teringat anak2 dan rumah.. lagi la dalam keadaan dah sarat ni.. T_T
luahkan je fara...moga kita dpt mood happy smp bila2 ek..
ohhh ur monday so moody huh?
daku layan radio dan layan hati je sementara nak tggu pukul 5!ohhoii lagi bape jam?
opss...jgn moody nanti susu drop...
Tak nak moody². Tak nak stress². Nanti susu kurang ☺
Luahkan lah mommy. Kami sedia membaca. Jangan disimpan.
Awak tau tak, boleh dikatakan setiap hari saya cakap dengan suami nak berenti kerja..If i can turn back time....
assalam fara..acik pun klau ada yang rasa tak senang..acik memang tulis ikut perasaan disini..lepas tu rasa lega
Kemon fara.
Stedy fara.
p.s. pantun baru ek? baru pasan.
Sekurang-kurangnya ada tempat nak bercerita..
Kita bukan sengaja nak membuka cerita tapi adakala kita terpaksa lakukan..
Sekurang-kurangnya ada tempat nak bercerita..
Kita bukan sengaja nak membuka cerita tapi adakala kita terpaksa lakukan..
itulah lumrah kehidupan kan fara,
akak pun mod tengah mendung je sejak 2 menjak ni
doa banyak2 moga kita hepi se hepi2 nya
Salam, rupanya Fara dah ada Khadeeja? Lama betul tak bw sampaikan kwn bersalin pun tak tau.
Akak pun moody juga ni, mcm2 hal skrg boleh buat kita moody, faktor umur pun ye juga. Stres dgn benda2 yg kita tak boleh luahkan dimana2..huh!
Bkn yg pegi keja je moody, saya yg dok rmh/kerja dari rmh pun kdg2 moody...rasa down. Layan blog mmg satu terapi. Hehee