19/11/14

nasi minyak beras hancur

Selalunya kalau pergi majlis kenduri kahwin walaupun di kampung-kampung atau FELDA, saya biasa dijamu dengan beras basmathi. Perkara biasalah, kan? Kalau guna beras biasa pun, apa salahnya? Dah nama pun rakyat marhaen. Guna sajalah apa yang ada untuk jimat.

Tapi melampaulah kalau ada katering cekik darah yang menghidang nasi dari beras hancur, walhal harga pakej yang dikenakan sehingga RM25k. Hah! Bulat mata, kan? Tapi inilah realiti. Bukan setakat beras hancur. Basuh gelas pun tak bersih. Masih bersisa minyak gulai. Gulp! 

Apa salahnya berniaga sambil bersikap pemurah? Bukan ke boleh terbuka pintu rezeki? Huhuhuhu!

10 comments

bab cawan bermiyak yg tak bleh blahhh sekalikkk..main basuh celup2 jek..adeh laa

biar betul! dua org adik saya kawin guna catering, tapi yg bajet rendah la. Alhamdulillah puas ati.

kena sebarkan kat org lain tu, kesian kalau terkena.

19/11/14

memang mahal kan...smpai takut orang nak kawen dah skrng ni..

19/11/14

Nanti pengusaha katering tu bagi alasan " ni semua sebab petrol naik 20 sen"...hahahaha..

Ramai yang berniaga utk untung..
Mmg betul, kita berniaga nak untung..
Tapi cuba jadikan berniaga itu ibadah, ikut sunnah Baginda berniaga...untung yg terbaik InsyaAllah confirm dpt kat Sana

Ada harapanlah perniagaan itu tak akan bertahan lama kalau pemiliknya tak berubah sikap...

19/11/14

hmm ntahlah kak.sama mcm entry sy pg ni.mmg terngangaa betul~

19/11/14

Catering tau untung je tu.. Kena tegur mereka lain kali..

19/11/14

wah...nak cepat kaya la tu..

19/11/14

camne rupa nasi minyak dia yerk
aduhai
catering di Raub paling best pernah saya cuba..ada ayam percik yang sedap walau bajet murah jer

saya kalau nk cedok nasik tu intai2 dulu klu doran gna beras x elok mmg mkn sikit je.bkn memilih...risau x habis nnt membazir.tekak x blh terima asa kesat je.huhu

Catat Ulasan