20/11/14

apa ada pada 2015?


Menteri-menteri pun menggelabah saat nak menyambut kedatangan GST. Masing-masing dah sibuk proposed kenaikan elaun. Elaun petrol. Elaun makan. Elaun outstation. Elaun oversea. Elaun itu. Elaun ini.

Tol mungkin akan naik. Subsidi RON95 mungkin akan dihapuskan serta-merta. Subsidi beras mungkin akan ditarik juga. Harga rumah dan faedah juga akan naik. Meleret pada benda-benda lain. Makan. Minum. Pakai. Perubatan juga. 

Rakyat dikerah kerja lebih masa. Atau mungkin lebih dari satu kerja. Kami redha tapi setakat mana hidup boleh sentiasa tenang dengan kos sara hidup yang tinggi melainkan kalau kita tergolong dalam marhaen yang bergaji sehebat Prof. Dr. Muhaya? 

Mmmm....

9 comments

20/11/14

Sikit itu cukup.. Banyak diagih-agihkan..

20/11/14

Rasa nak mengalir airmata baca entry.. sedih sebab memikirkan adakah ada masa berkualiti dengan keluarga..

20/11/14

2015...yang paling penting...insyaAllah adik baby keluar..hrp semuanya dipermudahkan...

20/11/14

arrgghhh..GST...april

Susah kita ni Fara masih dpt makan juga walau terpaksa korek-korek, ada rumah sendiri. Yg takut akan dtg tu - lagi menakutkan kalau ginilah caranya macamana dgn Aydin dan Khadeeja kelak. Kakak selalu fikir anak-anak kakak yg memasing punya cita-cita punya tinggi menjulang. Si kakak ni ambil Law lagi 3 tahun setel, kerja ada ke? Belum lagi dua adiknya yg bersungguh betul kejar cita-cita... Allah... sesaknya Fara.

baca pun dah nak nangis!!elaun menteri kemain mencanak naik elaun rakyat menurun serta merta!perghhhh malaysia ku!!

hari depan yang menakutkan...

20/11/14

Saya sedang baca buku tentang SABAR tulisan Al Fadhil Ustaz Ismail Kamus...beliau terjemahkan hasil tulisan Dr Yusuf Qardawi..

Antara intipati nya ialah " Kesabaran dalam menghadapi ujian kesenangan, sebenarnya lebih susah dari kesabaran yg dituntut ketika kita sedang susah"

Maka letaklah diri kita sebagai rakyat marhein sebagai golongan yang susah, dan menteri2 yang mula nak elaun itu & ini sebagai golongan yang senang..

20/11/14

macam dia kata la..
buat la sambal ikan bilis ke..jual..boleh tampung belanja..
Idea dari wanita yang kerja nya hanya duduk atas kerusi pok pek pok pek.tapi duit masyuk..

Catat Ulasan