20/11/14

kurang ajar betul kedai mamak ni!

Kadang tu, saya geram dengan restoran mamak. Tauke tak ada apa-apa tapi pekerjanya pula yang lebih-lebih. Apa salahnya jaga hati pelanggan? Bukan pelanggan datang minta makan free. Kita bayar, kan?

Benda tu jadi dalam minggu ni. Entah kenapa, tekak ni teringin sangat nak makan roti canai. Bayangkan kulit luar crunchy tapi dalamnya berlapis-lapis gebu. Peh! Tapi roti canai mamak, apa kita boleh harapkan? Kalau masa panas, bolehlah makan. Cuba kalau dah sejuk, nak mengunyah pun seksa. Memikirkan roti canai mamak yang bila dah suam tu tak berapa nak ada passion bila makan, maka saya pun minta mamak buatkan roti baru. Perangai buruk mamak ni, suka sangat buat roti canai banyak-banyak lepas tu simpan dalam bekas termos. Kalau roti canai kau tu jenis lembut gebu, simpanlah kat luar pun memang aku tak kisah nak beli. Tapi roti kau bila dah suam sikit, mula rasa macam mengunyah chewing gum! Keras!

Tapi mamak ni refused nak buatkan roti canai baru. Dia nak juga hidangkan saya dengan roti canai suam-suam kuku. Memang saya pangkahlah. Mula-mula saya cakap baik-baik. Tak jalan. Siap potong cakap saya; Kalau nak baru, memang lambat! Tunggulah! Dengan muka berlagak dan kurang ajar. Boleh bayangkan tak macam mana? Nak kata ramai orang, adalah 2, 3 meja yang penuh. Lain-lain kosong. Lepas tu, mengumpat saya depan-depan dalam bahasa dia. Panas hati gua beb! Tak nak cakap banyak, saya terus cancel order. Lantak situ. Pagi-pagi kalau nak melayan perangai bodoh mamak-mamak sekalian, memang buat spoil mood je. Rugi satu hari saya nanti. Baik angkat kaki. Kita layan mamak lain. Lagi bagus. 

Apa pun, mamak Al Fariz juga yang terbaik. Area Dataran Glomac Kelana Jaya, dekat je dengan Kedai Sebelah. Cawangan paling besar dia, di Gombak. Satu bangunan dengan Kampung Pengantin. Heee~

P/S - Nak juga promote Kelana Jaya. Lain kali, saya promote Subang Jaya pula ya? Hehehehe!

6 comments

ye lah...ye lahhhh..KJ jugak lah yg thorrrbaikkkkk...hahahaha

Haipppp...mai la Shah Alam...mamak2 nya, pasti tak mengecewakan...hahahaha

waduhhhh tetibe lapar roti canai banjjir! perghhh

21/11/14

kalo berlagak gitu, mmg patut angkat kaki je. saya pun takmo la yg tak fresh, tentulah rasa dia tak sesedap yg baru buat.

Berlagak betul erk mamak tu.

21/11/14

acik rasanya dah bertahun tahun tak masuk kedai mamak ni fara..kalau kawan2 nak makan dikedai mamak..memang acik tak ikut la..tak ingat bila last acik masuk restoren mamak

Aku pulak, mmg tak suka makan kat kedai mamak. ROti canai yg aku paling suka, ialah roti canai yg org melayu buat. Roti dia mmg lain, lembut wp dah sejuk. Pastu mcm yg ko kata tu, crispy kat luar dan berlapis2 kat dalam. Kt pantai dalam ada.

Catat Ulasan