14/11/14

khadeeja; the prolonged jaundice baby - apa nak buat bila anak kuning?

Dah lama nak menulis tentang Khadeeja yang pernah prolonged jaundice. Saya tahu, apalah sangat prolonged jaundice. Anak orang lain pun pernah jaundice. Siap duduk bawah phototeraphy lagi. Tapi sebagai mommy yang mengandungkan dia selama 9 bulan dan berpakej mabuk bagai, rasa susah hati (maximum level) tu wajib ada! Walaupun jaundice Khadeeja tak sampai ke tahap kecemasan. Tapi, ada banyak pengajaran yang saya dapat melalui pengalaman ini. Mommies yang mungkin akan mengalami situasi ini, bacalah kalau ada kesempatan. Boleh dijadikan panduan untuk menangani emosi ketika berdepan dengan desakan dan teguran-teguran maut dari orang sekeliling. Phew!

Khadeeja sah jaundice bila usianya masuk 4 hari. Bermula dari situ, saya dah macam bukan mommy dalam pantang. Gigih dukung Khadeeja keluar masuk hospital untuk ambil darah. Apa kita boleh expect pada emosi mommy dalam pantang? Tak mungkin bersorak gembira, kan? Dah tentulah sedih memanjang. Tambah sedih bila tengok tapak kaki kecil lagi comel diperah semata nak ambil darah. Apalah sangat darah baby dalam hari? Sampai kena tegur dengan misi yang ambil darah; Baby tak menangis, kenapa maknya pulak yang menangis? Ok. Saya memang mommy yang suka sangat terlebih. Sobs!

Bacaan tahap bilirubin Khadeeja biasanya statik. Bacaan pertama, sudah border ke tahap tinggi. Seingat saya, bacaan pertamanya dalam 18 mg/dL. Doktor (gomen) ada ingatkan saya untuk sentiasa bf Khadeeja. Dia ada beritahu, susukan anak selang 2 jam. Saya simpan kata-kata doktor dalam kepala otak ni. Benda serius, takkan kita nak culas. Bacaan kedua, turun 2 angka. Saya dah lega. Teringat masa Aydin dulu. Usai ujian darah ketiga, Aydin bebas jaundice serta-merta. Saya pun expect benda yang sama. Untuk ujian ketiga, saya yakin sangat yang Khadeeja bebas dari jaundice. Rupanya tak! Naik 21mg/dL ok!!!!! Menggeletar satu badan. Dekat sangat dah dengan 25mg/dL. Cecah saja angka tu, phototeraphy jalan penyelesaian. Saya tak rela!

Bila dah dapat result darah, prosedur seterusnya adalah consult dengan doktor. Saya faham sangat emosi misi-misi dan doktor-doktor bila setiap hari pun terpaksa berdepan dengan pesakit yang ragamnya caca-marba. Dan saya tahu sangat yang doktor juga manusia biasa. Ada yang baik hati. Dan ada yang kurang ajar dan tak kurang bodoh dalam mengatasi emosi sendiri bila melampiaskan stress pada patient. Peh! Sakit hati bila dikenang. Ok. Sambung cerita bilirubin Khadeeja yang naik sampai 21mg/dL.

Bila doktor compare bacaan kedua dan ketiga, dia mula meninggi suara dan mempersoalkan kenapa bacaan naik mendadak? Dari situ je dah nampak betapa bodohnya kau doktor. Kalau aku tahu, aku tak datang hospital. Baik aku check darah anak aku dan observe sendiri. Saya diam. Dan saya ni pula bila tiba-tiba kena counter macam tu, mulalah muka blur semacam. Dah doktor assume saya bodoh-bodoh alang. Hahahaha! Dia tanya; Berapa jam sekali you susukan anak? Saya recall balik apa yang doktor pertama ingatkan; Susukan anak selang 2 jam. Diulang; Susukan anak selang 2 jam. Terus doktor geleng kepala dengan reaksi muka macam nak ajak bergaduh. Faham tak macam mana saya maksudkan? Dahlah gayanya angkuh sangat sambil membebel; Tak ada doktor yang advice minta patient susukan anak selang 2 jam. Jangan nak memandai buat cerita. Dia kata saya buat cerita? Peh!

Bersambung; Heheheh! Tangan dah lenguh menaip weh!

9 comments

memang emo tau kalau anak tak sihat ni.. dah la badan sakit baru bersalin tak hilang lagi.. kesian khadeeja dan fara..

tu doktor ke mak tiri??orang tengah stress bertambah stress la kalau gitu..

14/11/14

tak sabar nak baca sambungan...!!huhu

14/11/14

Dua-dua anak saya terpaksa berkampung di hosp min 5 hari lepas lahir since both detected g6pd deficient. Ada seorang shbt ckp normal lah baby kena jaundice. Memang lah normal kan..Tapi bagi baby yg g6pd deficient, it's not like any normal baby sbb paras bilirubin boleh naik mendadak dlm masa singkat. That's why kena tahan wad min 5 hari utk monitor.

Both kena phototherapy. Tapi adik yg lebih ganas, sampai 2 ketul lampu phototherapy dan 7 hari berkampung di hosp berpantang dalam aircond yg sejuk mencucuk sampai ke tulang. Dalam pada rasa mungkin diri lebih kuat sbb dah alami masa anak first, rupanya tewas jugak hati sang ibu..Tetap jugak menangis bagai..

But Alhamdulillah they both membesar dgn sihat..

Ehh..panjang pulak komen :)

uiii anti klimaks betul la ! cepat la taipppppp

14/11/14

eksyen nye dokter..my baby dulu hari ke24 baru baik...mcm2 petua ikut..minum air zam2..susu kambing lah...calit kurma kt lelangit lah..mandi air daun semambu lah..tp still reading atas bar..huhu!

my case bcoz of the blood grouping...baby darah O sama ibu...mmg lmbt nk kebah.

dont give up sis..keep on trying petua bagus2. mana tau salah 1 usaha Allah perkenan kan.




14/11/14

ehhh..mcm geram pulak.. cpt², nk bc cerita selanjutnya

Assalam..

saya yang dah 8 thn menunggu nak dapat anak ni pun kalau dengar doc ckp cam tu lagi laa geram..sakit ati..marah... tak de ibu yg saja2 culas dlm menjaga anak nak2 dlm keadaan cam tu..

cam saya, dlm geram2 pun bila doc ckp camtu, rasa nak menitik air mata jugak..kdg2 blh jawab..kdg2 senyap..buat bodoh jer sbb malas nak layan ckp2 doc or nurse yg xde perasaan tu..

sabar yer./.semoga baby cepat2 sihat..insyaallah..

Haishhhh...geram plak baca. Doctor mana yg tak der adab tu?

Catat Ulasan